Selasa, Julai 17

Dari wedding ke A Famosa berkarnival

Pada 14 Julai 2018, lepas ambik Dania kat sekolah. Kebetulan Dania ada Hari Kokurikulum pulak kat sekolah. Terus menuju ke Alor Gajah. Rumah blogger Nad. Sebelum pergi sini dah siap-siap booked bilik hotel kat sini. Sesambil menyelam minum air la kan. Boleh la merehatkan minda walaupun 1 malam je kat sini. 

Tiba je kat rumah pengantin, jumpa dengan ayah Nad dulu kemudian kami makan. Best betul ada kuih cakoi ni. Jarang la kat rumah pengantin ada kuih cakoi. Betul tak?. Katanya kuih cakoi famous kat Lendu ni. Haaa haruslah cuba ye tak?. 

Selamat pengantin baru Nad...moga berbahagia sehingga ke akhirnya. 

Balik je daripada rumah pengantin baru nak check in kat A Famosa sebab check in time jam 4 petang. Bolehlah berehat, mandi dan solat dulu sebelum kami ke Freeport. Dekat sangat Freeport ni. Sebelah A Famosa Resort ajer. 

Bilik yang dipilih ialah bilik yang mempunyai 2 katil queen. Anak dah besar kena la pilih katil yang luas juga kan. 



1 katil ayah, ummi pulak share dengan Dania. 


Tempat mandi dengan sebelah ni ada bath tub juga. 


Dalam jam 6 petang jalan-jalan kat Freeport tu sebelum balik hotel dinner. Kami dinner dalam hotel je. Ingat nak makan ikan bakar malam nanti tapi disebabkan dapat bekal nasi, lauk dan kuih-kuih dari rumah pengantin jadi kami dinner tu ajer la. Terima kasih kat family Nad

Lepas Maghrib terus menuju ke Cowboy Town untuk menonton show Carnival. Stay hotel kami kat sini include Carnival ni. Kalau tak nak pun boleh ajer. Murah la sikit. Kami include sebab nak bagi Dania menonton balik Carnival ni. Masa gi dulu-dulu Dania kecik lagi. Dia dah tak ingat pun pernah pergi Carnival. 

Persembahan awal ni dimulai dengan melepaskan burung merpati dan animal feeding. Kambing akan dilepaskan juga untuk diberikan makanan oleh penonton. Ngeri gak saya kalau kambing datang dekat. 😃😃😃. Ada unta dan kuda juga. Kalau nak bagi makan, kena beli la pek makanan yang dijual. Macam ayah Dania beli pek carrot untuk bagi makan kat unta dan kuda. Harganya RM5 satu pek. 

Beca berlampu pun ada jugak masa parade. 


Persembahan tarian daripada group cowboy ni. 


Persembahan kereta berhias. 





Highlight of the night mestilah pertunjukan bunga api ni. 


Lepas Carnival tu ada banyak la aktiviti kat luar ni. Salah satu diantaranya bumper car. Dania naik dengan ayah dia. Ada lagi 2 - 3 kereta yang occupied juga. Saya pilih ambik gambar je lah. Harganya RM10/seorang. 


Naik tram ni Dania takde lah berminat sangat tapi err err saya yang nak. Harganya affordable iaitu RM2/seorang. Ada juga masuk laluan macam gua gelap pastu ada muka menakutkan pulak. Idak la takut sangat cuma topeng-topeng je kot tapi bebudak mungkin cuak jugak. 😅😅😅


Kat luar kawasan cowboy town ni ada kolam ikan. Nak bagi makan kat ikan ni ada machine jual makanan ikan. RM1 tapi kena masukkan coin 50 sen x 2. Disebabkan cuma ada 1 ajer coin 50 sen, tak jadilah nak bagi makan ikan. 🐟🐠🐡

Tamatlah aktiviti kat A Famosa pada malam ini. Balik bilik kami rehat la cuma hubby turun balik nak tengok perlawanan semi final bola kat screen besar kat bawah. Saya dan Dania ajer malas nak join. Not our cup of tea....😄😄😄

24 ulasan:

  1. syok nya dapat pergi wedding yang meriah... a famosa karnival ni pun seronok... bagus nya dapat enjoy macam ni..

    BalasPadam
  2. wah bestnya aktiviti.airah pernah pergi freeport tu sekali je. ni hujung tahun nak datang melaka lagi tak sabar nak berjalan

    BalasPadam
  3. I pernah tido kat famosa tu sekali. Ms tu ada kursus. Tapi tempat ni menarik kan. I plg suka tgk persembahan api dll. Rajin u pg kenduri jauh2 heheh

    BalasPadam
  4. Have been to Melaka so many times but didnt know there is Cowboy show. Definitely going to this show the next timeeim in Melaka. Thank you so much for this post

    BalasPadam
  5. Wah... Your lifestyle really interesting... Going here and there like teleport... Hahaha... Never been to Melaka since primary time... Wuahh.. should plan it

    BalasPadam
  6. Kita tak pernah sampai Afamosa resort ni lagi hehehe tapi tempat ni masih menarik walaupun ada banyak tempat kat luar sana ia tetap menjadi pilihan hati untuk berhat dan bercuti bersama keluarga...

    BalasPadam
  7. Menarik aktiviti dekat A Famosa Resort ni. Bilik dia pun namoak cantik dan selesa. Nanti boleh cuba check in sini pula. Thanks sharing

    BalasPadam
  8. serononya, pergi kenduri sambil jalan-jalan , nginap hotel terus..best macam ni..seronok anak-anak. Nad rancang nak pergi melaka nanti..

    BalasPadam
  9. Pernah juga ke A'Famosa ni, duduk dekat banglo resort dengan seluruh kaum keluarga. Memang best kalau berkumpul adik beradik kat sana...suasana best. Malam pergi ke cowboy tu..anak2 memang happy sangat

    BalasPadam
  10. Uniknya cowboy carnival tu. Dah lama tak masuk A Famosa, banyak benda taktau. Maybe boleh survey lepasni bawak anak jugak..

    BalasPadam
  11. Lama tak jalan-jalam melaka .Best juga afamosa bila malam yer . Banyak aktiviti menarik boleh join sekali . Spent time dgn family lagi berbaloi .

    BalasPadam
  12. Ramainya nih acara kenduri. Wedding plus ke Famosa pasti senang lah. Menikmati keramaian pesta dengan banyak pertunjukan.

    BalasPadam
  13. Tu dia, 2 in 1 orang kata. Sambil pi kenduri, sambil makan angin. Terbaik!!! Kalau saya pun, saya buat macam tu. Bila lagi kan nak enjoy and take a short break

    BalasPadam
  14. Bestnya jenjalan kat Melakaaaa. Dah lama rasanya tak pergi ke Melaka. Tak silap kali terakhir pun beberapa tahun yang lepas.

    BalasPadam
  15. The safari looks like fun, kids will love activities like that and there's even fireworks!

    BalasPadam
  16. amboih.. jalan-jalan yea.. banyak aktiviti kat kota A Famosa tu.. teringin pulak nak pi.. alamak ada bumper car.. kegemaran TB tu.. duluu.. hahaha.. sekarang kalau naik mesti pening kot.. dah tua.. kih3..

    BalasPadam
  17. Pernah tidur di Famosa tuh. Memang seronok. macam macam aktiviti boleh buat dekat sana. Anak anak memang seronok pergi sana.

    BalasPadam
  18. Lama xgi kena kahwin.hehe. mmg best kan AFamosa ni..lama tak kesana..rindu nk tgk carnival..

    BalasPadam
  19. Seronoknya akk! Mesti enjoy dgn famili kat AFamosa ni... Sy pun dah bawa famili dan ank pergi AFamosa staycation 2 kali ... mesti sesuai utk seisi keluarga.

    BalasPadam
  20. Nampak menarik, teringin nak pergi bercuti lagi

    BalasPadam
  21. uishhhhhhh, lambat jugak eh kak check in time dia, kul 4pm haaaaaa.... apapun, yang penting all family akak happy dan enjoy masa di Melaka :)

    BalasPadam
  22. Hari tu Rawlins stay kat villa kat A Famosa gak tapi kami sekawan just stay kat villa, tak explore pun ke town bagai. Hehe. Meriah kan A Famosa

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...