Bila bateri Etna ni kong, terus la call VW Assist untuk tarik kereta ke workshop. Tak boleh nak tukar bateri sebarangan sebab takut warranty kereta void pulak sebab kereta masih di bawah warranty. Sibuk saya ada kat tempat kejadian untuk ambik gambar lori dan buat video. Ikutkan bateri Etna ni dah tahan selama 2 tahun lebih. Nasib baik kong kat rumah. Kenapa panggil Etna?....sebab nama saya dulu diambil sempena nama gunung berapi di Itali....Mount Etna. Disebabkan arwah papa saya suka huruf Z jadinya huruf T digantikan dengan Z.
Ohhhh patut la kadang2 saya boleh meletup macam gunung berapi 😂. Dari situ saya namakan je lah kereta saya ni Etna. Punya sopan tuan dia bawak slow slow je. Memang saya rasa kereta ni design untuk saya sebab saya bawa pun bukan laju mana. Sebelum kereta ni saya bawa kereta A3, yang orang akan selalu bawa laju tapi tu lah....knowing me...bawak slow jugak. Jadi, memang Etna ni sesuai sangat dengan saya yang santai2 bawak kereta. Tak besar sangat untuk saya. Just nice. Warna pulak memang hubby tanya saya nak warna apa sebab katanya memang untuk saya. Alhamdulilah. Tak pernah la saya minta brand yang ini pun tapi kalau ada yang nak bagi....saya sambut dengan tangan terbuka. Tu yang saya sayang sangat dengan Etna ni. Dah nak masuk 3 tahun usianya.
Bila tuan punya kereta sibuk ambik video. Risau pulak kereta kena sisi lori ni sebab kereta ni dekat area tayar tu bentuk kereta ni kembang sikit. Mulanya suami kena position kereta ni ngam2 naik sikit kat lori kemudian baru kereta ditarik dengan kabel. Sibuk la cakap hati-hati dengan orang lori ni. Hehe. Depan saya dia bawak pelan2 je la.
Kita memang membeli brand sesuai dengan servis nya. Teringin gak nak memiliki nie kelak, insyaAllah sebab saya pun bukan sejenis bawa laju. All the best Etna.
BalasPadamComel je kereta nama Etna. Tempat menunggu dia luas dan nampak selesa. Syiok
BalasPadamComelnyaa.. dulu kenan gak jenis model ni, tapi tu laaa, husband minat Mini plakk.. dia beli kita pakai laaa hahahaha
BalasPadamdugaan betul bila kereta rosakkan..tapi tempat servis ni nampak selesa.. best pula untuk santai..
BalasPadamMemang tip top la kan service centre for branded car macam ni... Comel pulak nama kereta ni.. meaningful ye! :)
BalasPadamwow you have such a beautiful ride! the experience of sending it to the centre is really interesting. love the snacks given as well!
BalasPadamComel je kereta nama Etna. Appaun, terigin juga nak memiliki VW, nice car akan datang insyaAllah.
BalasPadamThe car looks really adorable and chic I would say. Would love to own a VW too. :D
BalasPadam