Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, April 13

Sehelai gaun makan malam | JESS Senior Night

Excited sungguh saya bila Dania kata ada Senior Night lepas habis SPM. Terus survey kat website Modanisa. Mungkin ummi Dania yang terover 'happy' ni. Hehe. Kalau nak tahu Modanisa ni online shopping dari Turki. Kat sini banyak Evening Dress muslimah jadi memang sesuai sangat la kalau nak cari untuk Dania. Baju2 pun memang banyak yang muslimah la. Kena beli awal2 juga sebab majlis dijadualkan pada 1 April 2022. Awal Mac dah order. Dania yang pilih sendiri dan nak sesuaikan dengan tema glitz and glitter. 

Kat bawah ni dah prepare semua top to toe untuk Dania. Dania tak mintak pun. Dia tergamam ummi dia nak beli. Hehe. Bila ummi beli, Dania yang pilih yang mana dia berkenan. Sama macam arwah mama dulu beria siapkan saya bila ada dinner. 

Cekak : Lovisa
Kasut : Parkson, Alamanda. Buat kasut raya terus la...
Hijab : Warna milo glitter kat booth dalam IOI City Mall.
Face mask : Online Shopee, 3 ply. Dibuat oleh komuniti wanita kat Kedah dari kain songket. 
Gaun malam : Modanisa. 

Ada anak perempuan ni syok pula nak hias mereka. Masa kecik-kecik dulu suka belikan dress. Dah besar ni jarang Dania nak pakai dress. Selesa berseluar panjang ajer. 


Jom check apa yang ada dalam beg Dania. 

Perfume mist : Eau So Sexy, Victoria Secret. Kalau mist ni bau dia lembut je.  
Eye liner dan compact powder : Simplysiti. Eh compact powder dia smooth ajer. Best.
Lipstick : Solek 
Lip Balm : Victoria Secret. 


Malam yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Dania kena tiba awal kat Hotel Bangi Resort ni untuk pakai baju graduation dan ambik gambar. Saya datang hantar sesambil tu ambik gambar dulu tengah orang tak ramai. 


Inilah barisan kawan2 Dania yang paling rapat kat dalam kelas. