Rabu, September 15

Jumpa VVIP di HKL

Me, hubby dan Dania pergi ke HKL kerana nak lawat my papa di Unit Rawatan Rapi. Masa melawat tu airmata i pun jatuh tak tertahan lagi. Bila i ucapkan Selamat Hari Raya papa, i nampak airmata papa jatuh di pipi. Sangat sayu. Papa suruh i bersalam tangan dengan papa. Papa tanya mana Dania? Papa nak Dania masuk, bila i kata Dania tak boleh masuk, airmata papa jatuh sekali lagi. Aduhaiiii pilu hati i. Lepas tu bertukar masuk wad dengan my hubby pulak. Lepas hubby keluar, i pulak masuk. I nampak ramai polis escort seseorang di wad sebelum wad papa. Masa i keluar, i tanya staff di pintu siapa yang baru keluar? Bila diberitahu Datin Seri Azizah dan Datuk Seri Anwar, i mula berjalan laju ke arah Datin Seri Azizah dan bersalam dengannya. Sangat lembut. Bila i minta izin ambil gambar, Datin Seri memanggil Datuk Seri Anwar dengan panggilan abang kerana Datuk Seri Anwar sudah berjalan jauh di hadapan. Sangat sporting Datuk Seri dan Datin Seri. Hubby pun tak melepaskan peluang bersalaman dengan Datuk Seri. Staff nurse tawarkan diri mengambil gambar kami. Datuk Seri Anwar sempat menanyakan khabar papa. Sebenarnya Datuk Seri Anwar ada pertalian saudara jauh dengan ayah mertua i. Disebabkan ayah mertua i telah lama meninggal dunia, jadinya kami semua terputus hubungan dengan sanak saudara di Kg Ceruk Tok Kun Pulau Pinang. Sayang pula rasanya.

You alls semua berani nak approach VVIP nak diambil gambar bersama??. Sepupu i pernah kata susah nak mengambil gambar dengan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ramai bodyguard escort dan dilarang mengambil gambar bersama mungkin atas sebab keselamatan. Kebetulan Datuk Seri Anwar dan Datin Seri Azizah senang nak approach dan sangat mesra rakyat.....

I pose bersama Datin Seri Azizah, Datuk Seri Anwar bersama hubby dan Dania dan sempat memberitahu Datin Seri yang i amat mengagumi keduanya

12 ulasan:

  1. bestnya dpt amik pic dgn dato seri ni :)

    BalasPadam
  2. c.in penah tny bodigad ds najib bole x nk amik gambar dgn dia pas abis metg? dia kekwat cakap xbole. eleh kerek. kalo tau terus je p kt ds n snap, abes cite

    BalasPadam
  3. ezz- sukalah gambar u ngan datuk seri anwar and wife....(admire ngan wan azizah sentiasa berada di belakang suaminya tidak kira apapun terjadi)

    BalasPadam
  4. wah bestnyaaaaaaaa...datin sngat cantik, and me too adore her

    BalasPadam
  5. Ezna, sorry to hear about your father.. hope everything is ok, u have done the very best to your father..

    and datuk seri anwar and wife.. yes, ape yang orang cakap, itu second stories, but yes, i agree with everyone the family are all very friendly and nice..

    BalasPadam
  6. semoga papa awak cepat sembuh..
    bertuah dpt berjumpa bergambar ngan Datuk..
    btw, salam aidilfitri..

    BalasPadam
  7. @mama zharfan

    I sangat teruja bergambar dengan DSAI dan isteri sangat friendly and i pun tak terasa segan sangat. Bila i kata i sangat kagum datuk seri keduanya. Datin Wan Azizah cakap terima kasih.....SANGAT KAGUM!!!

    BalasPadam
  8. @IrEnE SaNtIaGo

    Che in...sepupu kat cerita kak ena atas tu awak le....he he he. Lega DSAI takde bodyguard plak nampaknyer cuma ada polis dalam 4 orang......

    BalasPadam
  9. @AyuArjuna BiGoshh

    Ayu terasa i nak cakap sabar kat Datin Wan Azizah tapi tak sampai hati jadinyer i cakap kagum sebab seperti u kata bukan sentiasa di sisi. Tak ramai isteri kat luar sana setabah dan se'cool' Datin Wan Azizah.

    BalasPadam
  10. @yatie chomeyl

    Alahai....kulit cantik la Yatie. Terlupa lak nak tanya pakai apa.....SKII ke.....

    BalasPadam
  11. @Em's Family

    I pun mengharapkan yang terbaik buat papa. Sangat friendly. I rasa senyuman yg mereka beri ikhlas dari hati dan bukan dibuat buat....

    BalasPadam
  12. @♥Leily|Ummi Alya Husna♥

    Terima kasih Leily......I rasa sungguh bertuah. Baru je masa balik kg kedah dok bercakap pasal DSAI sebab arwah ayah mertua berasal dari Kg sama ngan DSAI dan merupakan saudara jauh. Sayang dah tak kenal saudara di sana.....

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...