Hotel inilah saban tahun bulan puasa kami sekeluarga akan berbuka at least once di sini. Kami start makan di sini masa tu harga per pax RM35.00 Sekarang ni dah naik kepada RM50.00++. Bayangkan disebabkan tempahan makin bertambah, they all pun naik la kaww kaww punyer.
Kat sini juga saban tahun, Ustaz Asri dan Rabbani akan mengadakan persembahan di sini. Arwah Ustaz Asri selalunyer akan azan bila waktu berbuka. Sekarang ni i tengok macam alunan azan sahaja berkumandang. Selepas berbuka, Kumpulan Rabbani akan mengadakan persembahan dan ada juga diadakan cabutan bertuah. Solat Terawih pun ada diadakan. Arwah Ustaz Asri selalunyer jadi imam tapi we all selalunyer selepas berbuka dan solat maghrib, akan ke Masjid berdekatan untuk berterawih.
Hari ini cadangnyer, lepas makan kami akan ke masjid berdekatan, kalau tak silap Kg Melayu kat PJ Old Town. Tak sempat pergi ke masjid berterawih dapat call papa sesak nafas. Terus bergegas ke KPJ Selangor Specialist Hospital di Shah Alam. Kami ingat selepas berterawih baru nak menjenguk papa. Malam tu juga papa dimasukkan ke ICU pula. Kelam kabut kami dibuatnyer. Kita plan dah cukup baik tapi Allah maha mengetahui kan....jantung i dup dap dup dap takut apa2 yang teruk bakal berlaku macamana i nak menghadapinyer.....
i dgr pun jd dap dup jugak ezz..
BalasPadambyk2 berdoa yer..i sentiasa berdoa dari kejauhan..
be strong yer, pray for the best, prepare for theh worst ..
@mama zharfan
BalasPadamSekarang ni suzz, bila ada message atau panggilan phone dari family member, cuak je....
i went there last year, this year tak pergi lagi, baru jer laki i cakap tanye i berape harge per pax... ade tak discount agak2 nak dekat raya ni
BalasPadam@Em's Family
BalasPadamI rasa xder la Mira. Pernah i pergi sana 1 day before hari raya, harga tetap sama....