Nuff

Korea Day 1

Perjalanan kami bermula selepas Maghrib pada 17 Disember 2018. Flight kami dijadualkan pada 12.50 pagi 18 Disember 2018. Kami nak kena berkumpul di KLIA2 pada jam 9 malam. Kami tiba di KLIA2 pada jam 8.45 malam dengan menaiki ERL di Putrajaya Sentral. Selalu kalau nak terbang, kami akan parking dekat Putrajaya Sentral kemudian naik ERL samada ke KLIA1 atau KLIA2. Parking RM6/sehari dan parking berbumbung lagi. 

Oh ye....saya ikut tour group instagram muslimtravelbug. Facebook muslimtravelbug. Kami kena dengar taklimat pada jam 9 malam. 

Kami mendarat di Incheon Airport pada jam 8.10 pagi waktu Korea yang 1 jam lebih awal dari waktu Malaysia. Ni kena naik aerotrain menuju ke main building. Kalau kat Malaysia, flight KLIA1 je kena naik aerotrain kan?.  


Pagi-pagi lagi nak kena berdiri ni letih juga la.


Akhirnya bas akan membawa kami ke tempat lawatan yang pertama. Sebelum tiba tidur dulu lah dalam bas. Tour leader dari muslimtravelbug Cik Liza dan tour guide Korea bernama Mr. Andy. Mr. Andy boleh berbahasa inggeris dengan baik. 


Ni dekat pitstop yang pertama dekat Petite France. Petite France ni macam perkampungan kecil orang perancis. Ada 16 bangunan ala di Perancis ni sini. Penggambaran Running Man juga dilakukan di perkampungan ini. 


Ada juga movie / drama yang buat penggambaran kat sini. You alls tahu ke?. 


Ni semua gambar-gambar kat Petite France. 








Dania kengkonon seorang princess naik carriage. Hehe. 



Belum lagi berkesempatan untuk melawat Paris jadinya bergambar dulu lah lat Eiffel Tower kat Petite France, Korea ni dulu. 


Berwarna-warni bangunan kat Petite France ni. 


Mr. Chris ni photographer yang tak berbayar. Jadinya di akhir percutian kami, Mr Chris akan jual gambar2 yang dia ambil. Get ready....Hehehe....


Ni lagi satu spot cantik nak ambik gambar. Ranting2 belakang tu bukan lukisan tapi pokok betul. Mungkin winter ni bertukar jadi kering macam tu. 


Ni gambar nak naik bas dah. Berlatarbelakangkan pokok-pokok yang luruh daunnya di musim sejuk. 

Lepas tu kami berhenti lunch makan dakgalbi. Dakgalbi ni maksudnya ayam dalam bahasa Korea. Serius saya tak pernah try Dakgalbi kat Malaysia. Ni pertama kali makan ayam Korea ni. Dalam ni ada nasi. Nasi Korea ni rasanya macam pulut. Ada ayam dan kobis. Hairan sungguh orang Korea ni suka sangat kobis. Campurkan dengan sos dia kemudian gaulkan semuanya. Ni panaskan di atas api yang sederhana. Ada juga lauk sampingan. 


Ni sup rumpai laut. Supnya ada bau hanyir sikit tapi saya habiskan kesemuanya. Sedap pulak. 😅😅😅


Ni video hubby masak-masak. 


Saya duduk sebelah family yang datang 5 orang. Setiap tempat disediakan tempat untuk 4 orang jadi family saya join family yang dari Sg. Petani ni. 


Ni harga ayam tadi. Won 1000 = RM4. Jadi kalau convert boleh tahan juga harganya. Pakej saya ni dah termasuk pakej makan jadi tak payah risau dah la. 


Ni restorannya. 



Ada tanda halal kat restoran ni. 


Kemudian kami menaiki feri untuk ke Nami Island. Kena menyeberang sungai ni untuk ke Nami. Saya ingatkan Nami ni dikelilingi laut tetapi rupanya sungai. 



Video feri nak tiba ke Nami Island. 


Dania kat feri. 
 

Tour guide nak tunjukkan kami lokasi penggambaran Winter Sonata dan tunjukkan mana surau kat Nami Island ni. 


