Wednesday, August 28

Menu sihat

Semenjak Dania masuk sekolah kebangsaan ni, me bagi Dania bawak bekal ke sekolah. Sebelum ni Dania sekolah kat sekolah swasta jadinya makanan memang disediakan. Me dah tak payah risau pasal makanan dah. Kita bayar ajer sekolah. The rest sekolah yang kawtim. 

Dah masuk sekolah kebangsaan me pun berazam nak bagi Dania bawak bekal ke sekolah. At least kita tau makanan tu disediakan dari rumah. Bekal Dania simple ajer pun. Me sediakan bekal makanan lauk makan tengahari. Dania memang suka makan nasi. Me tanya nak tapau roti...Dania nak me tapaukan nasi jugak. 

Ni bekal lauk kari ikan. Letak sekali ngan kicap. 


yang ni pulak scramble egg dan daging paprik. Ni first time me masak daging paprik dan alhamdulilah Dania suka :-) rupanya senang ajer nak masaknya. Me ingatkan susah beno. 


Menu setiap hari tu bertukarlah. Ada jugak Dania bawak bubur nasi brokoli. Ye anak dara me ni suka brokoli. Kat sekolah Dania kata tak ramai kengkawan dia yang bawak bekal. Kebanyakkannya beli kat kantin. Dan...kat sekolah kebangsaan ni memang me tak bagi duit kat Dania. Kalau ada apa apa  nak beli, me yang akan belikan. So far takde apa apa pun nak dibelinya. 

Kat sekolah agama je me bagi Dania bawak duit. Kadang-kadang tapau jugak. Slowly lah nanti me cuba usahakan bagi Dania bawak bekal kat sekolah agama jugak....:-)

6 comments:

  1. teringat zaman sekolah rendah dulu selalu bawa bekal makan ramai2

    ReplyDelete
  2. my boy suka bwk chicken wrap pergi sekolah. hari-hari bwk bekal utk rehat pagi. lunch jer bagi duit suruh dia beli sebab takut nasi basi by the time dia nak makan kalau bekalkan.dia suka bwk bekal sebab malas nak beratur beli makanan katanya.

    ReplyDelete
  3. Nak resipi paprik leh. Kalo mudah leh try jgk ;)

    ReplyDelete
  4. bagusnya u rajin msk bekal..me tak sempat sbb pagi2 sgt kelam labut

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails