Khamis, Disember 27

Korea Day 2

Ni masa breakfast kat Kensington Flora Hotel. Cantik sungguh la hotel ni. 




Ni yang saya makan ni. Nak jalan2 ni kena makan pagi berat sikit. Saya mulakan dengan makan nasi, telur hancur, daun salad dan rumpai laut. 


Tour guide kami letak kertas makanan yang tak halal. 


Makanan yang dihidangkan banyak berasaskan sayur-sayuran. 




Kimchi ni memang makanan yang selalu ada tak kiralah makan pagi, tengahari atau makan malam. Hidangan wajib ni. Saya tak berapa la sangat kimchi ni. 


Rumpai laut ni pun selalu dihidangkan. Bila dah selalu makan sepanjang kat Korea, saya tersuka pula rumpai laut ni. 





Sup2 macam ni memang saya tak makan lah. 



Dalam ni nasi putih dan satu lagi nasi berwarna perang. Nasi perang tu ala ala nasi dagang. 




Selepas breakfast, bas membawa kami ke Yongpyong Ski Resort. Kita ambik gambar satu family dulu ye. 


Mereka dah mula untuk bermain ski. 


Ternampak chairlift untuk mereka yang lebih professional bermain ski, naik ke tempat yang lebih tinggi. 


Tour guide kata sebut Kimchi.....


Masa ni kena beratur macam ni. Tour guide ajar macamana nak ski. Dania boleh terpisah daripada kami. Dia kat hujung ni yang baju purple ni. Ummi dan ayah deret yang sama tapi hujung sebelah sana. 

Credit : muslimtravelbug

Kasut dan papan ski serta stick tu sewa terus kat sini. Ayah tarik Dania pulak. 


Gaya tu dah ada. Baju dan seluar serta glove kena pakai yang kalis air ye. Licin sungguh naik ski ni. Kalau angin tiup kita pun boleh ke depan sebab ski ni licin. Surface kan licin jadi kalau tak kawal betul-betul boleh terjatuh. 


Syoknya anak ummi ye. 


Ambik gambar baling-baling salji. 


Tak lama pun kami ski, terus rasa tak nak ski dah. Masing2 ada pengalaman jatuh kecuali Dania. Bila nak pulangkan, kena pastikan ski board tu bebas daripada salji. Kena guna alat ni untuk membuang salji. Macam angin ajer keluar dari situ. 


Ambik gambar dulu sebelum memulangkan equipment. 

Kalau nak main ski kat Yongpyong Ski Resort boleh la budget berapa harganya kan. 

Equipment Rental : Won 45 000
Suit Rental : Won 15 000
Goggle Rental : Won 10 000

Tukaran Won 1000 = RM 4


Nak belajar ski pun boleh. 


Lepas dah pulangkan alatan ski, kami minum air panas dulu kat Cafe Twosome ni. 


Ramai juga nak menghangatkan badan sebentar dengan minum air panas ni. 


Dah nak balik dah ni. Ambik gambar kereta kabel ni. Lain kalau pergi ski resort nak naik kereta kabel pulak. Tak nak dah main ski. Ski ni licin tau. Even angin tiup pun boleh berjalan je kita dengan ski tu. Nak berhenti kan susah juga sebab licin kan. 😅😅😅. Ada juga group tour kami yang naik kereta kabel ni tak main ski. 


Dania tapau teh panas. 


Ni lah bas kami sepanjang kat sini. Cukup selesa dan bersih. 


Lepas tu, ke sini pula sebab nak pulangkan baju, seluar, goggle dan helmet. 


Ni lah kedai nak sewa pakaian ski ni. Depan tu pemandu bas kami. 


Haaaaa ni paling dinanti-nantikan. Saat makan tengahari. Banyak lauk pauk yang disajikan. 


Selalunya kalau makan mesti dengan famili ni sebab satu meja untuk 4 orang. Saya tak cukup seorang. Group yang ni terlebih seorang. 


Ni sup tauhu. Hirup masa sejuk2 ni memang best. 


Ni ikan sardin. Sedap juga ni. 


Ni rumpai laut. 


Kentang.


Cendawan. 


Kimchi. 


Fish cake ni saya suka. 


Ni lah restoran yang kami makan tu. 


Tour guide ada bagitahu, jangan terkejut nampak gambar 'haram' kat restoran ni sebab yang 'haram' tu restoran yang belah atas. Nampak gambar haiwan yang kanan tu?. 

