Rabu, Disember 5

Dah solek? So.Lek lah....

Dah solek ke semua?. Hehehe.....sebenarnya nak cerita ni...dah lama juga dok tengok2 lipstick dari so.lek cosmetics. Ni gambar yang saya snap kat Guardian Sunway Pyramid. Akhirnya banyak warna juga saya cuba kat tangan. Haaa lagi satu HALAL ye. Tu yang saya beriya nak beli tu. Ada yang halal kita beli yang halal. Produk ni juga buatan Malaysia. Support local guys!!! 💓💓💓. Jenama so.lek ni dah 2 tahun di pasaran tau.... 😊😊😊


Ni lah warna Cempaka dari Bunga gang yang saya beli ni. Warna ni saya sangat-sangat suka sebab warnanya lembut. Cempaka ni warnanya pinkish orange macam tu. I think ikut juga warna bibir sebab kadang2 apa yang orang lain pakai tak sama dengan kita pakai kan?. Lagi....lipstick ni senang nak basuh. Kalau nak solat tu senang lah kan....

Selain daripada mewarnakan bibir, ia juga mengandungi pelembab supaya bibir sentiasa lembap dan tidak kering. 


Warna lain yang terdapat pada Bunga Gang ni : 

Credit : Instagram so.lek


Sekarang saya dah ada 2 lipstick so.lek cosmetics. Warna yang saya beli lagi satu dari jenis Lagenda Gang. Warnanya nude dengan nama Ledang. Nama kesemua lipstick agak klasik. Kalau beli dari Lagenda Gang ni lipstick ni ada extra minyak zaitun untuk melembabkan bibir kita. lipstick terbaru untuk koleksi saya ni saya dapatkan di Guardian IOI City Mall.


Lepas ni saya nak tambah koleksi lagi sebab kalau beli sekarang ni kat Guardian dapat 10% off. Kalau nak tahu list Guardian boleh tengok kat bawah ni....

Credit : Instagram so.lek


Macamana saya tahu pasal so.lek ni?. Owner so.lek ni yang lelaki kawan kepada anak saudara saya yang perempuan. 😍😍😍. Jadinya yang perempuan panggil saya aunty. 

Kat mana lagi nak dapatkan lipstick ni?

Ada kat Fashion Valet, Play Up Isetan, Lazada dan senarai Guardian di atas ya....

Instagram :-
https://www.instagram.com/so.lek/

Facebook :-
https://www.facebook.com/solekcosmetics/

Dah so.lek? So lek lah. 😄😄😄




19 ulasan:

  1. Nice sharing! Cx jns gila lipstick tau. Taklah gila tapi benda plg suka usha is lipstic. Hihi. Bibir cx jenis kering, so sgt sesuai kalau pakai jenis so.lek ni. Ada minyak zaitun yang boleh bantu ntk kekalkan kelembapan. Yela alamaklum kalau kering, sakit bibir sebab asyik terkupas. Thanks for sharing!

    BalasPadam
  2. hahaha what a name that directly tells you what they sell. but why so.lek? haha is there any special meaning? good that it is available in many places.

    christmas buffet with discount promo code!

    BalasPadam
  3. kat JB ada kat city square..boleh la cari nanti

    BalasPadam
  4. Kenapa tak pernah perasan eh brand so.lek ni. Padahal lawa-lawa je colour dia semua tengok kak Ezna pakai. Especially gambar akak tu, sesuai dengan akak. Baru ni Nad ada beli satu lipstick colour camtu juga, tapi brand Rimmel.

    BalasPadam
  5. Rawlins suka melihat jenama dan produk tempatan yang menggunakan 'brand' lokal seperti ini. Namanya senang diingat dan yang penting, halal serta selamat digunakan. So.lek. memang meletups!

    BalasPadam
  6. Brand baru ke? Not bad jugak color collection dia. Nampak macam not bad ni. Boleh la try nanti.

    BalasPadam
  7. hehe suka nama dia bila dgr mcm classic jee gituu haa hehe. nampak mcm not bad jugak ek, and pilihan colour2 yg ada tu pon mmg cantik2 & mmg in trend kan. nicee nnt boleh la try jugak ni 😊

    BalasPadam
  8. Wah pertama kali tahu pasal brand ni. Warna pun cantik-cantik. Nampak macam matte. Nama brand pun sangat unik. I likeee !

    BalasPadam
  9. cnteknya warna dia..lembut jer.sesuai dengan u...rasanya pernah dengar nama brand ni dulu..tapi sekarang dah ada guardian..senangla nak dapatkannya

    BalasPadam
  10. Sis berkulit cerah memang kena warna lipstick tu :) Kalau saya pulak tak berapa minat nak bergincu bagai ni hihi tapi disebabkan orang selalu tegur bibir pucat makanya kenalah rembat juga at least lip balm ke lip gloss ke or apply lipstick ringan2 je. .

    Baguslah jenama So.Lek ni, local dan terjamin halal. Semoga terus maju jaya untuk owner!

    BalasPadam
  11. Good to know more local brands are ccoming up, the lip colors from So.lek looks nice, I'll give it a try when I see it.

    BalasPadam
  12. Commersial betul nama dia. Friendly name gitu.. warna semua nampak menarik dan menawan.. kalau ada di drugstore memang terjamin kualiti. Guardian ada buat promotion ye.. bestla macamtu..

    BalasPadam
  13. nama tema color dia meletop woo.. ikut nama bunga gituu!! cantik la color dia.. leh la AM gi roger cari n cuba.. hope sesuai dengan AM yang berkulit agak gelap nie..

    BalasPadam
  14. Ni yang suka baca..bangga gak bila tengok produk lokal berdiri sama tinggi dengan produk antarabangsa..somemore, ianya Halal! Semoga terus sukses so.lek!

    BalasPadam
  15. wah SOLEK...nmpk byk juga pilihan lipstiks tu...produk ni ada kt guardian ye..nanti bole la try belek2 mn tau berkenan di hati..tq for sharing

    BalasPadam
  16. Cantik kak warna yg akak pakai tu. Mcm tak pernah jumpa lagi ja kat Penang ni. Jap nak usha ig jap

    BalasPadam
  17. First time dengar pasal So.Lek ni...catchy plak nama dia..x pernah jumpa lagi kat KL...boleh la SA usya ug diorang..warna lipstik nampak cantik la....

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.