Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, April 6

Warna warni SPM 2021

Sekarang ni SPM macam confuse sikit sebab tak ambik masa tahun semasa. Ambik SPM tahun depannya. Oh ya lama dah tak bersiaran kat blog ni ha sebab saya sibuk sikit dengan anak yang nak exam ni. Nak kena pantau juga sesekali walaupun Dania ni sejenis yang akan ikut rutin dia. Kadang ada kelas tambahan kat sekolah, balik lewat sikit kemudian bila kes Covid mencanak naik, sekolah dah tak bagi buat kelas tambahan bersemuka dan hanya dalam talian sahaja. Apa pun ini cabaran yang dihadapi oleh batch Dania ni. 

Ok...pada 2 Mac yang lepas, Dania mula paper pertama iaitu paper Bahasa Melayu 1. Gap paper 1 dan paper 2 lama juga jadi tiba2 dapat call dari Dania kata dia nak balik. Habis pagi tu jam 10, kemudian sambung balik jam 2.30 petang. 
 

Ni muka hantar balik ke sekolah jam 12.30 tengahari. Siap mandi dan makan tengahari lagi kat rumah. Solat Zuhur kat sekolah sebab takut tak sempat kalau solat kat rumah. Pengurusan masa ni sangat penting masa exam ni. 


Ni muka Dania setiap hari. Ummi ambik gambar sebab nak buat kenang-kenangan. Ada hari muka ceria, ada hari muka terkejut, ada hari muka takut. Hehehe. Tu yang banyak muka dia je sebab ada 9 paper...




Pada permulaan Dania exam, saya ada mohon kat sekolah untuk bantu masa coffee break. Saya punya la menunggu bila la saya dibenarkan untuk membantu sebabnya tak boleh ramai sangat kat sekolah sebab Covid-19 ni la. Sekolah pun nak berjaga-jaga kan?. Sementara menunggu tu saya redha kan la hati saya kalau tak boleh bantu sekolah pun. Mungkin Allah nak suruh saya berzikir masa Dania sibuk exam. Takpelah saya redha je. Akhirnya dapat.....(Bila dah redha tu dapat) Ya allah memang happy sangat2. Ni la saya beriringan masuk sekolah dengan Dania. Masa ni Dania nak ambik paper Matematik. 


Ni gambar Dania masa habis paper. 
Fairy Tale lane ni, beberapa kawan sekelas Dania yang buat sebab menang pertandingan Mr. DIY dan Universiti Malaya dapat No. 3 jadi Mr. DIY sponsor semua barang kat sini. 


Masa Fizik ni ummi tak dapat nak hantar sebab tak sedap perut. Untuk pengetahuan, saya co pilot je. Driver dia ayah Dania. Setiap hari kami berdua akan menghantar Dania untuk pergi exam SPM. 




Hari ni adalah hari terakhir paper SPM Dania. Hip hip hooray dalam hati ummi tapi kalau tengok paper nya agak cuak jugak. Dania takut juga dengan paper Matematik Tambahan ni. 


Setiap hari akan ada makanan pagi yang disediakan. Kalau ada paper petang, makanan tengahari turut disediakan. Ini semua hasil sumbangan ibu bapa ye. Psst psst....saya risik2 ada dekat belasan ribu tau sumbangan yang diterima. Ada seorang parent tu donate setiap kali RM1,000 beberapa kali pulak tu dalam minggu yang sama. Moga murah rezeki pemberi. 


Dania dari jauh lagi dah nampak cikgu add maths Puan Banu yang rajin buat kelas tambahan jam 6.30 pagi ye. Kelas yang dinamakan sunrise tu dibuka kepada semua pelajar yang nak masuk walaupun Puan Banu tak ajar kelas tersebut. Puan Banu dengan sign peace. Hehe. 


Sempat ambil gambar ni. Ada juga murid menumpang kat sekolah Dania ni. Mostly dari sekolah swasta di sekitar Bangi. 


Lepas habis coffee break saya nak berjalan ke kereta, suami dah tunggu ternampak pula junior sekolah menengah. Boleh saya kurang cam sebab beliau pakai face mask. Akhirnya baru kenal. Ada meeting kat sekolah Dania katanya. 


Lepas tu masa tengahari saya ke sekolah pulak untuk tunggu delivery belon. Ya saya order untuk bagi ceria sikit stage tu. 1 belon besar diapit 6 belon helium kecik. 


Belon besar ni ada tulisan Terima kasih Cikgu cikgu JESS. Dalam belon yang besar ada beberapa biji belon juga. Kemudian, lepas set up belon ni saya balik dulu tapi sempat pulak tanya 2 orang pelajar lelaki ni tentang paper Matematik Tambahan 1 ni, katanya paper Matematik Tambahan 1 senang daripada paper trial Matematik Tambahan negeri Selangor. Walau tak jumpa Dania tapi saya macam ceria sikit bila dengar. Paper trial negeri selangor agak seram sampai cikgu Banu pun cakap, kesian kamu semua paper agak susah. 

Sebelum ni kedengaran paper SPM Matematik agak susah juga sampai Puan Banu kata saya harap paper Matematik Tambahan ini tak jadi macam paper Matematik yang agak susah. Saya pesan dengan Dania jangan fikir sangat paper yang dah buat. Fikir ke depan. Takut mood nak ambik exam takde. 


Lepas handle belon, saya balik. Suami dah tunggu depan sekolah. Sama2 ambik kek yang saya tempah untuk cikgu2 dan pentadbir iaitu Victoria Sandwich Cake dan apam beras. Apam beras ni berbentuk bunga. Order kat Rumah Kueh Kak Zu. Beli juga beberapa kuih untuk diri sendiri dan naked kek Victoria Sandwich ni sebab takut kempunan. 


