Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, July 13

Bila dijemput untuk memeriahkan suasana

Bila kita dah jadi AJK Keceriaan dalam group Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB), selalunya adalah jemputan untuk AJK samada PIBG atau KSIB. Pada Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya pada 28 Jun 2018. Pelajar petang pun kena datang pagi jugak jadi saya datanglah dengan Dania sekali. 

Sebelum majlis bermula, ambik dulu la selfie diri sendiri. Saya ada tolong sikit-sikit la perhiasan belakang ni sehari sebelum majlis. 


Photobooth ni tempat untuk cikgu-cikgu ambil gambar. 


Barisan para juri pakaian cikgu yang menepati tema. Hujung sekali tu pelajar sekolah yang akan assist para juri. Dayana namanya. 


Tempat duduk saya pun tempat duduk khas. 


Sempat juga la ambik gambar pelajar kat sini. Mereka yang bukan di dalam Badan Perkhidmatan Sekolah macam Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas SPBT dan Pengawas Pusat Sumber boleh je pakai baju raya. Dania sebagai PRS kena pakai baju putih, kain hitam dan tudung warna ungu. Tak boleh la nak melaram ye. Hehe.  


Cikgu baca ikrar diketuai oleh Cikgu RBT Dania, Cikgu Yazid. 


Mereka ni macam Dania la ni. Badan Perkhidmatan Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya. Tengah ni sebelah yang pakai bunga kat kepala tu Fatin Qistina. Senior Dania la ni. Pelajar pandai ni. Berangan-angan anak kita sepandai Fatin ni. 


Ada slot AJK PIBG dan KSIB ni. Kami ni selaku juri pakaian guru paling menarik untuk JESS Twinnies. Bila dah diberi Mic.....errr lama dah tak bercakap kat depan guna Mic. Masa kerja dulu pernah la jadi emcee. Cerita lama hehehe....

Ramai la cikgu2 dengan tema kembar ni. Dalam gambar ni pemenang cikgu kembar paling menarik sampai dapat merebut tempat pertama ni. Atas sampai bawah semua sama termasuklah handbag. 


Jemputan makan ni saya pun dapat la ye. Makanan yang dihidangkan ni special lah. 


Bila dah tamat dah majlis ni ummi sesibuk la nak ambik gambar anak dan kawan-kawan. Dari kiri Aisya, Mira, Zalilah dan Dania. Mereka semua ni sekelas. 

Patutnya ada lagi makan-makan dengan guru tapi saya putuskan tak nak makan la since Dania tak makan. Pelajar hanya dihidangkan makanan pagi ajer. Tak sampai hati la pulak. 


Sekali sekala nak kena aktif juga kat sekolah anak supaya boleh tahu perkembangan sekolah selain dapat mengenali guru-guru yang mengajar anak kita. Satu hari tu Dania cakap ummi....cikgu PRS kirim salam. Kalau cikgu dah kenal ni senang la apa-apa hal. 


No comments:

Post a Comment