Rabu, September 5

Aloha geng PRS

Malam ambang kemerdekaan, ada yang berkira-kira nak tengok persembahan bunga api kan?. Saya pulak sibuk nak menghantar Dania untuk makan malam (dinner) dengan geng PRS (Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya) kat Mega Glory Hall yang terletak di Ostia, Bandar Baru Bangi. 

Temanya Aloha Hawaii jadinya inilah gaya Dania. 

Shawl guna yang dah ada.
Flower crown beli kat Chamelon Alamanda Putrajaya = RM8.90
Beg sequin dari Shopee since tema Aloha jadinya sequeen bentuk nenas tu sesuai lah = RM25
Baju jenis fishtail Ethnic Sense, Parkson Evo Bandar Baru Bangi = RM25
Seluar berbunga guna yang sedia ada.
Kasut pun guna kasut raya sebelum ni.


Pin tudung pulak guna Dora the Explorer. Dora ni pun macam ala ala Hawaii jugak eh?....


Ostia ni rupanya tak jauh pun dari rumah saya. Bersyukur juga dekat ajer nak hantar malam2 ni. 6 minit je dah tiba sebab tak jam sebab dari rumah cuma 4.3 km ajer. Ada satu hall kat Ostia ni namanya Mega Glory Hall. Hall yang lagi satu ada juga tapi tingkat atas. 


Disapa oleh kawan Dania dari kelas Cendikiawan. Dania kat kelas Dedikasi. 


Kena daftar kat sini dulu dengan Kakak Fatin Qistina. Ishhh saya ni kalau nampak Fatin ni memang suka sangat sebab lawa dan pandai. Kak Fatin Qistina yang muka macam cina ni. Moga ada tempias la sikit kat Dania Yasmine ni haa....😊😊😊


Saya nak ambik gambar pentas tapi kakak senior kembar ni ada pulak. Ambik gambar sekali lah. 


Dania diapit oleh kakak senior kembar. Hanani yang pakai kalungan bunga tu dan Humaira. 


Comelnya hiasan kat stage. Ada burung flamingo dan surf board. 


Ni cikgu PRS sekolah pagi...Cikgu Zanariah. Cikgu Zanariah ingatkan saya pelajar alumni. 


Tema kat hall ni tema putih. 


Ummi rasa sini nampak menarik untuk ambik gambar jadinya ambik la gambar Dania. 


Kawan Dania nama Balqis ni kata baju dia plain sangat. Alahhh pakai je apa yang ada. 


Makanan yang bakal dihidangkan malam ini. 


Boarding pass la kengkononnya ni. 


Bergambar dengan barisan yang menjaga meja pendaftaran. 


Mega Glory Hall ni pun sesuai untuk majlis perkahwinan. 


Terletak sebelah Primavalet kat Bandar Baru Bangi je Mega Glory Hall ni. 


Sebelum balik ambik gambar dengan kawan sekelas pulak. Dari kiri Zaid, Dayang Irdina Sofiya, Dania Yasmine dan Adriana Dafinah. Dayang ni pernah satu sekolah dan satu kelas dengan Dania masa kat SMK Putrajaya Presint 18 (1). Masa Dania nak pindah, dah siap bagi dah gift selamat tinggal sekali Dayang pun masuk kat SMK Jalan Empat dan satu kelas jugak dengan Dania. Hehe. Zaid pulak berdiri ada gap sikit dengan the girls. Haaa macam ni aunty suka sebab tahu batas tu kan...

2 gambar kat bawah ni guna phone hubby. Saya bawa DSLR tapi SD Card kat rumah 😝😝😝


Ok....gambar last dengan the girls. 


Satu malam yang penuh memori dengan kawan2 PRS. 

19 ulasan:

  1. Bestlah kan budak2 sekarang ada majlis dah macam orang dewasa dah. Yang ni memori terindah nanti .

    BalasPadam
  2. ya allah bestnya dapat pergi event dengan kawan2 macam ni . seronok sangat . dulu pun saya pernah jgak pergi event mcm ni . tp bila dah tua ni , tak selalu sangat jumpa dengan kawan2 . apapun artikel awak best !

    BalasPadam
  3. zaman kita dlu2 ms sekolah tkde merasa dinner camni..hebat bdk2 sekolah skarang kn sbb ada majlis camni siap tema aloha gtu...venue tu sederet ngan primavalet...sesuai hall gtu nk adakan majlis2 ni kn

    BalasPadam
  4. Heheheh comel je beg nenas aloha tu. Memang seronok kalau ada event dinner bertema ni. Macam macam kena fikir nak matching dengan tema

    BalasPadam
  5. Srnk kan bila ada aktvti mcm ni..kdg2 mak2 yg excited lebih..

    BalasPadam
  6. Untung budak budak sekarang siap ada makan malam bertema. Time saya dulu tak merasa. Dah masuk kerja baru merasa. Tapi tema hawaii ni nampak okey jugakkan..

    BalasPadam
  7. seronoknya majlis macam ni.dulu zaman airah buat dekat sekolah je memang tak la dapat buat dekat luar macam ni.

    BalasPadam
  8. Bestnya acara untuk PRS nie. Zaman abam Rawlins buat majlis kat dewans sekolah je. Makanan pun ala kadar - tema langsung takde hahaha

    BalasPadam
  9. wa semua cantik sangat! The activities look fun there. time to make a visit situ untuk ambil gambar

    BalasPadam
  10. Wah bestnya. Zaman kinah dulu takda majlis macamni. Buat biasa-biasa je kat sekolah. Walau apa pun good luck pada semua adik-adik. Kejar cita-cita

    BalasPadam
  11. Syok budak-budak skang ni..buat majlis kat tempat cantik ..tema pun kena dengan gaya PRS diorg..

    BalasPadam
  12. untung awak,siap ada dinner bagai utk PRS hehehe.zaman kami dulu dinner susah nak ada.biasa untuk pengawas sekolah je.PRS jauh sekali hehehe

    BalasPadam
  13. Wahhh bestnya zaman sekolah pon ada dinner2 bertema mcm nie. Time sy dulu x merasa. Time kat universiti baru merasa. Mmg seronok kalau ada tema. Suka dress up according to the theme

    BalasPadam
  14. comel i tengok dania. bagus yang abadikan momen dania masa zaman sekolah. nanti dah besar mesti dia rindu nak baca balik entry u ni..seronokkan tengok anak membesar mata....

    BalasPadam
  15. Sekolah sekarang untung tau sebab nak buat event semua kat tempat mewah-mewah makan malam hehehe saya sekolah makan pun buat kat kantin sekolah jer wakakakaka beza sekolah luar bandar dan di bandarkan...

    BalasPadam
  16. Bestnya nice sequin! Good choice of purchase! But thanks for sharing this experience of urs cos I've never had friends gathering before mcm ini hehehhe biasa also party je hehe

    BalasPadam
  17. Dulu Ibu pun dapat masuk juga dalam pembimbing rakan sebaya ni. Haha, masa tu di adakan pemilihan melalui nama. Kawan kawan undi dalam kelas nama Ibu

    BalasPadam
  18. Geng geng prs ni sepatutnya dah besar jadi kaunselor kan, sebab suka dengar masalah orang dan selesaikan. Sepatutnyalah. Dah besar lain jadinya

    BalasPadam
  19. What a nice event, glad you had a good time with your friends, you guys are so lucky!

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Beriadah berbasikal dan brisk walk

Hari Jumaat sehari selepas perayaan Deepavali, kami beriadah di Taman Canseri, Presint Diplomatik Putrajaya. Cuaca nampak baik petang ni.  S...