Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, September 8

Pembelian dari blog

You alls rajin tak beli barang dari blog? Ada juga yang tak berani kan nak beli kat blog takut kena tipu sebab selalunya kita kena bank in duit. Kemudian baru barang akan di poskan?. Sebenarnya i mula2 dulu pun takut juga tapi setelah cubaan 2-3 kali dengan blog yang sama, maka i pun terus yakin yang blog ini boleh dipercayai. Contohnya seperti Girl Charms ni. Girl Charms boleh buat dress untuk si kecil anda. Ada juga dress siap yang boleh dibeli dari Girl Charms di facebook. Kebetulan kawannya pernah 2-3 kali ambik gambar Dania iaitu Eyes of Grace. Jadi mungkin trust tu dah ada dengan photographer ni jadinya i pun tempah la dengan Shikin dari Girl Charms ni.

Kain printed gambar Princess ni i beli dari blog CrazyArtZone. Di rekomen oleh Girl Charms. Blog ni menjual kain dari designer yang diimport dari luar negara. I beli kain ni sebab apa lagi....ada gambar Princess dan Castle. Sesuai untuk my lil princess, Dania. I rasa cute sangat....

Designer Michael Miller

Dania menggayakan dress labuh rekaan ummi (hehehe) dan dijahit oleh Shikin Girl Charms. Kain dan renda i yang sediakan

Dania suka sangat dengan dress ni sebab kembang bila pusing pusing macam Princess....hehehe

Barang lain, i dah pernah beli dengan My Dressing Barn. Ada 3 kali i beli dari sini. Owner Sha ni sangat friendly samada masa sms maupun di email. Pemilik MOBS juga.....

Handbag Victoria Secret yang i beli

Photo taken from :
My Dressing Barn's blog

Actually i saje nak share blog-blog yang i pernah beli sebab blog2 ini boleh dipercayai. Pernah juga my friend terkena dengan blog yang menjual handphone mahal dengan harga lebih murah. Kita kalau benda murah mesti suka kan??. Akhirnya kena tipu. Tapi, my friend berpakat dengan kawan yang lain dan memerangkap si penipu itu. Tengok2 penipu itu sangat kerdil orangnya dan perempuan pulak tu. I pernah buat N3 dulu pasal penipu ini tapi my friend nasihatkan suruh jangan publish N3 itu kerana pihak polis still menjalankan siasatan ke atas penipu itu. Takut mengganggu siasatan polis.

Jadi kepada anda di luar sana berhati-hati ketika membuat transaksi ke atas blog2. Manalah tau kita dah bayar harga yang mahal, barang pulak tak tiba. Tak ke haru??

Ada pengalaman manis dan pahit tak?? Jom kongsi di sini. I pun nak tau.....

1 comment:

  1. ros pown pernah gak beli melalui blog~ alhamdulillah ok jew~ tak de penipuan~ hurm~ cantik la gaun yang anak akk pkai~ cam nak buat gaun yang mcm gitu je~ hehe:)

    ReplyDelete