Jam 3 petang saya dah ada kat sekolah untuk bantu apa2 yang patut. Ini diantaranya nak masukkan kek ke dalam bekas kecil. Kek ni ialah kek butterscotch Zetty. Agak leceh sebab kek atas tu berkrim jadi bila saya masukkan ke dalam bekas kekadang tertonggeng dah terkena krim tu, comot pulak. 😅. Kena panggil pulak masa buat ni, tiba2 ada yang minta saya uruskan belon pulak. Dah stop tugas ni nak kena handle belon. Nak kena alihkan belon saya susun tadi sebab Datin Pengetua nak berucap dan ada juga sesi bergambar kenangan. 


Pendek kata apa sahaja kerja yang saya nampak, saya bantu. Tak kiralah kerja cikgu ke apa ke sebab kalau saya tak bantu, takut tak sempat sediakan sebelum pelajar SPM selesai paper terakhir. Bagi Dania, 24 Mac ialah paper terakhir tapi masih ada pelajar yang paper terakhirnya pada 28 Mac 2022. Paper Bahasa Arab dan Bahasa Tamil.                            

Untung juga hari terakhir peperiksaan dijamu pula dengan McDonald's. Seronok mereka walaupun McDonald's ni hari biasa pun mak ayah boleh beli tapi extra special sebab sekolah yang bagi. Ada air kotak yang sejuk, ada brownies untuk setiap seorang dan kek untuk setiap seorang. 

Gambar di bawah pun di ambil dari fb SMK Jalan Empat. Ada guru yang ambil dari tingkat atas. Dania solat kat saf depan sekali. Belah kanan telekung warna cream diapit dengan telekung pink (kawan baik Dania nama Zalilah) dan telekung hitam. Nampak macam Dania bentang sejadah kecik yang mak Zalilah beli kat tanah suci. Ummi tengok kat sekolah pun dok jalan sama2 dengan Zalilah je. Kawan dari Tingkatan 1 lagi. 

Kat meja belakang boleh nampak susunan McDonald's. Terima kasih ibu ayah yang menyumbang. 


Ada sesi solat asar, sujud syukur, sesi bergambar dan juga sesi menyanyi lagu sekolah buat kali terakhir. Datin pengetua pun ada potong kek dan guru yang ada dapat la bawa balik kek dan apam beras. Nampaknya laku keras tu. Apam beras di kalangan guru memang laku la tapi kalau bagi apam beras untuk anak2 maunya tak laku sebab apam tu pun kuih orang lama. 

Kat sekolah tu pun saya bawa kamera video untuk merakamkan momen terakhir hari persekolahan. Lewat petang juga baru selesai semua jadi saya terpaksa mengundurkan diri awal sikit sebab nak solat asar. Terjumpa pula Datin Pengetua nak ajak bergambar. Ambik gambar ni pun kat fb sekolah. 

Selesai sudah perjalanan Sekolah Menengah Dania. Nak datang sekolah balik untuk keputusan peperiksaan SPM nanti. 

Bye SMK Jalan Empat for now. 

Panjang pulak post yang ni. Hehe...


***Post ni untuk kenangan. 

XOXO,
Ezna

14 comments:

  1. Syahdu pula baca :)
    Moga Dania & kawan-kawan akan beroleh keputusan yg cemerlang aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ummi dia yang tulis post ni rasa sebak ajer. Tau2 dah habis sekolah menengah. Aamiin di atas doanya....

      Delete
  2. Semoga cemerlang keputusan SPM Dania nanti.
    Lepas ni bolehlah amek peksa sekolah memandu pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Memang tengah ambik pun. Hehe. Terima kasih mendoakan.

      Delete
  3. Semoga Dania dapat keputusan yang cemerlang untuk SPM . Jasa seorang pendidik memang takkan dapat dilupakan. Best nya kat sekolah Dania ni .. macam kita dapat rasa bonding cikgu n anak murid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Kalau sekolah kementerian selalunya macam inilah bonding anak murid dan guru. Jasa pendidik tidak terbanding.

      Delete
  4. Wah bagus nyer sis rakam semua ni dan masuk kat blog sebagai ingatan. Semoga Dania dapat keputusan SPM yang cemerlang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kelly. Nak kekal di ingatan memori hari terakhir sekolah.

      Delete
  5. Tentu Dania happy mak dia tlskan catatan kenangan SPM 2021 dgn ni dia rasa lbh bersemangat dan rasa dihargai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Halimah. Moga Allah permudahkan perjalanan Dania yang seterusnya.

      Delete
  6. Rasa syahdu apabila rakam dan seterusnya mengingat kembali momen-momen bersejarah anak-anak kan Kak Ezna? Tini pun selalu dok snap sana snap sini. Pastu, bila tunjuk gambar kat anak-anak, terus masing-masing pun back to the future, ingat balik apa yang berlaku masa gambar diambil. By the way, semoga Dania mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2021.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mendoakan. Memori ni tak akan diulang lagi. Ambik banyak2 gambar untuk kenangan di kemudian hari....

      Delete
  7. Setelah perhatikan akak sering post tentang perkembangan anak dan rajin pula tu. Saya bangga lah ibu ibu boleh buat semua ni. Mesti Dania bangga apabila akak ambil perhatian tentang pendidikan dia dan selalu bersama dia. All the best Dania untuk zaman universiti pula k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti lepas ni kat Uni dah takde dah kot penglibatan ibu ayah. Kat sekolah ni je kot yang ibu ayah boleh aktif. Errr kalau perlukan penglibatan ibu ayah kat Uni....entah2 akak yang akan sukarela bantu tak....hehe...

      Delete