Selasa, Mei 13

Kawan parking sebelah menyebelah....

Masa cuti semester Dania ni, kami ada ke IOI City Mall. Masa kat parking, keluar je kereta ada suara halus panggil....aunty....lepas tu salam saya. Rupanya kawan sekelas Dania masa asasi. Sekarang ni kat UOC pulak dan bukan UPM sebab tak dapat course idaman iaitu Medic. Nak jadi cerita dulu masa masuk kelas masa asasi Tasya ni tanya Dania patut awak masuk MRSM Serting kan?. Dania kata ya sebab sepatutnya mereka ni sebilik. Hehe. Dania tak pergi sebab MRSM Serting tu bagi saya jauh sikit kalau la saya kena ambik Dania outing ke nak balik ke....kalau dapat MRSM Alor Gajah memang kebarangkalian masuk tu ada sebabnya tak jauh pun dari tol Alor Gajah tu. Tak payah masuk sampai ke dalam lalu hutan yang ada signboard haiwan liar melintas. Panik sis ya....😅. 

Rasa kelakar pulak bila parking sebelah menyebelah dan Tasya ni bukan datang seorang tapi dengan boyfriend. Punya banyak parking...saya boleh kebetulan parking sebelah Tasya. Rezeki sebenarnya dapat berjumpa. Lepas asasi Dania dah tak jumpa Tasya dah selama 2 tahun. Ikutkan Dania pun dapat UOC untuk Dietetik tapi Dania cakap macam mana kalau dapat Animal Science?. Masa ni tengah tunggu kalau Dania dapat Animal Science tapi....rupanya rezeki Dania dapat Agribusiness. Masih berminat nak Animal Science....sedih tak dapat sepanjang 1 sem program Agribusiness tu tapi dapat jugak Anugerah Dekan...tu yang ummi pun tak faham. Kenapa pilih Dietetik kat UOC? Sebab Dania dapat interview Dietetik di UPM tapi tak dapat. Bila tak dapat ajer Dietetik di UPM, terus tak minat dah nak ambik Dietetik. Mungkin tak ada motivasi nak ambik Dietetik disebabkan gagal interview. 

Inilah kisahnya....😅


Lepas tu kami berpisah dan ke Dubuyo. Dania teringin nak makan kat sini jadi ummi ok je cumanya saya tak nak order tteokbokki seperti selalu. Kali ni saya order ini. Mi dan ada ayam di dalamnya. Ada macam acar lobak putih, acar timun dan kimchi. Kimchi ni masa ke Korea dulu memang sedap je saya makan tapi bila kat Malaysia macam tak terasa nak makan pulak. Macam tak berapa sedap pun ya jugak. 


Dania order set ni. Ada sup tauhu juga. Saya tak suka tauhu tapi tauhu dengan kuahnya sedap pulak. Dania tak makan timun tu jadi saya yang habiskan. Sedap la timun tu macam dah campur kicap atau sos ikan kot. 

Air pula saya dan Dania order air teh buah pic (Peach tea). Sedap....refreshing sangat. 


Sebenarnya sempena Dania cuti semester ni nak ajak la tengok movie jadi kami makan dulu kenyang2 sebab movie jam 3.10 petang nanti. Entry tengok movie tu kemudian saya post. 





XOXO,
Ezna


 

5 ulasan:

  1. Wahhh...bestnya... LeYa lama tak singgah makan di Dubuyo...

    BalasPadam
  2. i tak reti la mkn kat dubuyo ni...my boys semua suka mknn korea/jepun ni

    BalasPadam
  3. Bila berezeki terjumpa tu memang tak sangka akan jumpa kat tempat yang tak terlintas boleh jumpa kan Kak Ezna..
    Saya tak pernah try lagi makanan Korea yang betul²..rugi bila jadi jenis tak reti nak try test tukar rasa ni hihi..

    BalasPadam
  4. sampai sekarang masuk umur 30 tahun tak reti nak makan makanan korea ni.... rasa macam jakun pulak hihihihi

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kawan parking sebelah menyebelah....

Masa cuti semester Dania ni, kami ada ke IOI City Mall. Masa kat parking, keluar je kereta ada suara halus panggil....aunty....lepas tu sala...