Khamis, April 21

Pembaharuan gantian pasport online | Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya


Pasport Dania dah tamat tahun lepas lagi pada Disember 2021 jadi nak kena gantilah yang baharu tahun ni. Dah 5 tahun berlalu jadi tahun ni prosedur agak berlainan pula. Bila check website imigresen, kena buat appointment dulu kalau nak buat passport. Tiada walk in. Bila check Jabatan Imigresen berdekatan kat Kajang ni, kalau nak buat appoinment, paling awal bulan Jun 2022. Huiii lamanya nak buat pasport. Saya surf juga tarikh lain kat Jabatan Imigresen tempat lain. Ada seawal bulan 5. Check lagi sehinggalah saya nampak Jabatan Imigresen Putrajaya, bermula 1 April 2022 ada buat permohonan pasport secara atas talian jadi saya pun cuba la mohon untuk Dania. Boleh juga pilih pusat pungutan yang berdekatan. Pilihan saya kat Putrajaya. Ikutkan Putrajaya atau Kajang paling terdekat dengan rumah. 

Pembaharuan gantian pasport secara online ni bagaimana?. Haaa ikut langkah seperti berikut :

1. Click Jabatan Imigresen di https://www.imi.gov.my/

Ada permohonan untuk pemohon 18 tahun ke atas dan permohonan pemohon di bawah 18 tahun. Dania dikira bawah 18 tahun sebab hari jadi bulan November nanti. Dia ikut tarikh lahir ye bukan tahun lahir. Kalau ikut tahun lahir, Dania dah 18 tahun tahun ni. Bab nak masukkan gambar tu saya fail sikit. Cubaan lebih 10 kali kot baru berjaya...err ke lebih?...😅. Ada ukuran yang imigresen nak. Kalau gambar terlebih besar memang tak lepas la. 

2. Bayaran dibuat secara online. Kalau bayaran berjaya, page ini akan keluar. Kemudian belah kanan bawah ada cetak resit. Sila cetak ye. Oh ya boleh pilih pejabat pungutan ye. Saya pilih Putrajaya. 


3. Cetak resit anda. Resit akan dicetak seperti di bawah.

 
4. Check status permohonan samada berjaya atau tak. Saya check keesokkan harinya sebab saya buat hari sebelumnya pun dah malam. 

5. Pihak imigresen akan hantar email jika pasport kita boleh collect. In my case, saya tak tunggu email. Email tiba jam 3 petang tapi saya jam 2 petang dah pergi Imigresen sebab Dania ada masalah dengan cap jari. Seeloknya tunggu dulu email ni. 😁


Nak dijadikan cerita, urusan saya dipermudahkan hari ini. 2.33 petang saya tiba kat bawah bangunan Imigresen. Ingat2 lupa bangunannya. Tanya guard memang ya bangunan imigresen tu tapi katanya dah habis nombor sebab saya datang petang kan tapi saya kata nak tanya je. Dia bagi kami naik. Seelok-eloknya datang pagi ya. 

Naiklah kami kat tingkat 3, kemudian pegawai yang jaga depan tu kata nombor dah habis tapi saya kata saya dah bayar dan anak ada masalah cap jari. Dia pun bagi nombor walaupun dia kata takut dia kena marah sebab hari ni kan bulan ramadan. Pejabat tutup jam 4.30 petang. Dalam kata macam tu pun saya dapat nombor. Alhamdulilah. 


Tak sampai 30 minit, nombor dah kena panggil. Dania kena ambik gambar kat sini lagi sebab pegawai kata gambar Dania yang saya masukkan tu kecik. Hehe. 

Apa yang perlu dibawa untuk permohonan pasport anak di bawah 18 tahun secara online ? :

1. IC asal dan salinan IC anak. (Fotostat IC anak ye)
2. Surat beranak asal dan salinan surat beranak anak. (Fotostat Surat beranak anak jugak)
3. IC asal ibu atau ayah. Ibu atau ayah kena ada sekali ya. 
4. Resit pembayaran online. 
5. Pasport lama. 

Kalau pemohon 18 tahun ke atas cuma perlu bawa IC asal sahaja. Pemohon bawah 18 tahun ni banyak sikit la requirementnya. Wajib ibu atau ayah hadir sekali. 

Saya siap sediakan fail dan masukkan semua dokumen penting dalam ni. 


Masa ni tunggu nombor naik untuk terima pasport. 


Bila nombor naik kena beratur kat sini. Sekali banyak nombor dia panggil. Maybe 1 batch la ni. 


Alhamdulilah. Selesai dah buat pasport untuk Dania. Kami ambil masa 1 jam 30 minit menunggu kat sini. Apa pun banyak yang nak kena bersyukur hari ni. Kalau guard tu tak bagi naik memang kami tak boleh naik, kalau pegawai Imigresen tak bagi kami nombor memang kena datang balik esok la nampaknya. Alhamdulilah...

Kalau pilih Putrajaya kena buat pasport online. Pemohon boleh hadir terus dengan membawa resit pembayaran dan tak perlu isi STO (Sistem Temujanji Online). Tempat lain kena buat STO ya. STO ni macam temujanji la yang saya kata kalau nak buat kat STO Kajang tu paling awal pun bulan Jun 2022. Baik la buat online kat Putrajaya ni ajer. 

Pasport Dania dah selamat masuk dalam sarung dia. Dah lama beli ni dari sepupu saya. Dia pandai menjahit. Dania punya sarung pasport My Little Pony. Hehe. Masa beli tu Dania baru sekolah rendah. 

Ada rezeki nak travel lagi tahun ini?. Hanya masa yang menentukan....






XOXO,
Ezna

13 ulasan:

  1. oh lama juga kena buat date temu janji tu ye...lain2 tmpt lain plak prosedurnya ye...passport lama dh tk renew since pkp..tktau la bila lg akan travel....slalunya dlu2 bila nk travel baru renew

    BalasPadam
  2. Pasport saya expired bulan 9 2020 yang lepas. Buat masa nie takde rancangan lagi nak ke mana-mana so kita akan review semula kelak bila nak buat hehe

    BalasPadam
  3. Wow... that's great 👍🏻 to know can now renew passport online kat Putrajaya, saved this post as I need to bring mama to renew hers, thanks for this useful post. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  4. I also beed to renew my passport. It expires in 2021 too. Thank you sharing this information and steps.

    BalasPadam
  5. wa I heard many ppl wanna renew their passport now too. this is good info to all them

    BalasPadam
  6. Kalau buat online lagi mudah dan cepat coz now memang ramai yang rushing nak renew passport.

    BalasPadam
  7. Mesti ramai nak renew passport kan! yaya pun last ke luar negara tahun 2019 memang kena renew juga nampaknya. Thanks for sharing!

    BalasPadam
  8. Hi kak. Blh i tanya, kalau dpt sama problem ,c, kak, ada prblm kat cap jari, cap jari tu blh tunggu slps email yg lulus tu bagi baru pergi pejabat tak, atau pergi awal utk cap jari kemudian blh dpt passport rght slps tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf lambat membalas. Kalau tak dapat email kata lulus dan boleh collect pun boleh terus ke imigresen yang penting pembayaran dah buat. Nanti pegawai akan ambik cap jari kat kaunter.

      Padam
    2. macam saya, dah buat bayaran, tapi tak dapat lagi apa-apa update yang saya punya dah lulus atau ada masalah cap jari, boleh ke saya terus pergi ke pejabat untuk collect passport saya?

      Padam
    3. Macam saya terus pergi je Syairazi. Pastikan bawa resit pembayaran.

      Padam
  9. Kalau lupa cetak resit bayaran
    Macam mana ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resit pembayaran, normally tukang bagi nombor tu nak tengok.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.