Lepas check out A Famosa terus la bertolak pulang. Habis sudah cuti2 di Alor Gajah. Till we meet again?. Entah bila la tu.
On the way back singgah dulu kat R&R untuk makan. Saya dan Dania kongsi makan steamboat soup. Mulanya Dania kata tak selera nak makan sekali saya punya steamboat soup dikatanya sedap. Udah la kena share berdua. Lawan tokey nampaknya.
Kami menuju ke rumah adik saya di Garden Residence Cyberjaya. Nampaknya adik saya lagi sorang nama Elza ni dah tolong masak nugget. Hehe.
Ni pulak anak Erma nama Musyafee. Retak tulang tangan sebab panjat bumbung gelongsor kat Taska pastu terjatuh. Berlaku beberapa hari sebelum majlis. Boys will be boys tak?. Nampak macam okay je la. Berjalan sana sini tu.
Erma adik saya jemput family belah kami, belah suami dan kawan2 anak dia Sofiah dan Adlina beserta keluarga juga jiran terdekat. Semuanya berkumpul dalam rumah ni ajer. Itu tak jemput saudara mara belah arwah mama kami lagi tu.
Ni keluarga belah suami Erma. Berumur tu ibu mertua Erma.
Pakai tudung bermata cantik ni sepupu kepada anak Erma. Boy tu anak Erma nama Eerfan. Birthday dia sama dengan adik saya Erma.
Bila clown dijemput untuk entertain anak2 kecik.
Lihatlah telatah Badut Si Mamat ini. Menghiburkan bukan?
Badut ni selain membentuk belon, buat juga silap mata.
Sambutan harijadi ni sekali anak Erma nama Sofiah dan anak Elza nama Zharif.
Zharif dan Sofiah bersama-sama potong cake. Zharif ni pemalu sikit orangnya. Sofiah Tahun 6 manakala Zharif Tahun 3. Kek ni ditempah daripada Fluff. Ferrero Rocher Cake namanya.
Makanan yang dihidangkan pada hari tersebut. Alhamdulilah. Roti jala dan pulut sekaya kata orang Kedah (serimuka pandan) ditempah daripada kawan saya Mariam.
Ni anak jiran adik saya. Pretty kan?. Banyaknya belon.....alehnya belon bentuk lollipop tu dia bagi kat Dania.
Err....Dania?...
Hubby bersama Musyrif Azzat di sebalik suara Mail Upin Ipin. 2 seringgit 2 seringgit.....Musyrif ni anak saudara belah suami Erma. Adik kepada kakak ipar Erma. Dah takde dah suara Mail ni. Nanti adik dia Azri Azzat pula berlakon untuk animasi Les Copaque ni. Watak tak tahu lagi.
credit : google
Suami saya beli 11kg durian kampung imported from Alor Gajah untuk dikongsi bersama. Boleh la makan untuk sesiapa yang balik lewat sikit. Kalau bukak awal-awal rasanya tak cukup. Alhamdulilah untuk rezeki hari ini. Saya beberapa ulas je dah cukup. 2-3 ulas ajer.
Event makan-makan ni best tapi lepas tu menyesal sebab bertambah kg. 😄😄😄
Apa pun...gathering bersama family tersayang memang best....
Gathering dengan family adalah moment paling menggembirakan..lama dah rasanya SA tak buat gathering since mak SA sakit..rasanya nak buat majlis doa selamat la nanti bulan 10..bagi mak betul2 kuat dulu..boleh ajak ramai- ramai saudara mara kan
BalasPadamSuch a great celebration and gathering... It's indeed a nice outing, from famosa to cyberjaya.. enjoy the rest of the outings!
BalasPadamYour sisters house look so huge and beautiful.perhaps a big family? glad you had fun. Family always comes first
BalasPadamSenangnya bisa berkumpul dengan keluarga sambil berpesta makan durian. Semoga sehat dan bahagia sekeluarga ya. Amin
BalasPadamBerkumpul dengn keluarga memang best sngat. Sis pun d2ngan adik beradik memang selalu buat gadering mcm ni. Selalu mmg luar dari kl..tapi setahun sekali je lah..😊
BalasPadamtengah musim durian ni hahah awat semua dok update durian huwassshh sedap nya nak nanges tengok ... jap kang nak p cari durian tepi jalan ni pun oket laaaaa
BalasPadamBestkan bila join gathering famili mcm ni. Kitaorg adek beradek sampai decide mesti kena keluar makan atau adakan makan2 bersama famili
BalasPadamEveryone seem enjoy the Bonding time together. Got nice food and Durian too. Wow, got clown too to entertain everyone
BalasPadamSeronoknya berkumpul ramaia-ramai macam ni. Makanan bawak sorang sikit pun dah jadi banyak, elok buat potluck macam ni untuk ringankan beban juagk..
BalasPadamMeriahnya berkumpul bersama family dengan jamuan makan hang bnyak . Makan ramai2 ni suasana dia lain skit sebab rasa seronok bila berkumpul .
BalasPadamwow...nmpk meriah betul la gathering family ni... siapa ada badut datang lagi.. dengan pesta makan durian.....bestnya tengok... seronok kan sebenarnya bile berkumpul macam ni..
BalasPadamkalau buat gathering macam ni memang seronok kan. dapat jumpa ahli keluarga, dan makan bersama.. budak2 lagi la happy
BalasPadamSuch a big house, I love family gathering like that, looks so fun adn warming as well Glad to see the kids enjoy themselves.
BalasPadamWah pesta durian! Ika suka makan durian.Jika ayah bawa balik durian kami semua berebut2 makan begitu sahaja or dengan pulut durian.Rasa bahagia je. Seronok ja kalau makan dengan keluarga apatah lagi gathering mcmni
BalasPadam