Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, December 31

Korea Day 4

Lepas breakfast kami memulakan perjalanan ke tempat lawatan dengan menaiki bas. Tour guide bagitahu masa dia kecik2 sungai kat sini akan membeku tapi semenjak global warming ni sungai ni tak membeku waktu winter. 


Di kejauhan ada nampak bangunan yang berlubang kat tengah tu kan? Itu adalah bangunan Lotte World Tower. Mr. Andy kata macam dalam cerita Lord of The Ring. Kalau tengok apa yang saya ambik gambar dengan warna macam ni ala ala cerita Lord of The Ring pulak. Ada matahari sebelah sini jadi photo jadi gelap. 


Dalam perjalanan kami lalu kat jambatan yang mempunyai palang yang tinggi.

Kenapa palang ni tinggi?. Ini kerana setiap bulan ada ajer orang terjun bunuh diri kat sini. Dalam 50 orang juga. Pihak berkuasa meninggikan palang dan ada kata2 motivasi di sini seperti ingat keluarga. We are here to hear.....stress sangat orang Korea ni. Kena banyak kumpul duit sebab taraf kehidupan kat sini tinggi. Barang-barang mahal. Nak senang tak stress bunuh diri. Ini bukan solusi yer. 


Tempat lawatan pertama di Jeil Amethyst. 


Umie Aida pun ada melawat kat sini.

Amethyst ni dilombongkan di 2 tempat di dalam dunia. Satu di Korea dan satu lagi di Brazil. Amethyst ni memang warna kegemaran saya la sebab warna purple. 


Shawl Dania ni ada orang kata bawak travel iron ke?. Idok le mana sempat nak iron ni...Hehehe. Pakai apa yang ada je le. 


Ni lah bangunan Jeil Amethyst ni. Harga paling murah RM40 dan boleh bayar guna duit ringgit. Harga Amethyst kat sini dari cincin, rantai dan gelang semuanya di dalam USD. Dalam ni tak boleh ambik gambar. Saya tak beli apa2 pun kat sini walaupun suami kata ambik la 1 yang harga paling murah tu. 


Pagi jumaat ni memang tenang lagi. 


Dari jauh saya nampak pokok ni. Ada buah lagi. Tak tau pokok apa ni. 


Inilah trafik Korea menjelang waktu tengahari. 


Next stop ke Charm & Charm ni. Tempat kosmetik dan skincare. 



Sebelum tu, Dania bergambar dengan standee ahli kumpulan BTS, Jungkook. Haip haip siap pegang tangan lagi tu. Nasib baik standee ajer. 


Jimin ni best friend Dania yang minat. 


Kat tempat kosmetik ni ada juga kumpulan BTS ni. VT x BTS. 


Close up sikit. 


Easy Suncare Set. 


Close up lagi yang ni. 


Ada juga soothing gel dari siput babi. Ishhhh geli geleman rasanya. 


Hishhh banyaknya figura BTS kat sini. 


Comelnya syampu Hello Kitty ni. 


Comelnya....


Sabun ginseng. Cantik bentuknya tu. Harganya Won 24,000.


Tour guide kata isteri dia bagitahu UGB ni produk kosmetik yang terbaik di Korea. Dia takde kat mana2 di Korea. Hanya di sini. 


Ni hand cream berbentuk kotak susu. Comel kan? 


Tudia....turun ajer escalator nampak standee BTS. Ambik gambar lagi lah. 


Jin


V


Suga.


Rap Monster atau RM.


J-Hope


Belanja kat sini boleh dapat tax refund sehingga 8% tu. 



Naik je bas, Dr depan seat kat dalam bas pass sotong kering. Makan la....


Ke mana kita ni?. Ni kat dalam bas dalam perjalanan ke Korea Local Market. Saya ambik gambar jambatan yang sangat cantik ini. 


Ni yang saya beli ni 1 set susu pisang, 1 set susu strawberry. Harga Won 4,400 atau kalau convert duit Malaysia RM17.60. 


Apa yang dijual kat sini. 


Oreo Korea. 


