Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, April 7

Plan tak jadi

Insurans dan cukai jalan kereta Oren saya mati bulan April ni jadi bila dah perbaharui insurans, nak kena la perbaharui cukai jalan kan?. Off la saya pergi ke Pejabat Pos kat Bandar Baru Bangi Seksyen 16. Sekali staff counter kata pelekat empat segi cukai jalan tu dah takde stok. Ada tampal kat cermin pejabat pos kat luar (Kita ni bukan jenis nak membaca apa yang ditampal tu...scan my Sejahtera dan ambik suhu terus la masuk Pejabat Pos). Alehaiii dah la menunggu satu hal sekali tak boleh buat pulak. Since saya terdengar orang sebelum saya tukar alamat mengundi, saya pun nak tukar alamat mengundi juga. 

Apa yang diperlukan untuk tukar alamat mengundi di Pejabat Pos? (Provided kita dah pernah daftar sebagai pemilih la). 

1. Kad Pengenalan yang telah bertukar kepada alamat terkini. Kalau nak tukar tempat mengundi, alamat kita kena alamat terkini. Dalam erti kata lain kena update dekat Jabatan Pendaftaran Negara dulu. 
2. Nanti kita akan diberikan kertas untuk kita tandatangan.

Siap!!

Terus la plan nak ke Alamanda pulak sebab situ ada pejabat pos yang tak ramai orang. Sekali bila dah kat kaunter, staff pejabat pos tanya bila perbaharui insurans kereta?. Saya kata hari ni. Sekali staff Pejabat Pos kata kalau perbaharui hari ni, cukai jalan nak kena buat bulan Jun nanti. Lar.....rupanya berdasarkan ini...click sini Kalau insurans mati April atau Mei, boleh perbaharui cukai jalan bermula 1 Jun 2021 - 31 Julai 2021. Macam leceh la jugak sebab kalau dah ada kat pejabat pos tu apa la salahnya perbaharui ajer la. Ni nak kena tunggu 2 bulan lagi. Haa you alls kena alert bab ni jangan jadi macam saya. 😂

Ni kat MPH Alamanda sebab nak beli pembalut hadiah dan kad. Sebabnya Dania dapat hadiah hari jadi tahun lepas (tahun lepas tak sempat nak bagi sebab MCO sekolah tutup). Jadi, saya nak balas la seorang daripada kawan Dania tu yang bagi hadiah hari jadi. Seorang lagi memang this year saya dah siap order dan barang tu dihantar ke rumah kawan Dania lagi. Ni special sikit la sebab best friend Dania nama Zalilah tu. Rabiatul pula hari jadi tahun ni Dania kata bulan dua atau bulan tiga. 


Comelnya kad yang kecik tu. Pantang saya tengok benda comel-comel ni. 
 

Close up kad comel ni. 
Kalau ada debit / kredit kad Maybank boleh dapat 10% off atas total harga untuk pembelian di MPH. 


Ni lah hadiah yang Rabiatul hadiahkan kat Dania. Gelang ala pandora dan cincin dalam bekas comel. 


Ini hadiah yang Zalilah bagi kat Dania. Pen Sheaffer. Saya kata kat Dania jangan bawa sekolah ni. Pakai masa kat Universiti. Macam bahaya pulak bawak kat sekolah. Lawa sangat kot. 


Ok apa nak hadiahkan kat Rabiatul ya?. Kalau kawan perempuan Dania memang saya banyak la idea nak bagi apa. Saya tersinggah kat booth Qowiy dalam Alamanda ni. 


Bagi saya, produk Qowiy ni macam Lush la. Ada jual bath bomb dan serbuk untuk mandian. Bath salt pun ada kalau nak letak kat bekas berisi air kemudian tabur sedikit salt ni untuk buat rendaman kaki tak pun letak dalam bathtub. Kalau takde, boleh ajer buat scrub badan. Boleh la release stress sebab bau dia memang lembut dan best!. 

Boleh ke website Qowiy untuk pembelian. 


Bulat-bulat ni bath bomb. Ada bathtub syok la boleh letak dalam tu lepas tu kita berendam. 


Bath Crumbs ni saya pernah beli yang warna kuning ni. Bau dia bunga chamomile. Memang sedap dan wangi bau dia. Best seller ya yang chamomile ni. 


Hawa dengan toy kanak-kanak si kura-kura comel. Kalau kita pusingkan tangan kura-kura ni dia akan bergerak di dalam air. Pasti masa mandi dengan anak akan jadi lagi seronok. 


Close up kura-kura comel ni. 


Nak beli set mandian untuk kanak-kanak pun ada. Ada bath bomb ni diisi dengan mainan misteri. Kalau letak dalam air, mainan tu akan muncul. Haa menarik tak?. Bubble potion tu kalau letak dalam air akan bagi buih yang banyak. 


Ni adalah kotak Qowiy kalau beli yang set. Warna pun alehaiii sweet sangat. 


Saya beli set yang ni. Dapat 7 item. 2 bath salt dan 5 bath crumbs. 
Saya ambik 1 warna pink bath crumbs Camellia Orchid. 
Zalilah dapat bath salt Chamomile dan bath crumbs Camellia Orchid. 
Rabiatul dapat 3 bath crumbs (Flower pink, Winter biru, Chamomile kuning) dan 1 bath salt Limomile. 
Kiranya special sikit la Rabiatul sebabnya tak bagi lagi hadiah hari jadi untuk tahun ni. 


Ha itulah....lain yang kita plan, lain jadinya....

6 comments:

  1. bestnyaaaa rumah adaaa bathtub kan !!!!! tapiii byk habis duit beli segala bathbomb plak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...sekali sekala nak memanjakan diri tu. Lepas tu lepak lama2 kat bathtub.

      Delete
  2. ooo... saya pun bercadang nak tukar pusat mengundi...tp kena tukar alamat kat IC pulak ye...nak ke JPN tu yg leceh sekarang sbb kena buat temujanji... nak dapat slot pun payah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kena tukar pulak alamat kat IC baru boleh tukar tempat mengundi terkini.

      Delete
  3. Bathbom tu dah jadi trend skrg ni kn. Kami pun kalau pilih hotel ada bathtab, mesti saya beli bathbom siap2.berendam mlm2 lps blk bjalan.

    saya xde tukar lg tempat mengundi. tiap kali blk mengundi, blk kg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik saya dah tukar sebab tinggal area ni tapi mengundi tempat lain....jadi coming soon nanti insya allah mengundi kat alamat terkini.

      Delete