Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, May 16

Percubaan pertama mengendalikan kamera baharu | Canon EOS M200

Beberapa hari selepas beli kamera baharu ni, nak pergi bersenam kat taman. Kami ke Taman di Cyberjaya. Hubby suruh bawa kamera baharu ni supaya saya biasa mengendalikannya. Bawa la saya kamera ni ke taman. Sementara hubby jogging, saya dan Dania briskwalk ajer. Nanti nak bawa la kamera ni jadi peneman ke mana sahaja kami bercuti nanti. 

Kalau belakang tu ada cahaya, mesti gambar jadi macam silhouettes tapi saya suka gambar macam ni. Gambar ni berlatarbelakangkan tasik di Cyberjaya. To be exact taman berdepan dengan Multimedia University. 


Ni ada Dania pulak kat frame ni. 


Banyak betul bunga teratai dalam tasik ni. Di seberang sana ada taman permainan kanak-kanak. 


Close up bunga teratai yang belum berkembang. Cantik...warnanya merah jambu. Cantik juga gambarnya walaupun kamera ini bukan DSLR tapi kamera Canon EOS M200 ni menggunakan teknologi kamera DSLR. Kalau nak lebih zoom, kena beli lense lain la. Kamera ni juga boleh tukar lense. Teknologi yang terbaharu ni boleh tukar lense. Dulu saya masih ingat kalau kamera yang biasa tu mana boleh tukar lense kan?. 


Ni gambar saya nak ambik gambar bunga warna ungu kat pokok ni. Atas tu cahaya cerah jadi gambarnya agak gelap. 


Saya edit sikit bagi cerah kat Photoscape. Baru nampak warna bunga ni. 

Gambar ni guna kamera saya. Dania yang tolong ambikkan. Nak kena biasakan Dania ambik gambar supaya nanti senang nak ambik gambar cantik ummi dan ayah. Hehe....

So far puas hati gantung kamera ni kat leher. Kameranya kompak dan tak la sakit leher. Sekarang pun kamera makin ringan dan kompak kan. 


Tengah-tengah jalan nampak bai aiskrim pulak. Singgah la beli kat sini. 


Dapat la seorang satu ice cream. Suka ice cream ni dari dulu lagi. Lime dan dalam tu vanilla. 


Kemudian nampak hubby menuju ke arah kami. Jalan jalan macam ni pun badan berpeluh juga. Jadilah kan dapat juga keluarkan peluh kan?. Ada juga orang bersenam kat sini. Since ni pun dalam jam 6.30 lebih petang kami pun nak balik dah la. Burung burung pun dah nak pulang ke sarang. 

Misi nak datang sini briskwalk dan try kendalikan kamera ni pun berjaya. Alhamdulilah. Kena banyak praktis lagi supaya selesa dengan kamera ni. So far berpuashati dengan result kamera ini. 



XOXO,
Ezna

9 comments:

  1. Eh. Rasa cam berminat plak nak beli kamera kompak sebegini - senang nak dapatkan komposisi yang cantik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye...gambar dia pun kualiti DSLR sebab teknologi DSLR juga. Kalau Rawlins nak lebih clear tukar lense dengan zoom lagi dekat.

      Delete
  2. Wow... this camera looks awesome. Al the pictures turn out awesome. Thank you for sharing your review, Ezna.

    ReplyDelete
  3. Wow...wowo....playing with new toy now to continue capture nice photos would be your great 👍🏻 time spending now. Love the photos quality of this sharing here. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. lawalah gambarnya macam fotographer pro pulak dah

    ReplyDelete
  5. Lepas ni semua gambar makin meletop cantik dan profesional lah dengan kamera baharu hehehe kita pun lama tak guna kamera mcm ni asyik guna phone jer kan...

    ReplyDelete
  6. looks like you are having so much fun with your new camera! the quality is amazing, i love the balance in colour temperature

    ReplyDelete
  7. Try n error, macam kita beli hp gak kan, kena banyak kali cuba baru okk.. nanti hasilnya mesti cantikkk.. macam nak juga beli kamera baru laaaa

    ReplyDelete