Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, September 11

1st time untuk.....

Memang normal kan kita akan ada pengalaman pertama untuk segala galanya. Ni i nak cerita yang sehari sebelum raya, hubby ke pasar mencari paru lembu. Okay, orang lain sibuk mencari daging lembu nak buat juadah raya. Jadinyer pilihan paru lembu masih banyak lagi.

Balik, i basuh dan tanggal lemak kat paru kemudian rebus sehingga 1/2 jam. Ni pun i tanya kakak my friend yang jual nasi lemak sebab dah biasa buat lauk paru. Macamana nak bersihkan dan rebus berapa lama. He he he. Kan i kata ni pengalaman pertama i nak masak paru. Selepas itu selepas sediakan semua bahan2 mula la i masak Rendang Paru. Cadangnya nak makan dengan ketupat daun palas la kat kampung hubby. My MIL dah tempah ketupat daun palas dan suruh SIL sediakan rendang daging. I pulak baru nak mencuba rendang paru i. Boleh juga makan kat perhentian waktu berbuka cos hari ni kami sekeluarga nak balik Kedah. Sebelum tu nak hantar lauk sikit kat my mum dan melawat papa i. Sedih juga terasa ni.....esok nak raya papa masih di hospital.

Ni lah hasilnya......

Rendang Paru cilok dari Resepi di Nona. Istimewanya rendang paru ni tiada santan. I suka tanpa santan......

1 comment: