Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, May 26

Sepasang baju buat adik | Suci

Alhamdulilah seorang adik saya telah mendapat panggilan haji. Sebenarnya adik buat rayuan sebab nak ikut mahramnya iaitu suaminya yang dapat panggilan pada tahun ini. Ikutkan adik ipar saya tu bakal jemaah haji tahun 2020 tapi disebabkan pandemik terpaksa dianjakkan dan akhirnya pada tahun ini 2022 bakal menjadi tetamunya. Adik saya pun berjaya dalam rayuannya. Alhamdulilah. 
 

Bila dah terima tawaran kena buat pula pemeriksaan kesihatan bakal haji dan keputusannya...adik saya sihat & lulus untuk ke Tanah Suci. Pemeriksaan kesihatan pada jemaah haji pada kali ini agak ketat ya. Kalau tak lepas pemeriksaan ni memang gagal la ke tanah suci. Adik saya pun semenjak suaminya dapat panggilan pada tahun 2020 dah melakukan senaman dan menjaga pemakanan supaya badan fit dan juga attend kelas haji. 

Kekna tumpang happy untuk Ema dan Sam. Alhamdulilah. Doa yang dipanjatkan diperkenankan olehNYA. Insya allah saya akan kirim doa. Moga allah angkat doa kami semua. Tarikh tu yang mahal tu. Lulus pemeriksaan kesihatan pada tarikh hari jadi saya. Alhamdulilah. 

Since adik yang dapat ke tanah suci, kakaknya pun tumpang excited. Maka dengan itu, saya hadiahkan sepasang baju dari Butik Sireh Pinang. Beli kat shopee ajer. Kebetulan butik ni memang saya pernah la beli baju dulu. Dah lama tak ke Shah Alam jadi tak tersinggah la Butik Sireh Pinang ni.Suci ni bajunya dan seluarnya potongan baggy jadi tak nampak bentuk badan. Kainnya pun memang lembut sangat cumanya nak kena la pakai inner supaya tak nampak la warna kulit. Nak pergi haji kot. Pulak tu senang la berseluar sebab banyak nak berjalan kat sana kan....

Ada rezeki nanti saya nak belikan stokin yang tapak dia tebal kat Butik Munawwarah, Taman Tun. Sangat selesa bila saya pakai masa buat umrah tahun 2014. Masa adik saya Eja ke tanah suci untuk umrah pun saya hadiahkan stokin tapak tebal ni jugak. Saya suka hadiahkan apa yang saya rasa selesa dan suka dengan harapan penerima akan suka juga hadiah tu. Mungkin juga nak add on sejadah muka. Tengok la nanti kalau terjumpa. 

Gambar diambil dari Butik Sireh Pinang, Shopee 

Selalunya bila beli kat Shopee saya tak tukar penghantaran tu. Selalu juga shopee menggunakan khidmat J&T. Maaf le kalau J&T punya perkhidmatan memang saya kurang sikit. Bila saya tukar maklumat penghantaran tu rupanya boleh juga collect kat tempat yang kita pilih. Maka saya pun memilih collect kat tempat yang berdekatan dengan rumah. Saya ingatkan kat J&T rupanya kat sebelah J&T. Kawasan sini parking agak luas dan tak sesak. 


Haa tudia...sebelah kedai gunting rambut ni la yang saya collect parcel saya. Senang la. Lain kali tak nak suruh J&T hantar. Ambil masa sekurang-kurangnya 5 hari nak sampai ke rumah. Paling lama berminggu. Hmmm.....

Not only boleh collect sini...boleh juga pos barang kat sini dan buat insurans. Senang la sebab dekat je pun dengan rumah. Kedainya pun kecik je sebab share dengan gunting rambut tu. 


Oh ya baju yang saya hadiahkan tu dah selamat saya hantar sendiri kat adik dan kebetulan la pulak memang dia mencari design baggy macam ni dan saya pulak hadiahkan. Bersyukur adik saya. Rezeki nak ke tanah suci. Katanya kainnya pula lembut. 

Kalau sesiapa nak beli jubah ni boleh la try ke Butik Sireh Pinang kat shopee. Nama baju ni 'Suci'. 



XOXO,
Ezna

3 comments:

  1. rezeki adik u dpt buat haji..moga2 nanti rezeki i plak in few years to come insya Allah...u plan nak buat haji bila ezz?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang rezeki sangat sebab ada je yang mohon rayuan tapi tak dapat. Apa pun memang dah tiba masanya. Rezeki dah tertulis. I akan pergi bila masa yang sesuai i pergi sebabnya hubby I tak banyak cuti dan I nak pergi bertiga Insya Allah. Bila masa itu tiba...Insya allah I akan pergi.

      Delete
  2. alhamdulillah... hepi dgr org dpt rezeki ke tanah suci... semoga kita pun akn ada rezeki ke sana lepas ni

    ReplyDelete