Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, August 15

Romantic Get-Away Contest



1. Buat satu entry khas untuk pertandingan ni.
OK
2. Upload gambar berkenaan tempat menarik dan romantik bersama suami atau keluarga masing-masing dan sertakan detail berikut:

i. Nama tempat: Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut, Perak

ii. Pergi dengan siapa: Suami Dan Anak

iii. Kenapa tempat tu dipilih: Tepi Laut. Resort tu berada di tempat tinggi dan jauh dari hiruk pikuk bandar (Which is very quiet and romantic). Berdekatan pula dengan Pulau Pangkor. Resort ni ada jeti sendiri jika ingin snorkeling dan Island Hopping juga ke Pulau Pangkor. Resort ni juga merupakan Spa Resort (Ada Samsara Spa) dan kepada kaki Golf kira heavenlah. Ada juga activity room untuk anak2 bermain, permainan seperti carom, boleh surf internet. Yang berminat dengan aktiviti laut boleh try aktiviti seperti berkayak, menaiki banana boat (kemudian di tengah laut banana boat ini akan diterbalikkan). Train juga ada disediakan untuk membawa kita sekitar Resort. Caj nyer begitu minimal.

iv. Pengalaman menarik/romantik: Kami bertiga dapat meluangkan masa keemasan bersama dengan snorkeling dan menikmati pengalaman Island Hopping. Pengalaman memberi ikan makan semasa snorkeling tak dapat diucapkan dengan kata. Sempat memborong makanan laut di Pulau Pangkor. Memang amat membahagiakan. Cukup indah apabila kami berenang di kolam resort, dapat melihat saujana mata memandang luas terbentang lautan luas dan saat paling romantik dapat melihat matahari terbenam tepi laut bersama 'sweetheart' dan 'little princess' saya. Sungguh tenang sekali saat ini.

3. Tempekkan logo contest di bawah di blog anda dan linkkan ke blog ni.
OK

4. Letakkan link sponsor ( http://one-drop-fragrance-shoppe.blogspot.com/ ) untuk contest ini.
OK

5. Akhir sekali, letakkan link entry anda di komen entry ini. Mudah kan? :)
OK

Dengan bermulanya contest ni, maka bermulanya jugala kedai online kecil-kecilan saya,
Sila-sila la menjengah ye.. :)

Pemenang akan di pilih berdasarkan pengalaman yang paling menarik/paling romantik yang dapat membuatkan juri a.k.a encik suami terasa nak pegi untuk sambut anniversary kami. Saya tak boleh jadi juri... :P

Dua pemenang akan di pilih oleh juri. Keputusan hakim adalah muktamad.

Hadiah untuk contest ini di taja sepenuhnya oleh, One Drop Fragrance Shoppe.

Hadiahnya.............. adalah.....

Mana-mana 1 Set wangian One Drop Perfume. (Hadiahnya tidakla mahal mana pun.. :D )




Apalagi, meh la join beramai2.. Kasi pening itu juri.. Hehehhehehhe And harap-harap kami jumpa tempat menarik yang boleh kami pegi.. :)
Update: Sorry, tak perasan banner/logo tuk contest ni takde... Hehhehehe

3 comments:

  1. Thank you ezna sebab join contest nih.. :) Bestnyer snorkling... :)
    Insyaallah, esok saya mskkan gmbr2 awak ye.. :)

    ReplyDelete
  2. Thanks Ummi Khayra....i nak sangat join contest kat blog ni....

    ReplyDelete
  3. good luck ezz!! bestnyer u dpt pergi lagi yer ke swiss garden damai ni sbb menang redfm tu...rezeki u!!!!

    ReplyDelete