Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, December 4

Rehlah Surau Ar Ridhwan

Pada 25 November 2018, surau berdekatan rumah saya mengadakan rehlah. Suami saya memang join selalunya. Saya dan Dania je agak malas-malas. Hehe tapi disebabkan saya kata takpelah kita join je lah sebab nak kenal2 kariah Surau Ar Ridhwan kan. Pagi ni suami dan saya berasingan kenderaan sebab suami saya kena tolong2 sebelum aktiviti rehlah ni. Rehlah ni diadakan di Infra (Pusat Latihan Petronas). 


Ada aktiviti memanah. Dania dah lama juga tinggalkan lapangan memanah dia jadinya macam kekok juga nak memanah balik. Ni Prof Suhaila tolong tunjukkan dan refresh balik macamana nak memanah. 


Saya pun mencuba juga aktiviti memanah ini. 


Ok....Dania dah start nak memanah. 


Selain daripada itu, adalah aktiviti sukaneka. Nampaknya ni ayah budak yang join. Ayah siapalah ni ye Dania? 😆😆😆


Geng2 ayah budak happy sebab dapat No. 1 termasuk la belakang sekali tu yang muka familiar sangat tu. 😅😅😅


Suami pun join main tarik tali ni. Jaga2 kang balik rumah sakit2 badan...


Ni pula pertandingan ikat rambut paling banyak. Funny pula bila ikat rambut ayah. 


Aktiviti macam ni bagus juga. Boleh la saling mengenali kariah surau. Kalau jumpa mana2 boleh la bertegur sapa.

No comments:

Post a Comment