Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, May 25

Melawat Dr Gigi | Klinik Pergigian Musfirah

Sebelum keluar rumah, dah siap-siap prepare dinner. Masak 2 jenis lauk...settle. Salah satu ikan goreng bercili ni. Satu lagi kangkung belacan. 

Dah buat appointment sehari sebelum untuk berjumpa dengan Dr Gigi. Klinik Dr gigi ni terletak kat Bandar Baru Bangi. Betul2 atas 4 Fingers di Seksyen 8. Sederet dengan Johan Patin Temerloh. Namanya :

Klinik Pergigian Musfirah
No. 2-1, Jalan 8/36
Seksyen 8
43650 Bandar Baru Bangi
018 - 232 3790

Appointment dijadualkan pada jam 6 petang untuk saya dan Dania pada jam 6.30 petang. 5 minit sebelum appointment saya dan Dania dah tiba. Ni kat ruang menunggu. 

Boleh juga walk in sebelum jam 4 petang tapi saya buat appointment melalui whatsapp ajer. 


Deko kat dalam klinik gigi ni. Sempat la ambil gambar sebelum memulakan rawatan gigi. 


Ada ruangan untuk anak bermain juga. Selesa dan luas kat klinik ni. 


Kusyuk la tu baca novel dia sementara menunggu. Best la tu duduk kat karpet je macam kat rumah. 


Depan sofa ada TV kalau nak tengok tapi kami tak tengok pun. 


Rawatan tampalan gigi saya mengambil masa selama 30 minit jugak la oleh Dr Afikah. Lepas ajer rawatan saya...tak lama kemudian Dania pun kena panggil. Saya pun apa lagi sendiri selfie lah. Hehe. Pun duduk kat karpet ni je macam kat rumah. Saya je ada kat sini di ruangan menunggu. Tenang ajer. 


Dania punya rawatan gigi pula, scaling dan whitening gigi. Kemain dia nak whitening pulak. Nanti saya akan beri harga servis kat sini. Lama juga rawatan Dania dari jam 6.30 petang - 7.30 petang macam tu. Saya pun dah siap bawa telekung + sejadah. Senang terus solat kat klinik ni sebab ada surau. Zaman sekarang ni selamat lagi kalau guna sejadah dan telekung sendiri walaupun kat surau ada sediakan keduanya. Dah solat dan bayar barulah bertolak balik. 

Dania memberikan senyuman nampak gigi. Gigi dah berkilat dah. Hehe. Alhamdulilah gigi Dania ni elok dah kejadiannya. Dah tak payah pakai pendakap gigi. 

Dania cerita...masa buat rawatan Dr pasang lagu annoying kat Tik Tok.....Raffa Affar....dengarkanlah.....di sepanjang 🤣. Tergelak dia tapi cuba tahan la tak sampai over pulak...


Sekarang ni Klinik Pergigian Musfirah tengah mengadakan promosi untuk whitening couple + scaling. Potongan sehingga 20% untuk pasangan. 

Pemeriksaan dan konsultasi : RM20 - RM40 
Cucian gigi dan polish : RM120 - RM200

Whitening

1. RM350 - Instant short term whitening (tahan 3-4 bulan)
2. RM750 - Instant Long Term Whitening (tahan 1-2 tahun)
3. RM1000 - Instant Laser Whitening (tahan 1-2 tahun)
4. RM200 - Internal bleaching (1 batang gigi)

Harga rawatan dewasa, pemeriksaan dan konsultasi : RM20 - RM40

Tampalan 

RM120 - RM200

Kalau gigi sakit memang tak keruan sungguh. Gigi berlubang ni pun tak rasa sakit jadi baiklah buat rawatan sebelum ada infeksi kan?. Tak tahan kalau sakit gigi oh....Oh ya saya suka klinik gigi ni sebab Dr dia perempuan. Selesa sikit nak buat rawatan tu. 

Esoknya dapat whatsapp dari Klinik Pergigian Musfirah nak tanya sakit ke tak selepas buat rawatan. Kiranya macam feedback selepas rawatan la kan. Tunggu lagi 6 bulan untuk pemeriksaan rutin.  

Anda dah jumpa Dr gigi?.







XOXO,
Ezna


6 comments:

  1. menarik tu. kat my area ni, i pergi dentist india sbb dh biasa dgn doktor tu, tp klinik memang old fashion lah hahhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pernah pergi klinik old fashion ni kat PJ. Dr pun old fashion juga tapi old fashion pun kepakarannya pergigian so ok lah.

      Delete
  2. This dental clinic looks lovely. Bandar Baru Bangi is not very far from my place. Nanti boley lah I intai. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
  3. Baru teringat tahun nie tak pergi jumpa dentist lagi. Dah sampai masa nie kena pergi dah

    ReplyDelete
  4. Dah lama xpegi klinik gigi, cantik deko Klinik Pergigian Musfirah, tempat pun selesa, tentu bdk2 tak takut klu nak cabut gigi

    ReplyDelete
  5. Jauhnya dental klinik ini dr lokasi AM.. AM memang tgh survey nak buat rawatan scaling dan pemutihan gigi.. Baru lah boleh senyum dengan selebar2nya..

    ReplyDelete