Isnin, Disember 17

Pengalaman bertandang pada majlis pernikahan sepupu lelaki

Kalau ikutkan memang keluarga saya ni rapat dengan sepupu saya ni sebab arwah papa saya dan ibu saudara (saya panggil mamamah) saya ni adik beradik. Papa dan mamamah ni hanya 2 beradik. Ni masa nak menghantar sepupu saya untuk bernikah di Sg Buah. Dulang hantaran sepupu lelaki saya dibawa oleh pria berbaju batik. Majlis ni berlangsung di rumah pengantin perempuan pada 1 Disember 2018. 
 
  
Sepupu saya Abang Man tengah nak standby ni. Sebelah abang Man ni abangnya bernama Abang Izam. 


 Ni nampaknya semua tengah kusyuk mendengar ni. 


Ni anak saudara saya bernama Nur Batrisyia Adlina. 


 Mak saudara saya yang kanan sekali. Mamamah. 


Si Budak kecik ni nama Eerfan dengan kakak dia. Eerfan macam dah letih. Nasib baik kakak dia terer handle. 


Notty ye Musyafee ni. Elok je saya nak ambik gambar ada pulak tangan. 



Pengantin perempuan ditemani ibunya. 


Steady Abang Man....Suara abang man dengar juga tapi suara bapa pengantin perempuan tak berapa nak dengar sangat. 


Close up pengantin perempuan dan ibunya yang setia menemani sehingga saat anak diijabkabul. Mak pengantin perempuan ni lawa dan awet muda tau...


Eerfan dah lena dalam dakapan Sofiah. Patut la restless ajer. Mengantuk rupanya. 


Ni adik saya, Erma.


 Alhamdulilah selesai dah.....seutas rantai tangan buat adinda. 


 Close up muka pengantin. Berseri-seri haih…. 


Ni hantaran pihak perempuan untuk pihak lelaki. 


Pembantu majlis siap T-Shirt merah lagi. 


Ok....ambik gambar Dania pulak sebelum makan. 


Dania dan Atiqah anak kepada sepupu saya Abang Izam. Mereka beza setahun. Dania 14 tahun dan Atiqah 13 tahun. 


Sofiah dan ummi dia. Sofiah ni kira copy paste muka ummi dia. 


Hariz ni abang Atiqah. Form 3 this year dengan nenek kesayangan deme la tu. 


Adik pengantin lelaki yang kiri tu nama Fazril dan abang pengantin lelaki belah kanan tu nama Farizal Edmi. Edmi tu katanya arwah papa yang bagi nama tu. 


Abang Izam Yusry dan anak terunanya Hariz. Kalah tinggi ayahnya ni….


Centerpiece meja dengan hiasan bunga.


Dah bangun dah Eerfan. Dia pegi kutip klip kat meja nak bawak balik. Geram kot sebab warna -warni. Klip tu untuk mengelakkan lapik meja tu terbang. 


Gambar last....dari kiri best friend Abang Izrul kat St Michael, Ipoh, Sam (adik ipar), pengantin, hubby saya, last sekali tu kurang pasti. 


Majlis nikah yang sederhana. Lauk-pauk dimasak sendiri bergotong -royong oleh orang kampung dan sanak saudara. Meriah lauk-pauknya. Kenduri pula pada keesokkannya harinya pula. 

5 ulasan:

  1. meriahnya majlis...Selamat pengantin baru buat mereka...

    BalasPadam
  2. Jarang pria pria yg membawa dulang...pakai baju batik lagi...

    BalasPadam
  3. bagusnya u rajin attend wedding..i dh lama tak attend wedding hahaha

    BalasPadam
  4. Tahniah buat pengantin baru. Meriah sangat majlis.

    BalasPadam
  5. Tahniah kepada pengantin..canti berseri sekali. Wajib tu nikah..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...