Friday, September 11

Cerita hari ni 11/09/2009

Pagi, lepas hantar Dania gi skul Tadika kat Puncak Jalil, i terus ke Bandar Puteri Puchong nak ambik my parcel. Semalam i, takde kat rumah masa parcel tu datang. Line beratur kat Post Office tu leh tahan panjangnyer....tetiba perut tak sedap. Nasib tak buat hal. hishhh....akhirnya bila i bukak ni lah hasilnya i menang dalam contest Let's play games and win prizes too....:) Thanks to http://lili-precious.blogspot.com/ Wangi sungguh lilin strawberry ni yang dibuat dari soya kalau tak silap i le....
Lilin strawberry yang diperbuat dari soya

Lepas gi ambik parcel, i gi ambik kuih dahlia yang i tempah kat kawan i punya kakak kat Sek 27 Shah Alam. I tempah 3 balang je. Cakap pasal kuih dahlia kakak kawan i ni memang sedap.....(takut tinggal serbuk je sebelum raya).....Dah pot pet pot pet kejap pastu i gi survey Bangunan Sekolah Rendah Agama Hira'. Ni sekolah swasta. Owhhh dekat je dengan rumah kakak kawan i tu tapi bila i tengok meter adalah 21.4 km dari Puncak Jalil. i set meter sebab nanti i akan pindah ke Puncak Jalil.

Lepas tu i gi survey kat At-Tamimi International Islamic School pulak. Ok....meternyer 16.4 km je. Terletak kat USJ. i saje survey sebab ayah dania kata nak masukkan dania ke skul agama pulak. 1 skul je tak payah lah kalau macam skul kebangsaan tu, petang nak kena hantar skul agama pulak. i masuk kat skul tu la nak tgk apa2 yang i patut tau pasal skul tu tapi kalau namanyer swasta, kena tgk la pulak our budget......ehmmmm....Siap buat lawatan sambil belajar lagi. hihi.....dah habis tawaf, i pun terus ke Puncak Jalil nak ambik dania kat skul Little Caliphs nyer.....dari Puchong Jaya tempat i sekarang ke skul dania dalam 9 km. Jauh jugak tapi sebab nak kan skul yg ajar basic agama, i sanggup hantar.

Balik rumah i prepare lunch dania....bubur nasi with potato n sotong ball. Banyak dania makan sampai 2 pinggan. Cakap pasal bubur kalu, dania mmg tak cakap banyak punya....:) Lepas dah solat and mandi jap.....terus i kuar ke area Mutiara Damansara. Jalan tak berapa jam. Cadang nak ambik hadiah Suzi kat Menara UAC. Parking dekat tepi jalan je....takut jugak tapi tgk kete lain pun buat gak, i pun ikut. Dah ambik hadiah kat Shiseido, i pun bergegas ke The Curve. Nak cari kasut Dania. Mula-mula ke Oshkosh Bigosh, pastu takde yang berkenan i turun ke G Floor pulak cari kat Clarks. Ada this one shoes yang memang tarik perhatian i. Warna pink and gambar kucing. I terus berkenan. Tunjuk kat dania jangan cakap le. Pantang tengok warna pink. Terus nak ajer.....ni le hasilnyer.....

Kasut Raya Clarks Dania 'Molly the magical cat' tapak kasut pun ada corak. Memang magical. hihihi....

Lepas tu singgah umah my parents kat Damansara Jaya. i bagi baju melayu papa i, baju untuk anak sedara i Zharif. Baju mama je belum siap lagi. Maybe ahad ni kot. Dah main2 ngan anak sedara and chit chatting i balik le ke Bandar Puchong Jaya balik. Cadang nak singgah pasar ramadan tapi memandangkan dania tidur, tak sampai hati nak kejutkan dia. Alehnyer ayah le kena tukang beli. Pehhhh tiba rumah rasa nikmat sangat setelah seharian tak lekat kat rumah.....

4 comments:

  1. Owhh .. sudah dapat yer! Good! Tahniah!! Memang lilin tu wangi ... US mari tuu ...

    ReplyDelete
  2. thanks ezz sbb tlg amik hadiah tu!!
    kasut raya dania sgt2222 cantik!!! kalau ada yg adult punye version, maunyer i beli tanpa berfikir panjang hohoho

    ReplyDelete
  3. Tak bakar lagi dah wangi...tak tau le kalau bakar..... :) Thanks Lily....suka sgt....oh kawasan i jugak ye...puchong.

    ReplyDelete
  4. kasut dania tu nampak feminin....hihi....pink kaler....alahai adult version xder la...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails