Khamis, April 7

Langkawi Pulau Lagenda | Day 1

Selesai ajer Dania exam 24 Mac 2022 tu, kemudian pada 26 Mac 2022 tu kami akan ke Langkawi. Ada kawan saya kata pantas. Nak pergi bercuti sebelum bulan puasa sama. Parking kat Putrajaya Sentral kemudian naik ERL ke KLIA. Kami akan menaiki pesawat Malaysia Airlines. Last kami travel bulan Disember 2019 ke Taiwan. Betul ke ni?...betul ke ni? Macam tu la perasaan saya masa nak naik ERL ni macam tak percaya je. 


Kami bertolak 3 jam awal ye. Kami dah siap print boarding pass online jadi boleh save banyak masa. Cuma drop bag ajer. Check in pun online ajer. Kalau tak check in lagi kena beratur panjang juga tu. Masa boleh save ye siap2 print boarding pass + check in online sebelum ke airport. Nahhh ini baru berat 1 beg. 2 beg total 29kg. Seorang boleh bawa 25kg tak silap saya sebab pilih pakej Ekonomi yang tengah tu. My Sejahtera nak kena standby ye sebab memang dia kan check setiap seorang sebelum dia bagi boarding pass. Jadi, pastikan phone caj sepenuhnya.


Makan dulu nak lapik perut kat Marrybrown sebelum ke boarding gate. 


Kat bahagian kastam dan imigresen ke apa sebelum kita ke boarding gate, ada alat check yang baharu juga. Dulu macam senang je nak lepas cuma kena masuk tempat empat segi yang kalau kita lalu bunyi je kastam dan imigresen akan raba badan kita kan?. Lepas tu kena lalu satu tempat yang kita kena masuk dalam tu, kaki kena depa, tangan kena buat la macam dia tunjuk tu kemudian benda tu akan scan. Fuhhh teringat masa saya kat US. Tempat tu macam tu la cuma beza kat US, kita masuk dalam satu bilik kecik kemudian kanan kiri cermin kita tu berpusing. Panik ohh....dah keluar kena raba kepala pulak sebab saya kan pakai tudung. So now pemeriksaan kat airport KLIA ni ketat juga. Ye la takut seludup apa2 kan...


Walau dah print kertas boarding pass, dapat juga boarding pass yang ini. Kalau pilih tempat duduk D, kita akan masuk dulu selepas orang kurang upaya, business class dan ibu ayah dengan anak kecil. Saje pilih tempat belakang hehe. Infact takde la belakang sangat sebab tempat saya pilih tu kat sayap dia. Senang nak buat video nanti. 


Lama dah tak terbang. Macam tak percaya je akhirnya kami akan terbang......


Ini ajer yang dihidangkan sebab perjalanan mengambil masa 1 jam ajer ke Pulau Langkawi. Pelik dengar orang belakang saya dok sebut sebut...ha kacang? Lepas tu dia gelak2. 


Sejurus ketika di atas awan.......tak banyak pula awan gebu macam kapas tu. 


Dah selamat tiba ke Pulau Langkawi. Berapa lama tak jejak ke sini. Tak silap pergi masa Dania sekolah rendah atau tadika. 

Lepas kapal terbang mendarat kita kena turun tangga dan berjalan ye. Takde jalan bertutup macam kat KLIA. Cuaca agak panas terik juga masa ni. Mata pun kecik je tapi nak wefie jugak. 


Welcome to Langkawi. Tak sibuk sangat kat sini sebab bukan cuti sekolah. Mulanya memang nak naik teksi je ke hotel tapi bila tanya kat kereta sewa akhirnya kami sewa kereta pulak. Harganya dapat diskaun sebab bukan cuti sekolah. 


Destinasi kami seterusnya ke Hafiz Rojak yang terletak di Pantai Kok. Ni hasil rekomendasi orang yang kami sewa kereta tu la. Lepas ambik beg, keluar ajer ada kaunter sewa kereta. 

Suami order rojak mee. Macam terlebih kicap tapi Dania kata sedap. 


Dania dan saya order laksa. Selalu orang rekomen ke Laksa ikan sekoq dekat dengan airport kan tapi kali ni cuba try kat Hafiz Rojak ni haaa. Cantik view tepi laut. 


Lepas makan kita ambik gambar dulu. View sangat cantik. Kebetulan selepas hujan renyai-renyai berhenti ni. 


Berdua...


Lepas Hafiz Rojak, kami meneruskan perjalanan ke Westin Hotel & Resort. Ni air kulit kayu manis tapi Dania tak suka. Hehe. Ingat air epal tadi. 


View bilik kami. Ada 2 katil queen. Selesa la untuk keluarga kecik kami ni. 


Kami keluar ke pantai waktu petang. Siap baju mandi. Tapi....pantainya penuh cengkerang la jadi bila jalan kaki tu sakit sikit la. 


Sambung pulak kat kolam mandi. Hehe. 


Saya mandi kat tepi je. Pakai water socks Safa warna Pink. Dania punya warna hitam. 


Sambung pulak mandi tepi ni je 1 family. Hehe. Banyak kolamnya. Tak silap ada 3-4 kolam kat Westin ni. View pulak matahari jatuh. 


Tengah mandi dengan family, ada saya tegur budak ni. Saya ingatkan tak reti cakap Bahasa Melayu. Tiba2 ada yang panggil Puan Ezna....tak cam sehingga beliau memperkenalkan diri. Imran lah....rupanya kawan saya masa sekolah rendah la. Hehe. Suruh la ambik gambar dengan suami sebab nak masuk dalam whatsapp group sekolah. Boleh tak cam sebab Imran ni dulu kurus je. Ye lah dah meningkat usia kan. Anaknya sebaya Dania jugak. Baru habis SPM kat MRSM Langkawi ni ha jadi bercuti dulu la satu family ke sini. Laaa budak lelaki kecik tadi rupanya anak kawan saya yang saya tegur sebelum ni. 


Cantiknya view....nak kena naik dari kolam sebab ada staff dah suruh naik sebab mereka nak prepare event selepas ni. Katanya earth hour dan akan diadakan yoga tepi kolam ni. Patut la nampak mereka prepare lilin kat kolam ni. Confirm la lampu ditutup ni. Earth Hour kan?. Nampak tak susunan yoga mat tu?


Lepas maghrib, dalam jam 8 lebih kot berpusing kat Bandar Kuah tu. Alehai jadi bandar mati la. Tak banyak kedai yang bukak. Akhirnya ada singgah food court tepi jalan. Tak tau nama apa tapi ramai juga orang. 


Order mee udang. Huiiii besar dan banyaknya udang. 


Suami makan kuay tiaw. Nampak gaya terlebih kicap ni. 


Balik je hotel, ambik gambar dengan Lamborghini ni. Huiii la rendah je ye?. Orang sakit lutut jenuh nak naik ni. 


Ok lah kami nak berehat dulu....sambung nanti ye?. 



XOXO,
Ezna

 

9 ulasan:

  1. Seronoknya bercuti-cuti Malaysia...
    Sy baru perasan muka ibu & ayah Dania ni seiras :)

    BalasPadam
  2. Last pergi ngam2 sebelum covid tu. Nie rasa cam nak pergi lagi sebab adik dah ajak - dia dah lama tak fly katanya.

    BalasPadam
  3. Langkawi memang tempat bercuti yang tak jemu pi berkali-kali pun, seronokk bawa anak-anak, banyak tempat menarik dan makanannya pun sedap kan..

    BalasPadam
  4. seronok Dania lps spm boleh release tension.. langkawi antara pisat pelancongan di malaysia wajib setahun sekali pergi kan

    BalasPadam
  5. gmbr kat tepi pantai tu cantiknyaaa

    BalasPadam
  6. Seriously rindunya nak travel ke Langkawi, last travel pun masa first PKP yang dibenarkan untuk masuk Langkawi, time tue memang macam dead town,, alone2 jer jalan2 kat street.. :) now confirm meriah

    BalasPadam
  7. Suka MAS memang dah murah sekarang, saya balik Penang pun naik flight je sekarang haha

    BalasPadam
  8. Wow nnice vacay! i am also planning to bring my family to Langkawi this coming holiday.

    BalasPadam
  9. Bestnya! Rindu nak travel. Memang plan nak bawak anak-anak naik MAS sebab tengah harga promo kannn, Langkawi best place

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...