Ahad, Ogos 23

Nasi Tomato


***Ni lah cara amatur masak...heheheheh

Hari ni hari Ahad, jadinya resepi untuk berbuka puasa teringin nak masak


-------------------------------------------------------
------------------------------
------------
-----
--

Nasi Tomato

Bahan-Bahan :-

2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
½ cawan minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga

2 ½ cawan air
2 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
2 cawan beras
¾ cawan tomato sos / tomato puree

CARA MEMASAK
Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam, biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan tomato sos. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.

Lauknyer pula :-

Ayam Masak Merah Bermadu

Bahan-Bahan :-
Ayam ½ kilo
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3 biji
Cili kisar 5 sudu besar
Tomato puree 2 sudu besar
Madu pekat 4-6 sudu besar
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK
Goreng ayam separuh masak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar hingga naik minyak.Masukkan tomato puree, garam dan akhir sekali madu sebelum memasukkan ayam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penjara Wanita Kajang?

Untuk pengetahuan semua, Penjara Wanita Kajang ada menyediakan produk sejuk beku yang dibuat oleh banduan wanita di Penjara Wanita Kajang.  ...