Rabu, Mei 21

Berdua bersama dan artis mana tu?

Hari yang saya keluar dengan Suzi tu, hari yang sama petangnya saya keluar pula dengan Dania. Tu baju sama je. Hehe. 

Minum tea time tapi takde tea pun tapi air sejuk je. Ada la blueberry cake ni haa...


Ni saya ke Habib sebab nak tukar subang saya tapi macam tak banyak choice pulak. Tiba-tiba saya nampak seseorang macam eh eh....kenapa macam kenal. Saya cakap dengan Dania siapa yang nyanyi lagu Cinta Muka Buku? Saya siap menyanyi chorus la. Saya tunjuk la belah sana....Dania kata tak kenal sebab nampak mak Najwa ni dia kata orang lama Dania tak kenal....bila Dania nampak Najwa Latif barulah Dania kata Najwa Latif. 

Chehhh Dania dok ingatkan mak Najwa Latif tu so dalam fikiran makcik mana pulak ummi maksudkan retis. 😅. Saya approach Najwa cakap you Najwa Latif ya? Ya....so saya minta izin ambik gambar dengan Dania. Hehe selalu Dania yang jadi mangsa 😁. Saya kata Najwa tak aktif dah sekarang ke? Kata Najwa aktif tapi hari minggu je. Najwa sekarang ni lecturer kat Asasi UITM, Dengkil. Saya pula terlupa yang Najwa Latif ada buat persembahan kat Pesta Konvokesyen (Peskon) UPM tahun lepas. Muka Najwa ni licin tanpa make up. 


Lepas tu ke sini membeli lotion. Bau Rose dia wangi ya amat. 


Ni pula kat My Ballerine. Try kasut pulak. Kadang saje try sana sini. Hehe


Sweet betul design kat sini tapi kaki Dania ni bukan semua kasut ngam. 


Kasut bertapak rendah. 


Dania dapat pula sepasang kasut. 


Ni pula tengah beratur nak beli ice cream. 


Perisa baru di FamilyMart iaitu mango coconut. Ok je la...ni port makan ice cream ni tepi air terjun. Nak makan kat FamilyMart pula takde meja kosong. 


Begitulah kisah ibu dan anak. 




XOXO,
Ezna

 

12 ulasan:

  1. Ice cream tu dah rasa boleh la nak rasa..nak repeat x kot...

    BalasPadam
  2. oh najwa ngajar kt uitm ...kasut jenis camtu tk smua kaki bole sarung kan...sedap nmpk aiskrim familymart tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah seorang lecturer. Kasut pun kena tengok jugak. Kalau runcing sangat tak selesa kalau kaki lebar.

      Padam
  3. cute jer kisah ibu dan anak!! hehheh ari jumaat ni i amik cuti so i ajak zharfan teman...i nak kena survey/terus beli laptop la sbb my lappy ni nazak sgt dah, keje plak memang 100% guna lappy...hrp2 dpt la setel jumat nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh dah wajib dah tukar tu Suzz. Moga you dapat jumpa lappy yang sesuai dengan you.

      Padam
  4. comel je najwa latif tu...
    lawa kasut pink tu

    BalasPadam
  5. Kadang tak sabar nak tunggu anak dara saya besar

    BalasPadam
  6. Minat Cuya kat najwa latiff, suara dia sedap didengar. Kulit pon dia pakai macam2 skincare, dia pernah share.

    Cuya sejenis kasut tapak cepat rosak sebab keadaan kaki Cuya yang lain drpd lain. Rasanya krna beli kasut khas perubatan yg temph tu

    BalasPadam
  7. sweet nya kasut tu..
    yup, ada terbaca najwa latif dah jadi lecture sekarang ni
    MA..kalau ice cream memang choc je la

    BalasPadam
  8. Patut ummi pun ambil satu gambar dengan Najwa.
    Sedaplah kalau aiskrim ada perisa kelapa.

    BalasPadam
  9. Wahhh dapat bergambar dengan artis .. rezeki

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Berdua bersama dan artis mana tu?

Hari yang saya keluar dengan Suzi tu, hari yang sama petangnya saya keluar pula dengan Dania. Tu baju sama je. Hehe.  Minum tea time tapi ta...