Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, April 14

Kelas Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu | KPP 01

Pada 2 April 2022, ummi dah sign up Dania untuk pergi kelas teori kurikulum pendidikan pemandu. Kena standby dekat sekolah memandu tu jam 8 pagi. Dah la balik lewat juga sebab dinner Dania tu la. Kalau nak tahu harga memandu ni :

Dania ambil dari Pengurusan LP Bersepadu dan litarnya terletak di Amsa Bangi Driving Academy Kg. Dato Abu Bakar Baginda. 

Memandu Manual D - RM1550

-    Harga lesen : RM1450
-    Pendaftaran : RM100

Memandu Automatik D - RM1750

-    Harga lesen : RM1650
-    Pendaftaran : RM100

***boleh compare jugak kat tempat lain. 

Dania ambik yang automatik sebab nanti dia akan bawa kereta kami yang automatik kalau dah selesai exam semua la. Lambat lagi la. 

Dania tengah bagi dokumen kat Cikgu Badrul. Bayaran pula bukan sekali terus tapi ansuran sebanyak 4 kali termasuk pendaftaran. Nak kena bawa juga gambar latar belakang putih untuk buat lesen nanti. 

Lagi satu kena check, kat mana litar kalau daftar kat sekolah memandu yang takde litar. Hanya sekolah memandu ajer. Faham kan?. Macam Amsa Bangi ni memang ada kawasan dia. Kawan Dania contohnya, daftar kat sekolah memandu kat Bangi ni je tapi litarnya kat Rembau. Ada la van yang bawa mereka ke litar tapi lebih baik yang litarnya berdekatan dengan rumah. Saya dulu pula belajar memandu kat Safety Driving berdekatan Hotel Armada PJ. Nak dijadikan cerita suami saya pun belajar kat tempat yang sama. Masa tu tak kenal la. 😅

Sebelum ke sini dah siap breakfast dah dan ummi dah siap tapau juga makanan tengahari untuk Dania. Kelasnya lama ye sampai 3.30 petang. Kena bawa la telekung, duit untuk beli kat kantin. Duit pun ummi bagi jugak kot la nak beli apa-apa kat kantin nanti. 

Oh ya etika pemakaian kena kasut bertutup. Bagi lelaki kena pakai T shirt yang berkolar. Kalau tak ikut mungkin boleh dikenakan tindakan tidak dibenarkan masuk kelas. 


Dania dapat la buku ni. Setiap seorang ada nombor buku yang unik ye. No buku ni nanti kena siap2 check sama macam dalam daftar kedatangan kita nanti. No pun kemain panjang dan buku ni tebal. Nak kena study Dania ye....


Luas litarnya. Nak pergi dan balik sekolah Dania memang kena lalu litar ni lepas tu cakap nanti Dania belajar memandu kat sini. Fast forward memang ya Dania belajar kat sini. Nak ujian JPJ pun kat litar ni jugak. Agak-agak ummi datang lambat, Dania jalan kaki ajer la balik ye....450 meter je. Haa dekat kan?. Macam ala ala jalan kaki masa umrah. 


Kereta yang digunakan untuk memandu. Untung la. Ummi belajar dulu guna kereta manual Datsun biru. Pulak tu paling suspen nak berhenti atas bukit sebab kalau silap nanti kereta ke belakang. Hehehe. 


Suasana kat sini pagi ni...


Duduk dulu la. Lenguh berdiri. Mata ummi mengantuk sebab malam tadi dekat jam 1 pagi baru tiba rumah dari dinner Dania. 


Time beratur pun ummi ambik gambar. Excited anak nak belajar memandu. 


Dania masuk ajer baru ummi dengan tenang berlalu pergi. Hello...450 meter je pun kak oii...😆. Cuaca pagi yang indah. 


Amsa Bangi Driving Academy. Siap parking kereta kat luar kejap nak ambik gambar. Hehe. 


Bila Dania balik kemain excited dia cerita pasal kelasnya. Ada juga kawan sekelas masa dia sekolah rendah ambik kelas sekali. Dania cerita mungkin juga akan tambah lagi masa praktikal kat litar. Bila tambah masa praktikal kat litar, automatik harga kelas memandu akan naik lagi 😔. Dah la kali ni pun saya rasa mahal juga tapi perempuan kena juga pandai memandu supaya tak terlalu berharap kat suami bila dah kahwin nanti. Haa tudia perancangan ummi. 

Setakat hari ni Dania dah dapat tarikh untuk ujian berkomputer kat MYEG. Dekat je MYEG nya kat Bandar Baru Bangi je. Alhamdulilah dekat. Ini je yang tak buat kat Amsa Driving kena ke MYEG. MYEG ni ada 4 cawangan di Selangor iaitu di Bangi, Selayang, Kuala Kubu Bharu dan Klang. Moga lulus hendaknya Dania sebab markah lulusnya 42/50. Lepas lulus ni baru boleh buat lesen L.Panjang lagi perjalanan memandu Dania ni. 



XOXO,
Ezna

6 comments:

  1. Hmm... baca post you nie buat I tringat pula dekat pengalam I belajar memandu dahulu. It was funny. Thank you for sharing this story.

    ReplyDelete
  2. Wahhh nampak luas betul litar dia. Terkenang waktu ambil lesen memandu dulu. Macam-macam cerita kelakar! Apapun, all the best untuk Dania!

    ReplyDelete
  3. Mahalkan .. anak Sis amik auto dulu, nasib boleh bayar berkali hingga selesai, kalau tak selepuk tapi lesen belum dapat, naya gak hahahaha nasib gak sekali jerr lulus..

    ReplyDelete
  4. Kind of pricey juga kan sekolah memandu sekarang,, i remember those day is less than RM1K.. hahaha.. 15 years ago la masa tue…

    ReplyDelete
  5. what a sweet experience of getting Dania through her driving lessons! i am sure you are a very proud mum. hope she passes every stage dengan lancar! :)

    ReplyDelete
  6. Isk, terkejut tengok harga. Telan air liur la jugak. Jauh betul harganya mencanak naik kalau nak compare zaman Tini belajar memandu dulu. Tapi tulah, it was like 20+ years back. Sekarang, semua benda dah mahal kan Kak Ezna. Dalam pada tu, terus kira, lagi 3 tahun, anak sulung dah nak ambik lesen memandu kereta juga ni. Hehehehe.

    ReplyDelete