Jumaat, April 22

Iftar di Dunia Funtasia? | Bangi Resort Hotel

Setelah seminggu berpuasa, berpeluang berbuka di luar. Ni kebetulan idea suami. Selalunya masa iftar ni sekali dua kami akan berbuka di luar. Lokasinya tak lain tak bukan kat Bangi Resort Hotel. Port wajib berbuka. Bukan apa senang sebab berdekatan dengan rumah. Dekat nak balik rumah berterawih. Ni kaunter first saya serbu. Hehe. Nasib baik barisan tak panjang. Ada mee kari dan assam laksa je. Pilihan saya assam laksa. 


Apa lagi nak makan ye?. Saya bersyukur juga dapat iftar kat luar sebab selalu sangat makan masakan sendiri jadi jemu pula. Sesekali bercuti masak rasa 'heaven' sangat. Kadang nak merasa orang lain masakkan untuk kita. Masa makan ni la saya akan makan apa yang saya teringin tapi berpada-padalah. Bulan puasa ni perut bukan muat banyak-banyak pun. Seadanya ajer. 


Ada kaunter cotton candy. Mengimbau masa saya kecik2 dulu mama papa belikan 😣.


Sibuk merakam video macamana buat cotton candy ni...


Tiada secalit make up di muka cuma bedak ajer. Kekadang sampai terlupa pakai lipstick sebab jarang pakai. 😃. Lagi pulak sekarang ni dah pakai face mask kan. Bertutup ajer part mulut tu. 


Gambar ni gelap sebab latar belakang terang. Kalau booked bertiga ni selalu la dapat tempat di sudut2. 


Bangi Resort Hotel. Kadang ada yang confuse dengan Bangi Golf Resort sebab keduanya berdekatan. 


Saje ambik gambar Dania kat tangga ni sebelum ke surau. Kat Hotel yang sama dinner batch Dania diadakan. Kiranya Dania mengimbau kenangan la tu. Kadang tersenyum. Ingat apa la tu ye?. Saya pun siapkan telekung dan sejadah bawa dari rumah. 


Lepas solat, singgah nak ambik sup daging pulak. Saya ambik urat keting dengan sedikit daging. 


Sate ni tengok ajer. Tak teringin nak ambik pulak. 


Merry Go Round Funtasia ni tak berfungsi masa kami datang tu. Kalau berfungsi, dia akan berpusing perlahan dan setiap tempat tu ada makanan. Tak praktikal agaknya. 


Bilik tempat kami makan. Luas juga. 


Dapat juga beriftar di luar. Alhamdulilah. Sedar tak sedar eh eh dah nak sampai penghujung ramadan ya?. 

Oh ya....kalau ada yang berniat untuk beri sumbangan untuk projek digital di sekolah Dania, boleh la ke :


Rasanya bukan sekolah Dania je yang buat, sekolah lain pun ada. Moga dapatlah tambah akses point untuk beri kemudahan kepada guru-guru untuk mengajar. Kita pun nak beralih ke arah pendidikan digital. Kementerian Pendidikan rasanya tak support dari segi kewangan ni sebab sekolah kena cari sumber sendiri. 

Moga ada yang bermurah hati.....click ajer link di atas. Kalau nak kepastian boleh call ajer nombor di atas ya....😊. Bagi pihak Dania.....Dania say thanks 💓.




XOXO,
Ezna

7 ulasan:

  1. sedap2 menu kt sini...lama tk pegi..tk berbuka lg kt luar dgn family..aritu pn teman tisya yg die berbuka ngan kwn sek

    BalasPadam
  2. Aritu boss belanja berbuka kat sini - memang banyak pilihan dan paling Rawlins suka, mejanya masih SOP. Lega nak berbuka.

    BalasPadam
  3. Best sekali sekala berbuka di luar dgn family tempat pun menarik

    BalasPadam
  4. that's so nice to enjoy good food at Bangi Resort Hotel! I wish to bring my fam there one day to enjoy too. staycation dan buffet sounds great

    BalasPadam
  5. Best jgk sekali sekala buka kat luar, tentu byk menu2 berbuka di Bangi Resort Hotel

    BalasPadam
  6. Semua nampak sedap. Tak pernah lagi seumur hidup makan berbuka dekat hotel. Next time bila dah kerja bila dah ada duit haha

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...