Saya ada share post pasal Dania pergi kelas teori kurikulum pendidikan pemandu. Post ni sesuai sangat la untuk ibu ayah yang nak enrol anak ke sekolah memandu. Zaman saya dulu tak banyak step pun nak belajar memandu tapi zaman Dania ni banyak step dan ada masa juga kena tempuh in order nak ke step seterusnya.
Selepas belajar teori memandu (kelas 6 jam 1/2) kena pula ambil ujian statik berkomputer kat MYEG. Dania ambil ujian ni kat MYEG Bangi yang terletak 6.9km dari rumah saya ni. Ujian djadualkan pada 15 April 2022. Saya hantar Dania jam 9.15 pagi. Memang plan nak hantar pagi sebab kalau keluar lewat takut jalan jam orang nak solat Jumaat. Tiba kat sana pun Dania cakap ada 20 orang kat depan dia. Tudiaa....kira awal tu. Ada yang kata dah datang seawal 8 pagi ye. Result dia pun dah dapat. Lulus katanya...alhamdulilah.
Apa yang kena bawa?
1. Kad pengenalan.
2. Duit RM10 untuk bayaran scan keputusan.
Saya cakap dengan Dania suruh call kalau turn Dania nak masuk. Jadi saya pun balik. Jam 10.28 pagi masa saya kat rumah, Dania call kata ada lagi seorang depan dia. Ok boleh la saya budget jam berapa nak keluar rumah kan?. Elok je keluar rumah, jam 10.54 pagi dah call pulak kata dah selesai....cepat pulak....😃. Ummi tak sabar2 tanya keputusan macamana...hehehe....terus ummi kata call ayah bagitau keputusan.
Ada etika berpakaian yang kena patuhi sebab ni agensi kerajaan rasanya.... Kena pakai kasut bertutup, baju kena berkolar, tak boleh pakai seluar pendek, tak boleh pakai yang menjolok mata. Dania masa daftar je, orang kaunter dah tanya pakai kasut bertutup tak?. Kena la ikut ye. Nanti tak pasal2 tak boleh ambik ujian.
Bila ummi tiba sana, Dania nampak ummi dah sibuk nak pergi ke kereta. Ummi cakap tunggu sana kejap. Nak tahu kenapa? Hahaha...nak ambik gambar la. 😂. Nak buat kenang-kenangan masa ambik ujian memandu berkomputer ni. Dah ambik gambar...moh le kita masuk kereta 😂.
Ada juga kawan saya yang tanya cepat Dania dah selesai ujian statik berkomputer ni sebab anaknya baru daftar bulan 4 ni ajer dan slot kelas teori bulan 4 dan 5 dah penuh. Seawal-awalnya pun bulan Jun baru ada. Mungkin juga sebab pelajar lepasan SPM yang banyak mendaftar disebabkan SPM baru selesai akhir bulan Mac. Saya daftarkan Dania pada 19 Mac 2022. Masa Dania sibuk SPM. Masa tu saya dah tanya Dania nak masuk ke kelas memandu, bila Dania bagi green light ajer terus saya booked kelasnya.
Jadi, in future kalau kita nak anak daftar kelas memandu ni kena awal. Jangan tunggu anak selesai SPM. Masa anak ambil SPM pun boleh booking. Of course la kelasnya nanti lepas SPM la kan....Takut jadi macam ni la kan. Kelas penuh. Saya siap boleh pilih pulak tarikh bila nak pergi yang kelas teori tu. Masa menunggu pun tak lama dengan ujian statik berkomputer ni.
Ni lah keputusan ujian statik berkomputer Dania kat MYEG. Alhamdulilah dapat 47/50. Markah lulus ialah 42/50. Janji lepas dah cukup bagus sebab kalau tak lepas, ujian ulangan untuk kereta sahaja kena bayar RM30. Kalau boleh lepas pertama kali ambik dah kena banyakkan bersyukur.
Tips untuk lulus Ujian Statik Berkomputer :
Kena buat past years ujian ni jadi kita akan familiar dengan soalan. Dania cakap dia buat 6 set soalan online. Boleh type di google 'Ujian KPP'. Ni Dania yang ajar ummi ye. Ummi tulis balik ajer ni. 💪.Nak tak nak pun cuba tengok soalan-soalan tu. Kata Dania last update soalan ialah pada tahun 2015. Jadinya kebarangkalian soalan yang akan diguna balik sangat tinggi. Dania kata ada je soalan keluar dari soalan yang dia buat online tu. 😃. Lepas lulus ujian ni, barulah boleh proses pula untuk buat lesen L.
Semoga berjaya!!!
XOXO,
Ezna
Thanks for these useful tips, absolutely informative for those gonna taking driving test to gain driving license on the road :) cheers Siennylovesdrawing
BalasPadamThanks Sienny
PadamTahniah Dania dah lulus ujian komputer. Pasni dah start masuk kelas praktikal and tak lama pastu ada lesen. Yang penting - berhati-hati di jalan raya
BalasPadamTerima kasih Rawlins dan terima kasih juga di atas nasihat.
Padamtahniah dania lulus exam berkomputer, lepas ni kelas dan ujian praktikal pula. Semoga berjaya
BalasPadamTerima kasih mendoakan.
Padamcongrats dania!
BalasPadamTQ Suzz!
Padamezz mahal x kawasan u nak buat lesen kereta.. i ingat nak start daftarkan akid
BalasPadamAyu...kat tempat Dania ni Amsa Bangi Driving Academy RM1750. Imkeda kat Cheras RM1700, Metro Driving pulak RM2000++ sehingga lulus jadi you boleh survey kat Shah Alam macamana harga dia.
PadamBaguslah amik lesen memandu awal. Nanti mudah nak urus diri ke sana sini. Bella pun famili paksa semua amik lepas SPM. Teringat masa test motor tak larat nak angkat motor guna tongkat 2 tu. Lalu titi pun nasib nak jatuh. Hehe.
BalasPadamSebabnya akak pun lepas SPM belajar memandu kereta tapi masa tu tak ada kereta auto, semua manual. Fuhhh nak pusing stering tu berat. Kenangan kan masa ambik lesen. Cikgu akak pulak ya allah garang giler.
PadamNak tanya, kalau dh dtg kelas 6 jam 1/2 tu, berapa hari baru boleh ambik komputer test tu. Kalau sehari selepas kelas and then terus ambik computer test tu bolehke?
BalasPadamIni you kena deal dengan tempat memandu you tu. Tertakluk kepada kekosongan juga.
PadamTerima kasih atas perkongsian ini.
BalasPadamTahniah Dania lulus driving lesen.. lepas ni boleh dah jadi co pilot jer kat tepi hahaa
BalasPadam