Selasa, September 1

Kek Kukus Sarang Semut

BAHAN-BAHAN :-

7 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 tin (390g) susu manis
3 sudu makan mentega
1 sudu makan soda bicarbonate
1 sudu teh esen ros

CARA :-

Hanguskan gula. Kemudian masukkan air diikuti mentega. Masak hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan.

Pukul telur sehingga kembang. Masukkan susu dan teruskan pukulan hingga rata. Masukkan tepung dan soda bicarbonate. Kemudian masukkan gula hangus dan pukul hingga rata. Akhir sekali masukkan esen ros dan kacau rata.

Tuang adunan ke dalam loyang kek. Tutup loyang rapat-rapat dengan aluminium foil untuk mengelakkan wap air kukusan masuk ke dalam adunan.

Kukus selama 1 1/2 jam.

**My friend Anor yang bagi resepi ni. Nampak macam senang. Tak tau lah jadi ke tak. huhuhuhuhuhu....

2 ulasan:

  1. Semutnya mana? Hih hiii ... esok lepas kul 9, ada pengumuman pemenang kontes resipi huru-hara yg ko gigih join tu. Nanti baca ek!
    Thanks for participating.

    BalasPadam
  2. hihi.....resepi huru hara tu, idok le teman nak merasa resepinyer.....

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...