Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, April 18

Kejar selebriti ke tu?....... | Dotty's IOI City Mall

Ada sekali tu hubby la ajak makan kat Dotty's IOI City Mall. Teringin nak makan Salted Egg Cronut. Nasib baik Dotty's ada kat IOI City Mall tu je. Kalau nak ajak ke Taman Tun macam jauh pulak. 

Seperti biasa, nak masuk Dotty's kena beratur. Nasib baik ada beberapa meja yang kosong tapi belum kemas lagi je. Tunggu sekejap sebelum kami masuk. Meja sebelah kami tu ada budak kecik comel sangat. Saya agah-agah la dia. Kemudian keluarga yang saya agah-agah tu nak balik. Sekali bila dah keluar barulah Dania sedar yang itu merupakan Sir yang ajar subjek Fizik dan Kimia Dania. Sir tuition online Dania dekat MC+. Apa lagi saya kata jom. Hahahah...mak ke anak yang over ni?. Dania pun excited juga nak jumpa tutor MC+ dia. 

Maka keluarlah saya dan Dania meninggalkan meja kami sebab hubby tengah melihat-lihat dessert yang dipamerkan kat kaunter Dotty's. Saya pun panggilah Sir Hazeeq. Sir pun berhentilah dan saya pun minta izin isterinya untuk ambilkan gambar Dania dan Sir. Harap-harap tak terkejut la ye. 

Hairan anak Sir Hazeeq ni siapalah ni ye?. Sir Hazeeq ni Dania bagitau dalam kelas selalu buat magic. Hehe. Sebetulnya saya memang tak cam Sir Hazeeq yang mana satu sebab Sir ni agak baru kat MC+ cuma tahulah yang Sir ni terkenal sebab suka buat magic. Anyway, comel je anak Sir. 

Dania pun ada kata....Sir pesan kalau terjumpa kat luar tegurlah....presenting....Dania....Plusians 2004 😀. Pelajar yang ambik tuition MC+ ni digelar Plusians. Wah....masa sibuk ambik gambar tu pun ada bebudak macam baya Dania tengah minum air dok tengok2 kat kami. Mungkin tertanya selebriti mana la yang kami ambik gambar ni ye?. 😂

Siapa sangka Dania bergambar dengan peserta silap mata Britain's Got Talent 2020, Sir Ameerul Hazeeq. Beliau ada Sarjana Perkomputeran Kimia dari Universiti Malaya. Eh baru tahu pernah masuk Lite Breakfast Show, Harian Metro dan Era FM. 


Bergambar lagi. Kali ni saya pun masuk frame. Thanks isteri Sir tolong ambilkan gambar. Ala penat la tu anak Sir tu. 


Lagi gambar.....


Selesai bergambar kita pun balik ke meja. Ni hubby punya ni. 


Saya order sup cendawan ni yang dimakan dengan roti. Lepas tu macam ada ayam kecik dalam tu. 


Dania punya ni...


Ummi pun mintak sikit ajer. 


Asalnya ke sini sebab nak makan Salted Egg Cronut kan?. Hehehe....dah habis daa.....tiada la gambarnya kat sini. 😄

Saya ada post kat Instagram lepas tu post saya tu ramai pulak yang muda-muda datang like. Rupanya.....Sir ada letak dekat highlights Instagram beliau sebab saya ada tag nama beliau. Patutlah. Mesti Plusians datang support la tu. 💪
 

Haaaa bukan selebriti je kena kejar ye....cikgu tuition pun boleh....hehehe....



XOXO,
Ezna

12 comments:

  1. eh mana salted egg cronut...kita dh mkn juga..sedap...oh dania jmpa cikgu tuition dia...tisya br juga register dkt mcplus ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salted Egg Cronut idaman dah habis masa ni. Sedih....tak dapat nak merasa.

      Delete
  2. Rawlins cadang next week nak berbuka kat Dotty's nie. Dah tempah dah sebab kalau datang manjang penuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ya la Rawlins, asyik panjang je. Nasib baik Rawlins booking.

      Delete
  3. Helok betul yaa cikgu tuitionnya hehehehe.. Sis teringin gak nak cuba makan sini, cuma kalau ke sana, tak nyempat nak nyinggah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat first tu...hehehe....ada few tempat jugak tapi tu lah area Lembah Klang ajer.

      Delete
  4. heheh.. segak cikgu tuisyen dania naa.. i dah lama x makan kat dotty teringin la

    ReplyDelete
  5. Handsome cikgu tusyennya.. patutlah mak dia yg over haaa.. sedap ke Salted Egg Cronut tu, kak blm pernah mkn lg

    ReplyDelete
  6. Not bad juga ye tempat makan Dotty ni, rasanya tak pernah try lagi. Next time ke Putrajaya nak try out la! Best kan xsombong orangnya ye!

    ReplyDelete
  7. mak kejar cikgu tuisyen. hehehehe. zaman sekarang cikgu-cikgu sangat presentable. tp cikgu zaman dulu pun lawa bergaya. cuma takde media sosial je kan kak. hehe

    ReplyDelete
  8. Hahah sampai kejar cikgu tuisyen, comel juga. I like Salted Egg Cronut too sedap kan

    ReplyDelete