Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, April 15

Menu eksotik, nostalgia dan misteri masjid jin

Pada hari Malaysia tahun lepas. Ye ye tahun lepas baru nak update boleh?💦. Masa ni dah boleh merentas daerah jadi hubby ajak ke Sungai Besar, Selangor tempat saya belajar selama 3 tahun masa sekolah menengah. Tujuan utama nak makan kat Restoran Lembah Bernam. Kat sinilah kita boleh makan menu eksotik yang halal. 

Kat mana ia terletak ye?. Haa ni alamat Restoran Lembah Bernam. Jalan Main Canal, Tali Air 9, Pasir Panjang, Sekinchan. 

Masa pergi tu kena ikut SOP lah. Pakai facemask, scan My Sejahtera dan scan suhu. 


Cinta hati saya dan Gula hati saya. Cinta hati saya ni kawan saya dah kenal dah walaupun pakai facemask tapi tetap kenal hubby kepada Ezna. 😃 (lepas tu hubby pelik macamana orang kenal eh? Saya terlebih expose kat media sosial ke...😆). Gula hati saya ni low profile ajer. Dia kenal ramai orang tapi orang tak kenal dia. 😜
 

Gambar kami bertiga. 

Haaa empat hidangan ni yang kami order. 


Meh saya close up sikit menu kami order ni. Ini belut goreng masak cili hijau. 


Ayam kampung berempah. Kena order yang ni sebab Dania mana nak makan yang eksotik. 


Haa yang ni rendang landak. Serius la sedap la pulak rendangnya. Landak ni ada orang tak boleh nak makan. Ye lah eksotik kot. Takut nak mencuba. Entah saya ni berani pulak nak makan landak ni. Memang kena dengan tekak saya. 


Udang galah bercili. 


Ni saya mencuba makan belut. 


Parking kat sini memang banyak. Kalau nak datang sini boleh ajer guna google maps atau waze. 


Tak jauh dari sini terletaknya Masjid Lama Panchang Bedena atau lebih dikenali dengan nama Masjid Jin. 


Ummi dan Dania sibuk berwefie.


Apa sejarah masjid ni?. Masa masuk masjid ni sebelum masuknya waktu asar. Ada pula Pak Imam kat situ jadi saya pun bertanyalah tentang masjid ini kemudian Pak Imam pun berceritalah.

Masjid Lama Panchang Bedena ni didirikan pada tahun 1905. Masjid ini dah berumur sekitar 116 tahun. Lama kan?. Suami saya teringin pulak nak solat kat sini. Fakta menarik tentang masjid ini, struktur dindingnya tidak menggunakan paku. Masjid ini diletakkan di bawah pemantauan Muzium Negeri sebagai Harta Warisan Negara. Tak silap saya kata imam, beduk yang digunakan waktu dahulu telah diletakkan di dalam muzium. 

Kisah seorang makcik dan anak dari Kuala Lumpur yang bermimpi untuk solat di masjid ini. Kemudian makcik ni datang dengan anaknya ke sini. Seusai solat, makcik ni pun berboraklah dengan seorang pakcik dari kumpulan solat jemaah tapi yang peliknya anaknya tak nampak ibunya bercakap dengan siapa. Betul-betul kat tepi tangga (boleh refer gambar atas). 

Imam sendiri pernah ada pengalaman solat cuma bertiga ajer tetapi bila time zikir, bergegar lantai masjid ni. Cucu imam sendiri pernah jatuh masa ambil wuduk kerana katanya ada 'orang jubah putih' yang tolak. 

Perkampungan orang halus ni kat tepi masjid ni ajer. Oklah bila tiba waktu solat, hubby pun solatlah. Saya dan Dania sanggup lagi duduk dalam kereta. Nak solat kat masjid lainlah. Takut la pulak. 


Ni lah keadaan dalam masjid ni. Imam sempat menjeling ke arah phone saya. Hehe. Siling pun dijaga rapi siap di'syelek' .


Ikutkan dulu Dania pernah buat projek sejarah bertajuk senibina 'alam melayu' masa Tingkatan 2. Projek Dania dan kawan-kawan ni mendapat pujian cikgu sejarah Puan Mullei Malar. Pernah masa Tingkatan 3 pun disebut oleh cikgu sejarah katanya ada group yang buat replika masjid cantik masa Tingkatan 2. Kembang la Dania dan kawan-kawan. Itulah sebabnya saya bagi idea untuk melawat sendiri depan mata Masjid Lama Panchang Bedena ni. Lagi satu, masa Dania dan kawan-kawan tercari-cari senibina melayu untuk dibina tu saya la yang bagi idea suruh buat 'Masjid Jin' ni. Bukan apa selain senibina yang tradisional, ada pula cerita mistik di sebaliknya. Menjadikan ia lebih menarik. 

Binaan masjid ini menggunakan kayu aiskrim yang kemudiannya dicat warna perang. Dania bawak balik replika masjid ni untuk membetulkan mana-mana yang tercabut sehari sebelum pameran sejarah. Group Dania siap pancing cikgu dan kawan-kawan sekelas yang lain dengan coklat dan biskut 😆. Cikgu dapat biskut kot. 😁 Ada yang kena buat tugasan makanan tradisional, pakaian tradisional. Group Dania pun ada buat slide show. Dania pinjam laptop ummi. Huiiii lepas pameran terus ummi datang sekolah nak ambik laptop. Takut ohhhh....mana tau kot hilang ajer kan...


Lepas Masjid ni kami ke Masjid yang tak ada perkataan jin. 😅. Saya dan Dania solat dulu sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima. Ini sekolah saya selama 3 tahun. Tingkatan 1 - Tingkatan 3 sebelum saya berpindah ke SM Damansara Jaya. Sekolah ini telah ditukar nama kepada SMKA Tun Rahah sempena nama arwah ibu kepada DS Najib Tun Razak. 


Petang-petang masa riadah, saya akan cari bunga letup-letup dan saya akan campakkan dalam tali air ini. Bunga itu tadi akan meletup. Meletup ala ala mercun pop pop tu lah. Hehe hiburan petang. Ye lah saya ni duduk kat bandar, sekali bila kena sekolah kat Kg. Simpang Lima je banyak la saya belajar seperti serangga yang saya sendiri tak pernah tahu pun kewujudannya iaitu kepinding. Bila picit kepinding ni, bau dia punyalah busuk. Nostalgia sungguh. 


Saya pose sana sini depan sekolah sebab tak boleh masuk pun. SOP ketat. Ibu bapa tak boleh masuk dalam kena tunggu kat luar. Tu yang ada satu pakcik kata saya ni 'cikgu' sekolah ini ke?. Hehe...rupa cikgu ke saya ni? 😆. Serius la...banyak kali kot dapat gelaran 'cikgu'. 


Inilah kisah Hari Malaysia kami pada tahun 2020. Boleh cover makanan eksotik, boleh berkunjung ke sekolah lama saya yang banyak tinggalkan nostalgia pada diri saya dan dapat berkunjung ke Masjid Lama Panchang Bedena atau lebih dikenali dengan 'Masjid Jin'. 

18 comments:

  1. memang eksotik lauknya....tak pernah makan belut..org selalu kata sedap

    ReplyDelete
  2. memang rare la makan belut cili hijau dengan rendang landak tu. setakat ni belum jumpa lagi menu nu..hehe

    ReplyDelete
  3. Kita first time makan belut kat KB, masak black pepper sbb takut xleh telan. Hahaha. Tapi ni lagi eksotik ni.

    ReplyDelete
  4. rasanya macam pernah dengar juga pasal masjid jin ni. memang seram kalau sembayang sorang tetiba bergegar aiyooo hahahaha

    ReplyDelete
  5. Kena pergi kedai ni. Ada menu belut sbb sepanjang hidup belum pernah makan belum dan ada landak juga kan. Nampak masakan yang disediakan pun dh meleleh air liur. haih

    ReplyDelete
  6. Kagum nie boleh makan makanan eksotik. Rawlins alangkan tau nama sahaja pun tak makan, apatah lagi bila tau ianya makanan eksotik hahaha

    ReplyDelete
  7. akak BELUT dia nampak mengiurkan... dulu suka gak makan belut tapi entah lah tiba tiba datang hangin nak makan belut jadi geli pula... adush... tapi sekarang ni tiba tiba rasa nak makan beluttt

    ReplyDelete
  8. hehehe..sendiri famous tapi tak tahu heheh

    ReplyDelete
  9. Fuhh Rendang Landak! Sedap!!! Ruby kalau balik kampung, mesti ada rendang landak mak mentua masam. Nyummmm nyumm.

    ReplyDelete
  10. Kalau menu kampung, kedai tepi jalan macam ni mmg tip top. Lalu jugak sini kdg2 kalo nak balik perak. Ikut jalan kg dr kuala selangor. Bolehla menyinggah nanti.

    ReplyDelete
  11. Apa rasa landak kak? Saya baru tahu boleh makan kandak. Hehe. Macam belut tu dah biasa makan. Tapi landak tu. Betul2 rare.

    ReplyDelete
  12. wah belut and landak..uhuuu iena tak makan belut and landak. Yag landak tu memang rare..belut selalu dengar jugak..
    Masjid Jin tu klasik betul..cantik..

    ReplyDelete
  13. Unik masjid ni suka tgk... Tapi rajin you pilih hidanhan eksotik.. i jns takut nak makan heheh

    ReplyDelete
  14. Nell pun tak pernah try lagi daging landak... :) curious pulak apa rasa dia kan... menarik juga ceritera tentang Masjid Jin ni... yeah, interior dia pun cantik jer.. dijaga rapi walaupun dah seabad usianya..

    ReplyDelete
  15. Ini kalau pergi kena tanya dulu menunya ni, kang salah order bazir je tak makan adoii.. rasa kalau nak ke Sabak Bernam nampak ni kedai makannya..

    ReplyDelete
  16. it's a special day trip to visit the masjid masjid. glad that you all have enjoyed yourselevs

    ReplyDelete
  17. Bestnya jalan2 sambil Makan sedap2 ni a.. Tgk belut dgn udang tu menarik aihh.. Terliur kita

    ReplyDelete
  18. sebab puasa semuanya nampak sedappppp nehiiiiiii ;-)

    ReplyDelete