Dekat Tingkat atas Picture Book Library ni lah terletaknya surau. Masa ni tunggu suami solat dulu. Nak ganti2 dengan saya dan Dania sebab nak jaga barang kan. 


Jom la ber'Winter Sonata' kat sini. Patung Yoo Jin dan Jun Sang. 


Saya dan suami dengan tasik yang membeku. 


Cantiknya pemandangan kat sini. 


Dania yang ambik gambar ni kat pokok di Nami Island. 


Ambik gambar Dania seorang pulak. 


Dania dan ayah dengan rumah kat Pulau Nami. 


Wajib ambik gambar kat sini. Gambar ni pakcik dari Malaysia yang ambik. Itupun sekerat ajer. 


Lagi gambar kat pokok di Nami Island tapi kali ni dengan lampu putih ni. 


Kat area tengah Pulau Nami ada tempat banyak salji. 


Dania dengan pokok yang berdaun kuning. Macam pokok maple. 


Belah kanan ada keretapi yang mengelilingi Pulau Nami. 


Kalau kesejukan boleh la meletakkan tangan kat unggun api ni untuk memanaskan tangan. 


Suami dengan Mr. Chris yang tak berapa reti berbahasa Inggeris. 


Tengah tunggu feri ni. 


Macam nampak ukiran ais pula kat Pulau Nami ni. 


Bye Bye Pulau Nami....


Kami singgah makan dekat restoran berdekatan dengan Pulau Nami. 


Kalau perasan ada mangkuk kecik tu gunanya untuk mengisi nasi. Ada lauk-pauk juga seperti ikan bilis. Bekasnya kecik ajer. Tak macam kita kat Malaysia semuanya pinggan besar kan. 



Ikan ni sedap. Maybe ikan sebelah kot sebab sebelah je ada isi. 



Rumpai laut ni memang makanan Korea la kot sebab ada je rumpai laut dihidangkan sekali samada yang kering atau dibuat sup. Boleh juga makan dengan masukkan bebola kecil nasi yang telah dibulatkan ke dalam rumpai laut kemudian balut dengan rumpai laut. Macam cara makan sushi lah. Sedap juga tau.... 


Lepas dah selesai makan, nasi yang tinggal kat dalam bekas macam lesung batu ni diletakkan air. Kemudian minum airnya. Orang Korea percaya ia dapat melancarkan sistem penghadaman kita. 



Selalunya saya akan pastikan ke tandas bila tiba restoran. Tak tahu berapa lama pula nak tiba tempat seterusnya kan....saya kan ikut tour. 


Malam baru la check in hotel. Hotel ni namanya Kensington Flora. Terletak 20-25 minit ke tempat ski. Tempat ski namanya Yongpyeong Ski Resort. Hotel ni sangat cantik dekorasi dalamnya. Hotel ini juga hotel 5 bintang. 



Bergambar dulu kat tangga sebelum nama naik nak dapatkan kunci bilik. 


Bilik kami 1 katil queen dan 1 lagi katil single. Bilik ni bertema Perancis. 


Ada bath tub juga. 


Ni lah gambar suasana bersalji luar hotel. 

Credit : Izzah

Penat Day 1 ni maklumlah baru sampai paginya kat Korea. Nak ambik gambar pun tak berapa nak ada mood tapi....takde2 mood saya pun ratus jugak gambarnya masa Day 1 ajer. 😝😝😝

Comments

  1. excited i baca ur entry..best sbb u pegi time ada snow tu...masa i pegi dulu..tak de snow turun hehhehe cuma ada snow time singgah posing kat tempat ski jer

    ReplyDelete
  2. Cantiknya pemandangan bersalji tu. Rawlins pergi dulu time musim luruh so semua pokok togel hahaha. Takpe. Next nak pergi bermain salji la

    ReplyDelete
  3. Aduhai.. seronoknya dah sampai Korea! Teringin sangat sebenarnya tapi belum berkesempatan lagi. Dan hotelnya bukan calang-calang tu. Nampak cantik dan selesa sangat! Dan rasanya pernah tengok Petite France ni dalam salah satu episod Running Man. Memang cantik sangattt!

