Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, April 4

Kenduri kahwin kawan i - 2 April 2010

I ada post kat Fb kata i pergi kenduri kahwin my friend. Actually my friend tak jemput ramai my batch. Cuma 5 orang jer. Yang turn up 3 orang jer. Yang lain tak tau jadinyer i tak highlight lah kat Fb. Biarlah Rahsia sebab empunya badan pun tak bagitau orang.....Kenduri ni hanya meant untuk nikah. Kenduri besar-besaran bulan Julai nanti. Time tu baru my friend akan jemput ramai my batch. 

 Me and friends ambik gambar dengan 'Datin' our friend.......

Ni lah Datuk, hubby my friend.....oopss...jangan buat spekulasi yer....bujang setelah wifenyer dulu meninggal. Anak2 semua dah besar and ada career sendiri....rezeki my friend lar. Umur sebaya i baru berkahwin terus dengan orang yang baik dan rezekinyer lebih....alhamdulilah....

Kawan i ni kenal sekejap dengan Datuk ni terus pakai tudung dan Datuk ni kenal ngan my friend terus keluar kereta Mercedes baru ada pangkal nama my friend untuk plet kereta.....

Dania kat bilik pengantin. Serba Gold. Dania siap cakap kat ummi. 
Dania : Ummi don't touch anything.
Ummi : I am not gonna touch anything.....

Ummi : Kenapa Dania pejam mata masa ummi ambik gambar?
Dania : Ummi pasang flash tu lar sebab Dania pejam mata. Lain kali ummi kena off flash tu.

Macam orang besar jer Dania ni. Patutnyer ummi yang akan cakap macam tu kat Dania....Ni ummi yang kena.....duhhhhhh...Oh yer masa sibuk2 bergambar dengan pengantin, camerawoman tu berkenan dengan Dania pastu ambik banyak gambar Dania dari gambar pengantin and my friend. Pastu ader kawan camerawoman ni terus bergambar berdua dengan Dania tanpa mintak permission i. Memang the selambanyer. Dah lah macam tomboy......geram jugak tuh....

Camerawoman : Nama sape?
Dania : Dania
Camerawoman : Boleh tak aunty ambik Dania jadi model aunty
Dania : *sambil angguk kepala*
Ummi : *dalam hati tau ke model tu apa sayang??? main angguk jer*

Actually, camerawoman ni nak offer Dania jadi model kat blog dier @ kawan dier. I am not sure. Blog pakaian kanak2......ehmmm.......tengoklah pada kesesuaian dan keadaan....

Kami satu meja dengan hubby masing2 dan 2 orang makcik jiran my friend. My friend and her hubby pun jalan keliling menegur tetamu. Tiba kat meja i terus my friend greet makcik2 dua orang tu. 

Makcik : Nampak cantik jer. Kalau tak biasa jer.......
Ummi : *dalam hati ek eleh makcik nih takkan nak biasa pada hari kahwin. Kompem makcik pun 'over' masa kahwin dulu tak???*

Mungkin ada unsur unsur jealous jugak sebab komuniti melayu ni penuh gak ngan hasad dengki, tak puas hati sebab keluarga ni dapat menantu Datuk.

My friend punyer hubby (kami yang menjadi tetamu nih) nampak busy. Jadi i tegur lah.

I : Nampak busy jer?
Hubby's friend : Ye lar besok nak bawak driver F1 nih ke SIC

Oh...rupenyer hubby my friend ni 'driver' helikopter. Kena bawak pemandu F1 + manager dari Hotel di KL ke Sepang International Circuit. Journey cuma 15 minit dan satu trip ader 5 orang dengan charge RM3,000.

RM3,000 bahagi 5 = RM600 (tapi kalau pemandu F1 dari US tukar duit kita dengan duitnyer....)
RM600 bahagi 3.5 = USD171.43 jadi murahlah bagi mereka setelah ditukar currency mereka.

 
Dania pose dekat kerusi bankuet sambil memegang goodie yang semua tetamu akan bawa balik

Goodie ni sangat sweet. Ala2 taman inggeris diisi cookies

Apapun kepada my friend, Selamat Melayari Bahtera Perkahwinan........Selamat Pengantin Baru!!!!.....









7 comments:

  1. Sara : Dia perasan jadi princess tu....Tak habis dengan obses ngan princess.....

    ReplyDelete
  2. ezna- maintain
    dania- comey!
    goodie- cute (idea for my sis wed)hurmmm...
    hubby kawan (datuk)- mcm muka hubby ziana zain la... :D

    ReplyDelete
  3. mummy chubby : Org kahwin sekarang jarang pulak bagi telur......bagi biskut dihias cantik....idea tu mummy....:-)

    ReplyDelete
  4. ena,..lilis ke tu?...sangat cantekkk la!!..tahniah to her....

    ReplyDelete
  5. dania ni pandai bergaya...kalau anak i..emm..nampak nak amik gambar je..terus larii..hehe

    ReplyDelete
  6. Fiza: Lilis ler tu.

    Ummi Sofea : Mula2 tak reti jugak. Sebab ummi nyer rajin snap sana snap sini, Dania jadi reti...hee hee

    ReplyDelete