Actually masa balik raya tu me ada berborak-borak dengan mak. Mak nampak sangat kurus. Gambar yang me letak ni pun kurus kan. Imagine lagi kurus. Mak me ni puasa penuh pada bulan Ramadhan baru ni. Me siap cubit lagi Mak sebab cakap kenapa mak puasa? Mak me cakap Mak larat lagi. Memang respect kat Mak sebab umur Mak dah 81 tahun tapi masih berpuasa penuh. Masa me borak-borak tu me berdua je dengan Mak dalam bilik. Banyak pesanannya tu. Antaranya, kumpul duit nanti pegi Mekah. Me cakap memang me, Tam (panggilan suami) dan Dania dah daftar dah dengan Tabung Haji. Sempat juga Mak tanya mana Dania. Masa Dania masuk bilik tu Mak bagi duit raya. Me cakap kenapa Mak bagi duit raya? Mak simpan je la. Mak jawab sebab nak bagi sedekah atas nama ayah. Ayah mertua me memang dah lama meninggal. Me memang tak kenal pun.
Me pun ada juga puji anak Mak yang baik. Bagi me biar seorang ibu tu tahu anak dia seorang yang baik. Moga hati ibu tu bahagia. Me takde la cakap kat hubby me. Kang kembang la pulak. Hehe. Ada satu pesanan Mak yang me rasa mustahil juga me nak penuhi tapi biar me je lah yang tahu.
Masa pergi menziarahi rumah Mak kat kg. Now, Mak tinggal dengan kakak ipar me. Masa me berborak dengan sepupu hubby. Dia kata baru-baru ni ayah (adik Mak) ada peluk2 dengan Toksu (panggilan Mak) sambil menangis kata siapa akan 'pergi' dulu? Me pun kata lah ehhhh macam lain macam je. Ye lah benda pelik kan. Sebabnya kat kg tu ada 2 orang meninggal serentak pada Hari Raya Pertama. Mula2 anak dia meninggal. Anak dia menjaga bapanya yang sakit. Bila pergi Hospital anak dia meninggal dan dibawa balik untuk solat jenazah dan urusan pengkebumian. Kemudian ayah dia pulak sakit dan dibawa ke hospital. Tengah sibuk menguruskan jenazah si anak, dapat info dari hospital ayahnya pulak meninggal. Bayangkan tak ramai la yang ada kat kg tu sebab Hari Raya Pertama kan. Peristiwa ini yang menyebabkan Mak dan adiknya menangis. Mak macam sensitif dengan kematian 2 orang kg kat situ. Mungkin Mak merasakan Mak pun nak pergi juga. Arwah Mama dan arwah papa pun sensitif sangat sebelum 'pergi'.
Pada 21 Ogos 2013, ada macam2 benda yang pelik berlaku apabila difikirkan semula. Kakak ipar me mengejutkan Mak untuk bersarapan pagi. Kejut kejut badan dah sejuk. Memang Mak 2-3 hari sebelum tu demam dan tak sihat. Selalu memang ada anak saudara me tidur sekali kat bilik tu tapi masa hari kejadian dia pulak tidur bilik lain. Subuh masa kakak ipar nak solat Subuh pun selalunya pintu bilik mak terbuka tapi masa Subuh tu pintu tertutup. Kakak ipar masa tu tak rasa apa. Tak bukak pulak pintu bilik Mak tu. nak check Mak. Semuanya dah tersurat kan. Mak pun ditakdirkan meninggal dalam tidur. Takde sesiapa pun masa tu.
Al Fatihah untuk arwah Robiah. Moga Mak dapat berjumpa dengan Ayah di alam sana. Alhamdulilah Mak, ada solat jenazah kat surau rumah Tam pada malam Mak meninggal. Semua ni rezeki Mak. Harap Mak tenang di sana. Al Fatihah.
*****me tak menangis pemergian Mak tapi hati me rasa sebak sama seperti semasa arwah Mama me 'pergi'. Susah nak meluahkan tapi bagi yang pernah menghadapinya mungkin faham.
:( sedih baca entry ni..
BalasPadammcm boleh agak jer apa wasiat mak utk u...--pandai2 jer me heheheh
rasa sedih ena baca
BalasPadamal-fatihah
semoga ditempatkan dikalangan org yg beriman
Amin