Jumaat, Mei 9

Cari apa kat kedai hardware?

Apa yang beriya nak cari kat kedai hardware ni?. Sebenarnya nak cari penyodok tanah. Ada pun....aktiviti menanam Dania masih berjalan jadi penyodok tanah ni boleh add on la korek tanah untuk letak baja. Kalau penyodok kecik tu kawasan kecik je la dia korek.  

Dapat la penyodok tanah panjang ni dengan pemegang kayu dengan harga RM17. 


Lepas tu ada plan pulak nak tengok tanaman bayam Dania kat UPM sebab esoknya nak cabut rumpai dan membaja. Ni singgah UPM kejap. Kalau tanaman yang baru tanam tu dah besar sikit kena letak baja NPK. Kalau kecik sangat letak baja taik ayam je la. Sekarang ni cuti semester di UPM jadi Dania je paling dekat. Apa salahnya maintain tanaman ya. Kalau tak, seminggu ni tak buat apa-apa sayang la kan. Atas inisiatif sendiri. 

Bayam dah sebesar ini. 


Nampaknya bayam yang ditanam seminggu lambat dari bayam kat atas ni baru sebesar ini jadi tak boleh letak baja NPK. Kena tunggu besar sikit. Lambat tanam sebab benihnya dah habis jadi kena beli dulu. 


Panjang betul rumpainya. Boleh mengganggu pertumbuhan bayam dan disarankan untuk mencabut. 


Batas Dania yang bayam merah ni. Batas kiri bayamnya kecik je. Batas kanan ni dah tak boleh bezakan diantara rumpai dan sawi. Itu yang kena maintain mencabut rumpai tu. Kalau group tak rajin memang letih la. 


Dania bergambar dulu di ladang ya. Esok kena bekerja keras ok?. 


Dari UPM, ikut laluan Masjid UPM nak menuju ke Watson dulu. Dania nak beli pembersih muka dia kemudian sederet tu ada FamilyMart. Dania tanya ummi nak ice cream tak?. 

Dania belanja la ummi ice cream. 😍


Aktiviti santai anak-beranak....makan ice cream. Cuaca kat luar pulak panas. Memang ngam la. Ada 3 meja kecik kalau nak makan kat sini. Boleh duduk dua orang la camtu. 


Selesai makan, moh la kita balik ya. 





XOXO,
Ezna

 

10 ulasan:

  1. sedap mata memandang tanaman yg menjadi tu, elok!
    santai2 makan eskrem dgn anak2 is healing.

    BalasPadam
  2. fuh...berlawan2 rumpai tu dengan bayam...

    BalasPadam
  3. mcm rumpai lagi byk dan subur dari bayam tu

    BalasPadam
  4. tinggi pulak rumputnya ye dari bayam...biasa rumput tu

    BalasPadam
  5. cuaca panas dpt aiskrim lega tekak tu

    BalasPadam
  6. Nampak kering juga tanah tu. Musim panas kan.

    BalasPadam
  7. Moga subur semua yang Dania tanam.

    BalasPadam
  8. Lama plak x buat aktiviti mom and daughter macam ni..

    BalasPadam
  9. Rindunya saya baca blog kakak. Banyak tertinggal saya nampaknya 😅😅. Nak baca 1-1 lah.

    Bayamnya tumbuh bagus yaaa. Memang rumputnya tumbuh subur juga. Saya jarang makan bayam merah. Bukan tak suka, tp sering geli lihat kuahnya berubah merah macam darah 😂. Krn itu kalo masak bayam merah, pasti kuah saya buang 😅

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki telur dan kali kedua tuai bayam

Ada sekali lepas ambik Dania kat fakulti, nampak susah bukak pintu kereta rupanya..... Kat tangan ada 2 pek telur. Kat dewan tengah diadakan...