    ReplyDelete
  4. Ah, I miss Korea now. the food, scenery and many things also very nice there. Nami Island is so pretty kan. nice trip and thanks for sharing!

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat pergi korea. salah satu destinasi dalam wishlist airah jugak. tak sabar nak tunggu entry korea yang seterusnya

    ReplyDelete
  6. Seronok la Dania dapat pergi Korea cuti sekolah, nanti jangan lupa ye Ezna share cost pergi Korea ni..SA bercadang nak bawak Dania jugak lepas PT3 nanti..seronok baca pengalaman Ezna..cepat update..tak puas baca...

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat ke Korea. Dari dulu teringin nak kesana. Harap tahun depan kalu dapat. Cantik2 pemandangan sekitar sana. Nnti boleh jadikan sebagai rujukan apabila kesana nnti. hehehe

    ReplyDelete
  8. Bestnya cantik tempat dan lokasi ni memang meriah dah kita boleh pergi lah tahun depan plan nak bercuti kat Korea ni heheheh seronok tengok orang semua bercuti..

    ReplyDelete
  9. hurmm.... bila la nak sampai korea ni. abam kita minat g jepun jer. nak kena racun kuat lagi nih

    ReplyDelete
  10. Looks great. Best nye holiday kat Korea. Saya pun nak pergi Korea juga la. Memang dah lama plan tapi belum sampai masa lagi untuk pergi sana.

    ReplyDelete
  11. Bestnye dapat pegi ke pulau nami. Tengok kawan pegi sana amek gambar memang cantik sgt. Oneday nak sangat pegi sana kena saving duit kalau nak jejak kaki kesana.

    ReplyDelete
  12. bestnya pergi korea..semua tempat dia pergi menarik..makanna korea..mana yang tak sedap..semau sedap..hahahaha..bila lah dapat eprgi korea ni

    ReplyDelete
  13. Wah, cantiknya view! Terus rasa nak tengok Running Man..tapi dakgalbi tu tak kena dengan tekak saya. First time makan rasa nak tukar menu lain, dah la mahal..haha. Tapi ni makan kat Malaysia la, kalau makan kat Korea maybe sedap kot sebab tempat asal kan..

    ReplyDelete
  14. Ye la kan. Orang korea dgn kobis memang sahabat baik. Patutla rmi org kita gi sana kerja tanpa permit petik kobis hehe

    ReplyDelete
  15. Bestnya dapat ikut tour group yg kebanyakannya Muslim. Jadi leh jelajah tmpt2 makanan yg halal.. Serius.. bebenor Cantik view kat Korea nie.. AM nak ke sana nanti leh rujuk entri awak..

    ReplyDelete
  16. Best kan gi Korea? Sis pun dah pernah gi..memang best sgt, lebih2 kalau gi tempat2 yg famous..cantik2 pemandangan dia, cuma nk tgok cam ropa oppa yg cam dlm tv tu tak jumpa2 pulak..hehehe

    ReplyDelete
  17. Bestnya dapat bercuti ke Korea. Dapat main salji pulak tu. Gambar pon cantik-cantik. Membwr office & member sekolah pon baru balik bercuti dari Korea. Hope ada rezeki nak jejak kaki ke sini.

    ReplyDelete
  18. rindunya Korea! pegi korea ni macam tak pernah jemu kan. tempat dia semua lawa-lawa. rasa nak amek gambar je kerjanya. bila pegi time winter terus fefeling cite Korea! :)

    ReplyDelete
  19. Wahhh, kak Ezna dah sampai Korea da ehh. Tempat yang ada bangunan warna-warni tu cantik lah. Kalau dapat spot dan angle amik gambar yang perfect, mesti gambar the bomb. Bestnya dia main salji. Nad setakat ni tak pernah lagi jumpa real snow.

    ReplyDelete
  20. wahh,, seronoknya bercuti.. x sabar nak start bercuti lagi.. buat masa ni mmg x boleh.. can't wait to start travelling again.. thanks for sharing this amazing places.

    ReplyDelete

Post a Comment

Translate

Popular Posts