Ahad, Julai 22

Petani moden ....

Hari Ahad ni kami awal sikit breakfast sebab nak breakfast kat D Bukit. Kalau datang lewat sikit ramai sungguh orang. Dalam pukul 8 lebih pagi dah tiba. Walaupun ramai juga tapi masih ada parking dan tempat duduk. 

Lepas makan, hubby kata nak pergi beli pokok kat Sg. Buloh. Jalan pagi2 ni agak tenang sebab tak banyak kereta. Dalam 9 lebih pagi tiba kat Sg. Buloh. Kami selalu kalau beli pokok, kat nursery berdekatan dengan UiTM Sg. Buloh tu. Keluar je susur highway tu pusing kiri dah ada dah deretan tapak semaian. Pilih je nak beli apa.

Kali ni kami beli pokok delima, ros jepun dan pokok bunga kantan. Balik ajer, saya dan hubby memulakan projek tanam menanam ni. Sebelum tu AbangLa....eh bukan.....Abanglah.....😜😜😜mesin rumput kat luar ni sebelum nak tanam pokok bunga ros jepun. Mesin tu pun beli sendiri. Kalau nak suruh AbangLa mesin rumput mau RM50 - RM70. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Pokok bunga ros jepun selepas ditanam dan diletakkan batu putih sekeliling. 


Ni pokok bunga kantan ni. Kalau dah ada bunganya memang cantik sangat pokok ni. 


Kawasan belakang ni kami tak buat renovation besar-besaran macam kebanyakkan rumah kat sini tapi kami tanam banyak pokok-pokok. Keluasan belakang ni dalam 50 kaki mungkin. Hubby baru lepas tebang pokok pisang tanduk yang berbuah sebelum ni. Reason saya pilih pisang tanduk sebab pisang ni kalau orang jual mahal berbanding pisang2 yang lain. 


Ni lah pisang tanduk yang berbuah 8 biji. Kebesarannya sebesar lengan orang dewasa. 

Delima ni pun dah selamat ditanam. Senang ajer berbuah delima ni. Rumah sebelum ni ada pokok ni tapi bila tanam kat sini tak menjadi pulak. 


Pokok nangka ni kawan Dania punya atuk yang bagi. Lambat jugak pembesarannya. Ni saya dah siap siram dan tabur baja. 


Kalau nak tanam pokok jenis besar rasanya dah tak muat dah. La ni pokok2 masih kecik lagi. Kalau dah rimbun bagai takde la nampak luas kawasan belakang ni. Boleh nampak jiran belakang saya tu tanam banyak pokok pisang sampai ada yang pisang berbuah masuk kawasan pagar rumah saya. 

Nampak tak pokok kecik warna coklat tu? Mak jiran saya bagi. Katanya kalau masak rendang ayam kat Negeri Sembilan mesti masukkan daun tu. Entah apa ke nama daun tu. 

Bila saya google....rupanya ini adalah pokok....https://www.bharian.com.my/node/78905


Kalau ada lebih buah-buahan di kebun kecil saya ni rezeki jiran terdekat, kawan2 dan adik beradik lah insya allah. Seronok tengok orang yang terima pemberian kita tu happy. 

20 ulasan:

  1. Bestnya. Kalau Rumah I ada tanah mcm u pun i teringin bercucuk tanam. Bestkan bila tgk hasil tanaman kita berhasil

    BalasPadam
  2. Bestnya tanah besar, saya nak tanam pokok dekat kawasan rumah ni pun mak marah. Katanya nanti pecah pagar..maklumlah tanah kecik..hurm

    BalasPadam
  3. Seriously best ada aktiviti keluarga macam ni. Dapat pula suami yang bagi sokongan dan siap tolong merumput tu lagi best. Kat rumah saya ada pokok kari, serai dengan kunyit je.

    BalasPadam
  4. seronoknya.. boleh bercucuk tanam bagai.. tu kelebihan kalau ada kebun dekat rumah kan? adoi.. jelesnyaaaa.. rasa nak jugak ada tanaman sendiri tapi apakan daya TB dok apartment.. haha

    BalasPadam
  5. Seronoknya kalau ada tanah luas dkt rumah kan. Macam2 boleh tanam. Kak Ezna tanam la cili ha senang kalau nak masak, petik jee hehehe

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah dapat berbakti kepada tanah dan dapat keluarkan peluh. Sesekali kita elok habiskan masa dengan bercucuk tanam dan ajar anak anak kita betapa susahnya jadi petani

    BalasPadam
  7. Seronoknya ada tanah boleh bercucuk tanam. Husband Nina minat tanam tanam ni... Tangan dia tanam selalu menjadi, tangan nina selalu pokok nya mati. Huhuuu

    BalasPadam
  8. Dapat pisang tanduk buat kerepek pun sedap sis ezna. Makan masa lepas goreng, wah nikmatnya. Pisang tanduk ni kalau beli kat luar boleh tahanlah harganya. Untung tanam sendiri

    BalasPadam
  9. Wah best yer bercucuk tanam. Huda ada tanah kat area rumah ni pun belum dapat seru nak tanam pokok. hehe, sebab selalu travel risau nanti pokok tak bersiram kering dan mati pulak

    BalasPadam
  10. Last time my Mom also plant lots of fruits. Miss my childhood activities where we could pluck our manggoes and eat it anytime that we want.

    BalasPadam
  11. Bestnya lah dapat bercucuk tanam. Rumah sis tak ada tanah. Lagi satu, tangan sis panas, pernah cuba nak tanam cili dalam pasu...mati, tanam benda lain pun mati..huhuhu

    BalasPadam
  12. Bestnya rumah ada tanah n laman..boleh bercucuk tanam..rumah i ada balcony pun gigih gak bertanam mcm2

    BalasPadam
  13. berbakti pada tanah, memang best hasilnya..paling tidak dapat makan ulaman segar kan.

    BalasPadam
  14. My mum also have her small garden. She got pomegranate and limau at her little garden. Your garden quite big, can put papaya tree. Easy to grow.

    BalasPadam
  15. Kalau la ada ruang kat area rumah SA tu, for sure SA nak buat mini garden tanam ulam- ulaman dan pokok orkid..SA ni pencinta orkid tapi blom ada peluang nak buat rumah orkid..

    BalasPadam
  16. So lovely that you have plenty of space at home for planting. My house ada pokok tapi buah tak cantik. Mungkin tanah ada masalah.

    BalasPadam
  17. Rajinnya berkebun byk dpt hasil, mcm kak rumah mmg takda tanah nak menanam pokok

    BalasPadam
  18. Bestnya rumah dan tanah. Boleh bercucuk tanam macam ni. Jimat kalau dapat hasil nanti.

    BalasPadam
  19. Land like this is way so convenient! My grandmother house has a very big land where she plant alot of fruits and flowers too. We used to eat the fruits they grow too!

    BalasPadam
  20. Akak, saya suka bercucuk tanam. Cuma takda tanah lapang aje. Sebab duduk rumah tinggi ni payah betul nak mulakan hobi berkebun. Ruang yang ada tu untuk sidai kain aje. Hahaha. Kalau tanam pokok kat situ juga, sian pokok cedera kena kain. Memang sempit.

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...