Khamis, September 9

Berbuka Puasa di De Palma Convention Center

Pintu utama ke De Palma Convention Center Menara PKNS Tingkat 15 PJ

Emcee cum penyanyi. Bekas penyanyi kumpulan nasyid UNIC. Kalau dia tak cakap sungguh i pun tak perasan...he he he.....

Ruang makan di sini

Ada 3 jenis air je di sini. Air masak, Air anggur dan Air teh tarik

Lauk pauk di sini

Pencuci mulut yang tiada kuih muih

Snap gambar Dania sebelum Solat Terawih

I ada berbuka puasa 1st time di De Palma Convention Center yang terletak di Tingkat 15 Menara PKNS Petaling Jaya. I rasa kalau diberi bintang hanya 1 daripada 5 bintang boleh??. Seleksi makanan sangat kurang. Air Anggur tiada ais jadinyer rasa sangat manis. Tiada kelibat kuih muih. Semua kek, puding je. I tak makan pun. Nasi kerabu yang kurang menyengat serta nasi dagang yang kurang menyengat juga. Ruang solat di Tingkat 8 jadinyer disebabkan pejabat dah tutup, kiranya surau akan sunyi la....

Selepas itu, kami ke Masjid berdekatan untuk menunaikan Solat Terawih. Ni 1st time pada bulan puasa ni Dania menunaikan Solat Terawih di masjid. 4 rakaat yang terawal tu boleh Dania duduk diam. Bila 4 rakaat yang terakhir mulalah pandang belakang kerana budak2 buat bising berlari-lari di masjid. Menarik perhatian Dania pulak. Lepas tu Dania ada tergaru-garu. Adoiii la macam2 ada Dania ni. Yang paling cute, masa tengah solat tu ada anak sape tah merangkak pastu tengok orang solat. Jalan dalam saf kami pulak tu. Dania masa solat tu siap tengokk2 lagi. Alahai macamana nak khusyuk nih??.....Tapi, kalau tak diajar, bila lagi nak dibiasakan?....


3 ulasan:

  1. yes, agree with you, klalau tak di ajar bile lagi, i pun ade sekali je bawak Emir pergi terawikh, itu pun tak duduk diam, ke kiri , ke kanan, but nasib baik, dia just terpacak je kat situ.. cume sibuk nak cakap2 ngan i.. anyway selamat hari raya

    BalasPadam
  2. @Em's Family

    Tu lah kecik2 boleh dibentuk. Cutenyer Emir nak cakap2 dengan u pulak. Kalau i takut nak tergelak jer....he he

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Beriadah berbasikal dan brisk walk

Hari Jumaat sehari selepas perayaan Deepavali, kami beriadah di Taman Canseri, Presint Diplomatik Putrajaya. Cuaca nampak baik petang ni.  S...