Pegawai Pertanian di Ladang ni dah bagitau group Dania dah boleh menuai bayam dah. Jadinya lepas makan dan lalu sebelah kereta terbalik tu, terus la menuju ke ladang. Group Dania ada 7 orang semuanya tapi hanya ada 6 orang je sebab seorang tu demam.
Ini bagi memenuhi subjek Keusahawanan Pertanian.
Ada juga beberapa kawan yang tanya wahhh dah boleh harvest ya? Sebenarnya tanaman group Dania paling naik pokoknya. Group lain samada jarang-jarang naiknya atau pokoknya masih kecil. Ikutkan ada je group yang tanam lebih awal daripada group Dania.
Pucuk pangkalnya, bila tanam ni kenalah jaga pokok-pokoknya. Itu je tips dia. Pokok perlukan penjagaan seperti baja, rumpai pula dicabut. Rumpai group Dania ni mereka mereka mencabut yang berdekatan dengan pokok bayam. Kalau hari ni cabut....2-3 hari dia naik lagi. Jadinya cabut setakat yang termampu sahaja. Nak cabut sampai licin habis tak ada rumpai agak mustahil. Nak nak mencabut kat tanah lapang di bawah sinaran matahari yang terik. Boleh pengsan dibuatnya walaupun pakai topi.
Letih juga bila melihatkan rumpai yang banyak ni. 😅
Group kiri buat penanaman semula sampai habis hitam tanahnya. Baja yang digunakan group Dania punya. Habis dikerjakan tanpa tak tinggal sikit pun ya. Kononnya dah habis membaja baru tersedar group Dania punya baja. Hmmmm baja tu sebenarnya saya beli 1 guni besar tu untuk group Dania. Setiap minggu group Dania membaja guna baja organik tu la.
Baja 40kg ni boleh habis ya....bayangkan.
Tekun mereka memilih bayam yang bersaiz besar untuk dituai.
Dikumpulkan dalam pongkes ni.
Gambar mereka satu kumpulan. Freestyle Freestyle....
Ini gaya biasa sahaja maksud saya berdiri tegak sahaja. Hehe....masing-masing dengan sejambak bayam.
Ada la yang suruh kawan ambikkan gambar. Saya ambil gambar mereka ni menggunakan kamera dan kamera kat telefon.
Gaya apakah ini?.
Tanaman dibasuh dulu.
Ditimbang, diikat dengan getah untuk kemas kemudian dimasukkan dalam plastik.
Ada lubang-lubang juga pada bayam ni bukan perfect tak ada lubang langsung. Ini tandanya ada ulat makan daun bayam. Kalau perfect daunnya tak ada ulat yang makan berkemungkinan menggunakan racun serangga tu ada.
Lepas tu mereka sambung menabur baja untuk bayam yang belum harvest. Insya allah 2nd batch coming soon.
Masing-masing mengerjakan batas masing-masing.
Tunjuk whatsapp kat hubby cuba approach kawan office kalau berminat nak beli. Sekali ramai yang nak beli. Terus habis bayam yang harvest tu. Ada juga group Dania approach orang kedai makan dalam UPM ni. Diborongnya 6 plastik. Itu pun ada juga tak dapat penuhi permintaan kawan office hubby. Ada yang terlambat juga nak order. 😅. Laku keras nampaknya.
Ada 2nd batch yang belum harvest. Moga ada rezeki saya nak merasa pula. Tak sempat ya....sekelip mata laku.
XOXO,
Ezna
bayam memang sedap dimasak apatah lg yg baru harvest gini! ari tu i balik kg, my mom bekalkan bayam jugak sbb subur kat tepi rumah kat kg. congrats dania dan kwn2!
BalasPadamOh, sy dah tahu rahsia kenapa bayam group Dania cepat boleh harvest, hehe. Sedapnya bayam tumis air lepas tu masukkan mi suah.
BalasPadamalhamdulillah..wah meriah hasilnya..elok2 semua. congrats Dania & kawan2
BalasPadamwahhh Alhamdulillah rezeki tu, kita berbudi dengan tanah dan dapat hasilnya...
BalasPadamWahhh..Meriah betul hasilnya ni...Seronok tgk =D
BalasPadamcantik cantik hasil tuaian bayam Dania dan group.. alhamdulillah sedap tu masak fresh dari ladang manis je kan ezna :)
BalasPadamLaku keras sebab fresh betul-betul baru petik Kak Ezna..
BalasPadamKalau saya dekat pun mesti nak jugak hihi...
Ala, Ummi pun tak sempat grab ke ? Sedap tu bayam segar camni ni kan...
BalasPadamSemoga nx batch makin lumayan hasilnya 🤲🏻
elok sangat hasilnya. terbaik sangat.
BalasPadamsedap dimasak tumis air dimakan bersama ikan jaket bakar dan air asam, pergh!