Tour guide ni memang jejaka Korea. Dia kata dia ada masalah nak sebut perkataan huruf 'f'. Pernah ada satu ketika ada dia bawa group muslim makan dekat kedai vegetarian sekali ada orang tu minta nak fork (garfu). Pastu Mr. Andy kata do you want 'Pork'? Terkejut la orang tu ingatkan restoran tu ada makanan berasaskan 'pork'. Sebenarnya Mr. Andy tanya do you want fork? Tetapi disebabkan susah nak sebut fork, dia sebut pork. 😅😅😅


Line beratur nak pergi toilet kemain panjang. 


Lepas makan, kami akan belajar buat keju pulak. 


Ni diantara bahan membuat keju. 


Dania cuba mengacau susu. 


Suami pula mencuba. Mengacau pun ada caranya. Mula2 arah jam lepas tu lawan jam pula. 


Susu dah mula mengeras. 


Inilah keju yang kumpulan kami hasilkan. Ada bunga hidup juga. 


Cara makannya keropok jagung atas sekali, dalamnya keju letak strawberry atau keju letak garam kemudian apit dengan keropok jagung. Sedap. Walaupun rasa macam pelik je kombinasi ni kan...


Ada disediakan ruang solat kecik kat depan tu. Senang kalau ikut tour muslim ni. Waktu solat terjaga. 


Cara-cara pembuatan keju. 


Ni lah tempat membuat keju ni. 


Ambik gambar dulu kat luar tempat membuat keju ni. Ada banyak juga salji turun kat sini. 


Cantik betul permandangan kat sini. 


Gambar saya seorang pulak lah. 


Saya ambik video pula. 


Dania excited sebab tak pernah jumpa salji. Ye lah masa tahun 2009 masa pergi Beijing waktu winter tak nampak betul2 salji putih2 ni cuma salji cair ajer. 


Lepas buat keju, kami pergi tengok strawberry pulak. Area sini strawberry masih berbunga lagi. 


Dania pose dengan strawberry Korea yang besar. 


Strawberry ni masih muda. 


Kami dihidangkan dengan buah-buahan seperti pisang kaki, buah pear dan buah apple. 


Tempat macam kat dalam rumah hijau. 


Buah ni kemain besar lah. 


Selepas itu kami dibawa shopping kat Doota Duty Free Mall. Kat sini mata Dania kemain besar sebab nampak kumpulan favourite. 


Ni alat kosmetik VT X BTS. 


Kalau nak pakai kat beg sekolah pin ni tak boleh ada muka artis. Kalau nama je boleh la. 


Ada kelendar meja Jung Kook. Tak boleh beli yang ni ye sebab ada muka. Letak atas meja kang bukan study dok sibuk belek kalendar ni je. Eh jap ni kalendar Jimin la. Jimin ni favourite best friend Dania. 


Banyak cenderamata yang dijual kat sini. Pekerjanya orang Indonesia. 


Ni kedai dalam Doota Duty Free Mall ni. 


Charles and Keith pun ada. 


Ni baju sale ni Won 59,000. 

Won 1000 = RM 4.  Cuba convert. 


Adalah beli barang sikit kemudian keluar dari Doota Duty Free Mall sebab nak kena berjumpa dengan group tour kat depan Doota Mall ni. 


Doota Duty Free Mall dihias indah dengan lampu-lampu sempena Hari Krismas. 


Sesambil duduk kat luar ternampak iklan beg Rosa.k kat sini. Pelik namanya kan?. 


Saje ambik gambar kat belakang ni. Gambar bangunan Nuzzon. Dania kata ummi.....husnuzzon. 


Dania pose dengan patung line friends. 


Tempat saya pijak tu see through tau. Boleh nampak kedai kat bawah. Gayat lah nak jalan atas ni. 


Budak comel orang Korea ni takde hal jalan atas ni. Comel dengan baju berbulu dia. 


Malam ni ada bulan pulak. Cantik sangat. 


Nampak bangunan Lotte dari kejauhan. 


Dinner kami kat restaurant Pooja yang halal. 


Video Restoran halal Pooja. 


Kuah dhal. 


Salad. 


Ni chicken Tikka tak silap. 


Ayam Tandoori. 


Roti Nan ni sedap lehai. Walau dah lama kat luar, masih lembut lagi. 


Air ni asing la. Hubby nak minum teh tarik. Teh tarik ni daripada teh lipton. Harganya Won 3000. Kalau darab 4 dengan duit kita = RM12. Jangan convert la ek. Memang mahal la. 



Restaurant ni memang restaurant untuk tourist sebab diakui daripada Seoul Tourism Association. 


Lepas dinner kami check in hotel dalam jam 9.00 malam. Hotel kami ni namanya Evelyn Hotel. Terletak di Dongdaemun. Hotel kali ni 2 star ajer. Cerek air pun takde. Katil pulak 3 katil single. 


