Seekor ayam
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Ketumbar
Jintan manis
Halia
Kunyit
Garam
Sedikit asam jawa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK
Basuh ayam sehingga bersih & toskan. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, ketumbar, jintan manis, halia & kunyit dan lumurkan pada ayam bersama garam secukup rasa. Perap selama 20 minit. Panaskan minyak di dalam kuali dan sementara menunggu minyak panas, lumurkan pula ayam dengan asam jawa yang telah dibuang biji. Goreng sehingga berwarna agak kehitaman (bukan hangus kerana asam jawa memberikan warna tersebut). Angkat dan toskan minyak.
**arini masak ayam ni, hubby kata sedap....huhuhuhuhu.....




Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.