Ish...macamana la rasa coklat ginseng ye? 


Local Market kat Korea ni. Saya ingatkan macam market biasa tu tetepi jalan rupanya dalam bangunan.  


Selepas itu, kami singgah restoran ni untuk makan tengahari. Suami dan group lelaki yang lain berjalan kaki ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat jumaat. 



Kat sini makan buffet. Boleh tengok harga buffet kat sini ye?. Dalam RM78 ringgit sebab makan buffet hari jumaat. 


Lepas tu saya keluar kejap nak ambik gambar Restaurant ni kat luar.



Namanya Foreign Restaurant. 


Variasi makanan halal yang dihidangkan. 



Deret ni group tour kami.


Halal cert.


Tengah makan boleh pulak Dania cakap...ummi tu senior Jess. Senior Dania ni masuk restaurant dan makan kat sini. Ikutkan area ni memang banyak restaurant makanan halal. Terus la ummi approach. Saya cakap ni Jess kan?. Tercengang jugak senior Dania ni. Saya pun bersalaman dengan mak kakak senior Dania ni. Umur mereka setahun je beza. Ayah kakak senior Dania ni ke masjid solat jumaat. Rezeki jumpa di luar negara. Hehe....


Ni kat tangga Masjid Seoul. English di Korea ni tak berapa baik jadinya masalah bahasa memang menjadi halangan untuk berkomunikasi dengan masyarakat di Korea. Ini diakui oleh tour guide kami Mr. Andy. 

Lepas makan, kami pula pergi solat dengan group tour kami. Ayah Dania dan geng lelaki pula makan. 


Seoul Central Mosque. 


Ni ambik gambar anak Muazzin Seoul Central Mosque dari Indonesia. Saya rasa comel sangat. Muka pun macam orang Korea. Mikayla ni pun lahir kat Korea. 


Comel tak?....


Pastu kami pun berjalan menuruni bukit ni. Bukitnya tinggi juga nak ke masjid. Dah turun melaju la turunnya. Hehe.

Boleh tengok banyaknya restoran halal berdekatan dengan masjid. 





Ada juga orang jual bundle kot tepi jalan ni. 


Saje nak ambik gambar Dania ada tulisan Itaewon. Masjid ni terletak kat area Itaewon. 


Makan aiskrim Turki masa winter?. 


Berdekatan masjid di Seoul ada 1 bangunan besar Line Friends. 

Apa itu BT21?

BT21 ni kartun ciptaan BTS untuk Line Friends. 


Ni lah watak kartun BTS ni. 

Kartun kumpulan BTS rekaan BTS sendiri. Space Robot nama Van (character besar sekali) tu je bukan kartun kumpulan BTS.   


Ni lah 1 bangunan Line Friends ni. 



Tata : V

Van : Space Robot : Peminat BTS
RJ : Kind Alpaca = Jin

Chimmy : Dog = Jimin 
 Shooky : Cookies = Suga
Mang : Dancing Pony = J-Hope
 Koya : Koala = Rap Monster
Cooky : Rabbit = Jungkook

Credit : BT21

Lepas tu kami semua ke Namdaemun Market. Ada kes kat sini ni. Masa tu saya dan Dania masuk nak pilih kerongsang kat sini. Suami bagi duit lah. Pastu hilang terus. Saya terpaksa la call buat roaming tanya kat mana. Banyak kali call tak dapat....sudah....mana pulak hilang ni?. Nak cari kat sini bukan orang sini tahu berbahasa Inggeris pun. Nak cari suami kat mana?. Ni bukan Malaysia weiiii 😭😭😭. Ada bawa walkie talkie pun tapi suami tak sempat nak bagi. Kalau guna walkie talkie ni free tak payah roaming bagai. 

