Sunday, April 18

Dania join Fashion Contest Part 1 - 10 April 2010

Sebenarnyer i ternampak iklan nak join fashion show ni kat Star. Terus i call dan buat pembayaran RM10 sorang kanak2. I suka sebab temanyer hobby / interest. Bukan nak pilih pemenang macam contest Ratu Cantik tu.Budak-budak kena pulak explain kenapa pakai baju yang diplih kat atas stage.....terfikir nak pakai baju apa Dania ni....

Akhirnya i pilih baju Minnie Mouse. Jadi i ke Mikaliya Costume Taman Sea nak cari baju untuk disewa. Banyak koleksi baju2 kat sini. Dania sibuk nak pakai baju princess jer. I rasa baju princess dah biasa sangat. I nak baju yang lain sikit dari kebiasaan. Sewa RM45. Deposit RM100.








Hari yang dinantikan sudah tiba. Fashion show start pukul 3.30pm. I kena daftar sebelum 3.30pm. Dah kelam kabut bila tiba PWTC, jam dah pukul 3.15pm. Lepas ayah drop kami. Kami bergegas ke tempat pertandingan. Dania tak tukar baju lagi. Sajer nak bagi surprise. Kat dalam bilik tu....tetiba ada bau yang busuk sangat. Rupanyer bau ikan masin. Ada budak pakai pakaian tradisional orang Sabah/Sarawak dan kengkonon menangkap ikan......ikan masin tu props dier. 


Ada baju macam doll, ada yang nak pergi scuba, ada pelukis.....Dania siap bawak props bantal Minnie dier tu.....ambikkkk....Dania beratur last sekali No.19 dari 19 peserta

Dania tengah explain kat panel of judges

Sebelum pengumuman para pemenang, ada pertunjukkan badut yang tak kelakar langsung dan tak faham apa pertunjukkannyer. Maskot Smart Kids pun berdiri tercegat kat atas stage.....duhhhhhh...kelakar seh.... 


Hip Hip Hooray, Dania pemenang Saguhati. Ada 8 pemenang.

1 x Pemenang Pertama
1 x Pemenang Kedua
1 x Pemenang Ketiga
5 x Pemenang Saguhati

Bila pengumuman saguhati yang terakhir, i berkata dalam hati kalau Dania tak menang ni tak mungkin akan menang Top 3 sebab 18 peserta yang lain hebat seh. Tetiba emcee panggil No.19, Dania Yasmine. Alhamdulilah.

Dania dapat bag and full loads of barang2 makanan Super

Tup tup lepas ceremony ni, Dania turun stage dengan selambanyer handover beg yang berat itewww......Dania kata beratnyer beg ni. Dania sampai kena pimpin naik atas stage sebab depa sibuk nak ambik gambar para pemenang.......

Ni lah barangan yang dimenangi oleh Dania

Makanan yang dirasmikan oleh Encik Hubby bila kami tiba kat rumah










 

2 comments:

  1. wah..congrats dania .. ini macam hadiah mak ayah pun boleh guna jg. kalau nabil yg dpt ni sure auntie bawak 3 in 1 tu ke opis ..senang breakpast ..congrats .. congrats ..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails