Khamis, Mei 1

Suasana Q bistro Bandar Baru Bangi

Q Bistro baru buka di Bandar Baru Bangi. Kat mana?. Q Bistro ni buka kat Restaurant Paparich dulu. Area corner lot tu. Paparich pula dah pindah berdekatan sini juga. 


Kami duduk ni area luar tapi masih berbumbung. 


Roti telur goyang banjir. Masa datang ni sudu pun tak ada. Kalau kat Q Bistro Putrajaya...complete set dia datang kat kita. 


Saje ambik gambar anak sendiri. Anak ummi yang suka makan roti pisang. 


Roti pisang ni datang macam ni je tanpa sudu garfu dan kuah dhal. Errr memang staff yang membawa ni orang luar mungkin orang dari Afrika jadi mungkin tak tahu kena complete set dengan kuah dhal / kari sekali. Kena mintak baru dapat. Sekali lagi bandingkan dengan Q Bistro Putrajaya. 😅


Hubby makan rojak. Ada la rasa sikit-sikit. 


Boleh dibuat perbandingan dengan Q Bistro Putrajaya.

1. Servis di sini agak lambat. Air dan makanan tiba lewat. Kalau kat Q Bistro Putrajaya, bila kita tiba je dan order...kurang-kurangnya air tiba dulu. 

2. Makanan tak tiba dengan sudu dan garfu juga kuah dhal / kari. Kena mintak baru dapat. 

3. Tak cukup kakitangan dengan pelanggan yang ramai di premis. Mungkin kat bahagian kitchen pun tak ramai jadi order pun tiba lambat. 

Kalau nak ikutkan ramai tu macam sama je dengan Q Bistro Putrajaya. Memang ramai orang la kat Q Bistro ni. Mungkin ramai sebab boleh lepak lama-lama nak bersantai dnegan family dan kawan2. 


***Selamat Hari Pekerja ya....cuti ni pergi mana?. 





XOXO,
Ezna

 

3 ulasan:

  1. Agaknya dia fikir orang melayu makan guna tangan. Hahaha.

    BalasPadam
  2. my favourite too, roti pisang.

    BalasPadam
  3. Q Bistro antara kedai mamak yang sedap bagi saya Kak Ezna..
    Dulu selalu dating dengan HB kat Q Bistro Mutiara Damansara..service laju..food pun senonoh..
    Yang kat Ampang Point, adik saya cakap pun sedap..
    1st time makan kat Q bistro area Cheras, tapi tu tahun 2010 duluuu..yang tu pun best..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Breakfast dan beli barang

Setelah hantar anakanda ke Uni, ibunda dan ayahanda pun nak mencari sarapan pagi. Malas nak pergi jauh-jauh jadi kat dalam UPM je lah.  Kami...