Akhirnya dapat jugak call suami cakap suami dalam perjalanan ke tempat kami. Rupa-rupanya suami pergi cari tandas sebab sakit perut ya amat. 😅😅😅. Masa tunggu kat situ ada satu family cakap dengan saya dan Dania. Beliau dari Malaysia nak tanya mana Namdaemun Market?. Saya kata area ni semua Namdaemun Market. Mungkin pemahaman kita orang Malaysia macam ada 1 bangunan market la kan? Tapinya area semuanya ni dipanggil market. Saya pun kata baru pertama kali melawat ke sini. Rupanya beliau pun pertama kali datang Korea. 


Dalam ni boleh rambang mata memilih brooch. Harga dari Won 2000. Saya beli 4 ajer brooch. Dah kata saya bukan kaki shopping. Saya suka sight seeing. 

Tour guide bagi tips nak membeli kat sini, greet dalam bahasa Korea...Annyeonghaseyo. Kalau nak tawar hanya di Namdaemun. Kat Myeondong dan tempat lain memang takde tawar menawar ni. Harga memang dah tetap. Kalau tak suka dengan harga boleh pergi kedai lain. Huh...kat Korea takde tawar menawar harga. Lain la kalau kita ke Indonesia....


Setelah berjumpa dengan suami kami pun continue berjalan. Kalau nak cover Namdaemun dan Myeongdong kena cover Namdaemun dulu sebab Namdaemun kedainya tutup lebih awal. Myeondong ni dekat ajer dengan Namdaemun ni cuma terpisah dengan jalan besar.

Kalau nak lintas jalan di Korea ni kena lintas kat zebra crossing tu sebab pemandu Korea ni bawak kereta laju. Mr. Andy yang bagitahu ni. 


Ambik gambar dulu. 


Kali ni masa shopping yang diberikan 4 jam. Apa la yang kami nak beli ni. Lama oiii kalau bukan kaki shopping. 


Kami akan berkumpul depan Shinsegae ni jam 7 malam. Malam ni tak disediakan dinner jadi tour guide suruh tapau la kat sini. Kami macam nak beli makanan sikit2 ajer sebab nak bantai maggi yang kami bawa tu. 9 maggi cup tak berusik sebab dalam itinerary memang include makan. Memang tour ni dah tak payah risau makan dah kecuali dinner 4th day je tak masuk since kita akan shopping selama 4 jam hari ni. 


Ambik gambar signboard ni. 


Ni tak sure jalan kat Namdaemun ke Myeondong. 


Haaa sudah jumpa wall calendar BTS pulak. No no no.... 


Mug K Pop ada kat sini. 


Ni deretan skincare ni.  


Eh....kat depan ni ada watak Line Friends BTS. 


Tengok la meriah sungguh kedai-kedai kat sini. Sedia duit je le. 


Dania suka sangat Miniso ni sebab ada watak We Bear Bears kat sini. Haihhh kat rumah pun dok masuk Miniso ni kat Korea ni tak payah le eh....


Comel....banyak stokin comel dijual kat sini. Dania beli stokin We Bear Bears. 


K Pop sana sini sinun....


Comel hoody ni tapi harga Won 13,000 lebih kurang RM52 duit kita. Mahal juga. 


Deretan gerai macam pasar malam kat Malaysia. Ni halal ni sotong.


Ni macam yong tau foo tapinya versi tak halal. 


Ni yang menarik hati saya dan Dania. Harga Won 1800. 



Serius sedapnya.....


Tour guide Mr. Andy ada bagitahu memang ada gerai kebab kat sini. Suami tak beli sebab tengok orang Korea yang jual. Kalau orang Arab, dia beli. Pulakkkk....


Masuk ada satu kedai ni...tudiaaaa banyaknya boleh dipilih. Nak yang mana? 



Ada sticker ahli kumpulan BTS jugak....


Ternampak polis Korea. Mintak nak ambik gambar sekali dengan suami. Angguk2 ajer. Tak dengar suara selain berdiri tegak je. Mata pun sepet tapi nampak macam senyum tu. Hehe. 


Ada pulak sekolah cina kat Seoul ni. 


Dania suka masuk Spao kat IOI City Mall. Spao kat sini puas haa....bertingkek tingkek. 


Ada tema Harry Potter jugak. Spao x Harry Potter tak masuk Malaysia lagi ni. 


Pastu boleh duduk depan bangunan ni. Macam ada pertunjukan lampu kat sini. 


Cantiknya dihiasi dengan lampu-lampu berwarna-warni kat sini. 


Tengok la hiasan lampu warna-warni kat bawah ni. 




Hasil rembatan Dania untuk anak saudara dan kawan baik. 


Tudia stokin borong banyak2 tu. 


Starbucks Coffee ni pun dihias cantik. 



Cantiknya macam warna pelangi kan?. 


Dania bawak kamera polaroid ni. Actually datang sini bawak 1 DSLR, 1 kamera kecik, 1 kamera action dan 1 polaroid. 


Masa ni tunggu suami kat sini dengan Dania. Suami pergi cari makanan ringan untuk kami kunyah. Kat sini banyak tempat duduk jadi sangat selesa sambil tunggu suami tengok pertunjukkan lampu. Cumanya agak sejuk sesekali angin bertiup. Walkie talkie ni senang la nak menghubungi suami tanya jumpa ke makanan?. 


Jumpa yang ni. Ya allah sedap. Tak tahu ni kek ke apa. Nak kata roti macam rasa kek tapi disalut telur. Sedap.....


Ni cam telur bungkus. Ada kobis dalam ni dan cheese. Saya tak suka sangat. Dania suka pulak dia. 

 
Baru jam 5.30 petang. Nak berkumpul kat Shinsegae ni jam 7 malam. Lama lagi jadi kami pun masuk Shinsegae. Deko sempena krismas ni comel sangat. 

  

Tour guide kata kereta kat Korea ni lazimnya warna hitam, putih atau kelabu. Tak macam kat Malaysia...macam2 warna ada kan?. 


Apa saya perhatikan, geng muda lelaki suka pakai baju sejuk panjang macam ni dan berwarna hitam. trend kot. 


Malam, baru la check in Hotel Western Grace di Incheon. Kalau kami masih tinggal di Hotel Evelyn Dongdaemun ni nak kena awal lagi check out dari hotel jadinya menginap di Hotel di Incheon adalah jalan selamat. Pukul 6.30 pagi esoknya nak kena check out dah. 

Hotel Western Grace ni hotel tepi laut tapi saya takde masa nak tengok sekeliling hotel. Hehehe. Check in pun waktu malam. 


Besar lounge dia. Hotel ni 4 star ni. 


Ni gambar hotel ni kat internet. 


Ada 3 single bed. Selesa la setiap bilik yang saya dapat sepanjang tour memang sesuai untuk 3 orang. 


Ok....rehat dulu. Nak kena packing juga sebab esoknya nak kena check out hotel by 6.30 pagi. Ini kiranya malam terakhir di Korea la sebab esok nak naik flight balik Malaysia dah. 

22 comments:

  1. Uiihhh pergi korea rugi la kan kalau tak borong skincare & cosmetic banyak2. Hehe. Yang tak pergi korea ni pun asyik duk shopping skincare korea dekat althea je manjang

    ReplyDelete
  2. Seronok jalan2 di bumi
    Korea. Tengok macam gelagat2 manusia pelbagai ragam. I pun jns x shopping sgt klu ke luar negara. Lebih spent pd makanan tempatan dsbnya.

    ReplyDelete
  3. Best nya South Korea waktu winter. Tak nampak kelam sangat. Cuaca cerah tapi tak gelap. Ke dah spring? Hehe. You know what, I like your jacket waktu you pergi melancong ni. Lawa gila.

    ReplyDelete
  4. heheh i (termasuk my boys) suka shopping kalau travel abroad..even kalau shopping brooch ajer pun byk hahaha
    anyway pokok yg u snap gmbr tu rasanya pisang kaki(persimmon)
    jaket dania cute, so nice on her

    ReplyDelete
  5. comelnya dak kecik baju pink tu ! geram tengok berbungkus macam tu hahaha. airah memang banyak sangat wishlist barang nak beli kalau ke korea. diaorang memang banyak sangat produk cute miut yang kena beli

    ReplyDelete
  6. Wau bestnya dapat pergi ke Korea kan? Banyak produk-produk kecantikan yang ada rekomendasi artist korea kan? :) Produk-produk kat situ semua nampak amat comel.

