Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, September 26

Raya di Kg Kedah

I bertolak balik ke Kg di Kedah sehari umat Islam bakal merayakan Aidilfitri. Keadaan jalan raya boleh tahan banyak jugak kenderaan. Kat R&R dan Hentian Rehat cukup ramai manusia. Huh ni pun mereka yang balik last minute maca, kami jugak. Setelah banyak kali berehat samada untuk makan atau tidur, kami tiba Kedah pukul 7.30am 1 Syawal. Tiba je rumah mak mertua mula lah berebut nak mandi dengan keluarga abang ipar yang juga baru tiba ke Kampung pukul 4am. Selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, kami pun ronda ronda kampung berhari raya. Mengantuk juga sebab tak lena tidur malam sebelumnya......rumah mertua i memang tepi sawah.

Dania pulak diajak kutip duit raya kat rumah orang. Ummi dah agak cuak sebab takut terjatuh kat sawah ke. Dania pergi dengan saudaranya Awatif. Ummi kepada Awatif ni dua pupu dengan hubby i. Maklumlah Dania orang bandar tak biasa kutip duit raya macam tu. Well good experience juga kerana Dania dapat berdikari. Tapi....dalam hati ummi berdebar ya amat. Ummi dan ayah je beraya kat rumah saudara berdekatan.

Dania pulak kat Kampung sangat kamcing dengan sepupu dia Adam iaitu anak kepada abang
ipar i. Celik mata je main bersama. i pulak siap suap berganti-ganti dua mulut ni. Berlumba makan nasi. Main bunga api sama-sama, Main masak sama-sama.

Malamnya, abang ipar pasang mercun macam roket tu. Dumm......kat udara. Mak aiiii boleh tahan bingit jugak. Budak2 berkumpul tepi sawah tengok orang cucuh mercun. Isk kalau i le tak berani nak cucuh api kat mercun tu....

Anda ada berani????

Dua budak kamcing

Ummi : Adam sape GF Adam?
Adam : Dania
Ummi : Kenapa suka Dania?
Adam : Sambil tersipu-sipu cakap sebab Dania putih, cantik

Kakak ipar i kata Adam asyik mention Dania sebagai Girlfriend Adam. Puas la kenen dengan orang lain. Tetap Dania di hati. Waaa budak2 zaman sekarang ye. Adam ni baru 5 tahun tau.

Main masak masak pula

Ni gaya apa tah......

Happy sangat beraya....psttt....psttt.....photographer suruh buat happy....

Ni beratur macam tara kuca tara kuca ca......lagu P Ramlee

Tiga sekawan di tepi sungai kecik tepi sawah

Ummi dan anak

Dania dan Adam mengantuk

Adam, Dania, Awatif

6 comments:

  1. adam hensem tu..:)
    pic kat tepi sawah sgt cantik!!!

    ReplyDelete
  2. budak2 zaman skrg advanced btol ye, umur 5thn dah ada GF hik3x. eh tapi tiba2 i teringat, dulu masa i tadika pun i dah ada BF kui3x

    ReplyDelete
  3. @mama zharfan

    Adam comel....:-) MIL mmg ada sawah tapi suruh orang buat je....

    ReplyDelete
  4. mmg feel sgt balik kampung.. :D enjoynyer Dania!..

    ReplyDelete
  5. @Nadra Farissa

    mama nadra....kemain seronok lagi balik kg dania nih....:-)

    ReplyDelete