Depan katil ada la meja ni dengan TV. 


Hotel ni simple je la tapi takpe janji boleh tidur cuma nak buat Maggi je la tak boleh. 

Ok. kena tidur awal. Esoknya nak kena get ready awal pagi. 








































20 ulasan:

  1. Bestnya dapat bermain salji tu. Rawlins berangan memang nak bermain salji dan insyaAllah, nak bawa family sekali kelak. Doakan ye.

    BalasPadam
  2. wow.. nice trip you had there and happy to see that u are able to get halal food there. definitely will share this to my friends. feel like going korea too now... lolz

    BalasPadam
  3. Wow...snow!! Best la dapat main salji. Sure you had a great time there. I can use your tips when go Korea next time.

    BalasPadam
  4. yes you can be a millionaire in korea since their currency all beribu-ribu one ahhaha. i envy you get to play with snow in korea, i still havent get to see the real snow yet, hopefully one day i get to do it!

    How to deal with markets ups and downs?

    BalasPadam
  5. sedapnya kimchi. airah memang peminat korean food. tak sabar nak pergi korea nanti

    BalasPadam
  6. Seronoknya! Rindu pula nak main salji. Harap-harap dalam masa terdekat ni bolehlah main salji di Korea pula. Wahh bukan calang-calang ya tempat makan dan penginapan tu. Cantik dan nampak sedap-sedap belaka!

    BalasPadam
  7. Best yer jalan-jalan korea , banyak aktiviti best boleh buat. Teringin nak pergi sini bercuti dengan keluarga. Tapi kena tunggu anak-anak besar sikit. Bagus siap ada label makanan non halal. Nasi pun masak guna cuckoo. bagus sangat

    BalasPadam
  8. bestnya main salji.. macam tak sejuk je tu..kat sana hari hari makan kimchi ye

    BalasPadam
  9. syoknya dpt main ski tu..merasa la musim winter....dlu kita pi korea dh nk masuk summer tk silap ...mmg kena isi perut sblum kuar jln2 kn byk nk berjln2 tu mmg lapar...tp kita tk brp la kimchi hehe nasibaik duduk guesthouse so mmg bw makanan dr msia..bole kira je brp kali je mkn menu korea

    BalasPadam
  10. seronoknya pergi korea main salji. tak sabar nak tunggu bulan 5 tahun depan nak pergi korea. tengok gambar pose main ski tu rasa nak jugak pergi time musim winter, mana tahu boleh ais kepal milo guna salji tu..hahaha

    BalasPadam
  11. Syoknya dapat main salji, hehe. Entah bila la dapat merasa nak ke korea. Buat masa sekarang tengok drama korea jela mampu, hehe.

    BalasPadam
  12. Wahhhh bestnya kak Ezna dan family pergi korea. Sy entah bila lah nak sampai sana. Teringin. Suka baca sebab kak ezna tulis dengan details. Senang nk buat rujukan nanti. Wuuu sales pon harga tetap ya ampunnnn. Takut tengok. Hhahaha

    BalasPadam
  13. Memang best gi Korea..masa sis gi dulu tak merasa pun main salji..gi bukan musim winter. Next time kalau gi nak gi musim winter lah..nak main golek2 dlm salji..hehehe

    BalasPadam
  14. that's indeed a fun day, kan. I miss Korea now. Next time I should check out Kensington Flora Hotel. I bet it must be quite expensive kan. hehe. hope my hubby bring me there again soon

    BalasPadam
  15. What a lovely trip! I really miss winter and korean food, I've only been to Korea once, if I have the chance I'll visit again because it's such a lovely country.

    BalasPadam
  16. Seronoknya kak tengok akak dgn family bercuti ke korea hujung tahun ni. terjenguk jenguk saya delat instagram tengok akak post trip akak ni. Mesti seronokkan. bila lah agaknya dapat pergi ke sana. Btw, Bal perasaan yang hotel akak duduk tu mesra muslim. Bagusnya diorang dah siap letak tag lagi mana food yg halal mana food yang tak halal.

    BalasPadam
  17. Wah hari kedua je dah banyak aktiviti kak. .Syoknya tengok. .Pwrgi masa musim salji. .Lagi best. .Bgus maknn tak halal dia bubuh kertas.. Kat sana pun ada strawberry erk. .wah syokla tengok

    BalasPadam
  18. Bestnya main salji.. Ntah bila la dapat main snow mcm ni.. Teringin gak nak pi korea.Tapi xtau la bila nak sampai

    BalasPadam
  19. Seronoknyaaaaa main ski! Masa kita pegi belum fully snow. Ya Allah rindu betul nak p korea lagi!

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...