    Saya pun hairan kan. Apa pokok tu? Nampak macam epal kecil. :p

    ReplyDelete
  7. Tu dia. Rawlins ingat jejalan kat Myeongdong dulu - pening kepala mencari mask untuk rerakan kat situ. Ada pelbagai. And yes, sedia duit je hahaha

    ReplyDelete
  8. Terbaik entry sis pasal Korea, thumbs up! Saya yang tak pergi ni pun rasa macam dah pergi since banyak gambar yang sis share hehe. Pergghh geram jer tengok barang2 shopping kat sana

    ReplyDelete
  9. Bestnye dapat pergi Korea Selatan. Mesti teruja dapat melawat tempat menarik. BTS!!! I love them too. They are coming here to Malaysia next year. Kat Korea ni memang pening pocket. Sebab kena shopping cosmetics. Muahahaha

    ReplyDelete
  10. Seronok nya dapat jejalan. Tak dapat pegi Korea, dapat cuci mata tgk gambar2 ni pun jadi lah. Hehehe. Dah la syok shopping eh.

    ReplyDelete
  11. Korea is famous for skincare products. I can't wait to go korea soon and stock up all the skincare products.

    ReplyDelete
  12. Ooo palang tinggi tu untuk elak orang bunuh diri rupanya. Tinggi betul tahap stress diorang kan sampai bunuh diri .Eh amethyst purple serius memang nampak cantik .Terpukau tengok kecantikan batu tuh.

    ReplyDelete
  13. Aduyai... Seronoknya.. Nina yang belum pernah sampai Korea ni baca rasa macam dah ada kat sana!! Penceritaan lengkap, gambar banyak! Nina save bookmark. Nanti nak pi Korea baca sampai hadam entri Ezna ni...

    ReplyDelete
  14. Ya ALLAH bestnya kak.. liez mmg teringin nak ke korea since terjebak tgk drama korea tu.. nak sgt pergi tapi masih kumpul duit.. nak bwk 2 tentera kecik lagi kan.. mmg kena prepare mcm2..tak puas baca entry akak ni..

    ReplyDelete
  15. Seronoknyna berjalan satu family ke Korea Kak Ezna. Best sangat ! Sape yg minat artis2 dorang, mesti dorg suka dtg sana. Tak sangka duit malaysia boleh diterima kat kedai tu. laku jugak erk duit kita. Hahaha

    ReplyDelete
  16. Pergh jalan sana sini.. Banyak tempat ye. .Tempat orang bunu h diri tu yang terkejut. .soothing gel siput tu nad ade beli dkat althea.. hehehe. .bestnya shopping sana sini.. Banyak bnda nak beli kan. .

    ReplyDelete
  17. wow great travel story. hope someday i can get there.

    ReplyDelete
  18. tak pernah tak best kalau cerita pasal Korea nih , macam2 ada ...peminat kpop opkoslah paling suka datang ke sini...saya pun suka ke namdaemun sebab kat situ barang souvenier paling murah boleh dapat...brooch tu pun wajib beli sebab kualiti ...harga sana kalau convert ke rm semua mau tak jadi beli

    ReplyDelete
  19. thanks for sharing with us your journey in korea! seems fun! but i would prefer without all those shopping trip! hahaha but you are right then sabun ginseng really cute!

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  20. Jeil Amethyst nampak best sangat. I hope to visit. memang I also borong socks when travel to Korea haha. good quality and harga affordable. nice post babe

    ReplyDelete
  21. bestnya dah sampai ke Korea.. teringin gak pi sana tapi macam belum ada rezeki ke sana lagi.. InsyaAllah next time kot.. Banyak ye tempat menarik kat sana? boleh la jadikan entri panduan nanti

    ReplyDelete
  22. amat menarik :)
    sgt nak gi bwk anak2 dara.
    sure diorang excited.

    ReplyDelete