Selasa, Januari 1

Korea Day 5

Okay akhirnya Day 5 ialah time to say goodbye to Korea.

Bangun awal dalam 5.30 pagi macam tu untuk mandi dan tunggu masa solat then terus bawa beg2 ke bawah. Makan pun tak boleh lama. Saya sempat makan 1 mangkuk bubur ajer. 


Selesa tempat yang disediakan. 


By 6.45 am dah kena gerak ke airport. Masa tiba airport pun line dah panjang. 



Ambik gambar dengan tour guide Mr. Andy dan baju merah BTS Mr. Chris. Hehe. Saje panggil BTS. Mr. Chris ni ada di mana2 sesambil tolong Mr. Andy, dia tolong ambik gambar. 1 gambar dia jual Won 5,000 lebih kurang RM20/gambar. Kami terjebak membeli jugak. Suami kata beli semua tapi saya reject gambar yang blur. Happy la tu ramai bagi dia maggi. Hehehe. 


3 beg besar kami check in. 1 beg hand luggage. Fuhhh ngam ngam 7 kg tu. 


Suka si kecik ni. Darjah 5 dah dia. Mr. Chris ni suka sangat finger hearts ni.  


Ada robot comel kat airport. Tak tau apa tugasnya. Ala silap la saya ambik video macam ni. 

   
Comel sangat bear besar ni. 


Cermin yang comel. 


Ni nak pergi ke gate kami ni No.123 Senang nak ingat 

Banyak kedai berjenama kat sini...





Flight kami dijadualkan jam 9.35 pagi. 


Ada juga Shinsegae kat sini. 


Nak tukar wang asing pun ada.


Berjalan lagi cari gate 123.





Okay...ni dah gate 123 ni. Flight pun dah tiba.


Cuaca baik ni. 


Ruang menunggu kat sini tak ramai orang. 


Tong sampah ni pun unik bentuknya. 


Dania diapit dengan twinny Dr. Aini dan Dr. Shima. Harap2 di masa hadapan Dania pun boleh masuk line sains juga. 


Nak perabihkan duit syiling Korea beli la 1 kopi panas. Tempat macam sabun tu gula. Kena tambah la banyak mana gula kita nak. 


Flight Air Asia X ni besar juga flight dia. 


Okay bye bye Korea. 


Ni bukan pintu kami ni. Kami punya ekonomi. 



Sempat lagi suami suruh ambik gambar dia bole? 


Bye Bye Korea. Terima kasih tuhan kerana mengizinkan keluarga kami menjejaki tanah Korea ini. Terima kasih di atas rezeki yang diberikan.


Bangga juga dengan Air Asia X ni sebab flight Malaysia. 


Sempat juga tu order kopi atas flight. 1 je la. Saya kurang minum kopi ni. 


Cantiknya di atas awan. 


Alhamdulilah. Selamat mendarat 20 minit lagi awal dari waktu sepatutnya. Kami mendarat jam 3.00 petang. Terima kasih Captain Fad. 


Ni kat KLIA2 ni ada pula istana yang comel ni. 


Barbie Dreamtopia rupanya. 


Saya mengikuti tour dari muslimtravelbug

Credit : muslimtravelbug

Harga pakej seorang : RM3299
  • Penerbangan direct ke Korea dengan + 20kg Luggage + Makan di atas flight
  • Penginapan di 3 star hotel
  • Airport Pickup + Transfer
  • Private transport (Bus yang berhawa dingin)
  • Tips Tour Guide + Driver
  • Entrance Fees di dalam itinerary
  • Halal meal di dalam itinerary

Dalam kes saya setiap hari ada B/L/D kecuali Day 4 cuma ada B/L sahaja. Day 5 hari balik cuma ada B sahaja. 

B : Breakfast
L : Lunch
D : Dinner

Ski rental tu optional 

Equipment Rental : Won 45,000
Suit Rental : Won 15,000
Goggle Rental : Won 10,000

Nak datang sini cuma standby duit shopping ajer dan duit nak ski kalau nak ski lah....

Boleh bayar ansuran tetapi 45 hari sebelum kena bayar semuanya. Macam saya bayar je la ansur2 tiap bulan. Berdisiplin tiap bulan bayar melalui maybank2u ajer. Ada sekali ajer saya bayar cash kat office. Lepas bayar, dapat la resit pembayaran melalui email dan baki berapa lagi tertunggak. Boleh ajer bayar sekali derap tapi kalau sekali derap kot la dah terguna duit tu kan....

So far, saya bagi 5 Bintang la tentang trip dan tour leader yang bertanggungjawab Hasliza. Hasliza banyak membantu dan rajin juga ambil gambar. 

Mr. Andy pun berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan agak kelakar jadi tak boring la sepanjang tour. Beliau juga bagi tips/penerangan tentang sesuatu tempat tu. 

Cuma....tour ni kena tepati masa yang telah ditetapkan. Jangan lupa exercise tambah stamina sebab banyak jalan oh....😝😝😝

Saya join tour ni sebab Korea ni tak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Takmo jadi masa kami pergi Beijing dulu. Susah nak pergi sana sini. Jadi, solusi ikut tour je lah. Nak makan halal pun terjaga....

Moga ada rezeki lagi dapat kami melancong ke tempat lain pulak. 

9 ulasan:

  1. Pastinya menjadi kenangan terindah semasa berada di Korea kan. Haihh bila lah nak sampai ayu ni. Insyaallah one day

    BalasPadam
  2. waa bestnya dapat pergi tour ke Korea..selalu jugak / familiar jugak rasanya muslimtravelbug tu, nnt nk usha2 semulalah site or page mereka nak cuci mata dgn latest package2 hehe. kot2 ada rezeki tahun baru dpt travel ke luar negara jugak kan, insyaAllah aamiinn hehe.

    BalasPadam
  3. best nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. hee~ dah lama masukkan dalam list nak ke korea untuk family trip tapi mungkin belum rezeki lagi.. tapi saya dah save kat bookmark entri akak ni untuk rujukan saya nanti-nanti ya..

    BalasPadam
  4. Akhirnya kena pulang. Pasti keberatan kan? Sudah tentu banyak memori-memori manis yang telah terkumpul. :)

    BalasPadam
  5. Bestnya pegi korea. 5hari tu sekejap je. Tapi memori tu tak boleh lupa. Hope dapat pegi sana. Tunggulah suami habis pjj dulu. Baru dapat saving ke sana.. kena cari btol2 agen pelancongan supaya takde masalah terutama makanan..

    BalasPadam
  6. I am following all your korea trip writeups. Looks like you had a great fun. Must be sad that the holidays came to an end.

    BalasPadam
  7. Menarik gak pakej dia kan. Harga pun berpatutan. InsyaAllah nak merasa gak main salji tu. Amin. Moga angan-angan 2019nie menjadi ye tak

    BalasPadam
  8. Ohh harganya RM3299 untuk 4malam yea? Hmm a bit pricey for my experience but rasanya sebab dengan guide dan english speaking, boleh tu. Nak memudahkan tourists2 kan sebab ikut group ni lebih selamat, teratur dan tak perlu pening2 pikir itinerary sendiri. Glad you had fun!

    BalasPadam
  9. hmmm kalu aida sekeluarga mau nyer RM15k. lom masuk duit shopping :) hu hu hu hu....
    moga dimurahkan rezeki la dpt bwk anak2 ke korea.
    main snow. jumpa org kpop :) ha ha ha ha...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...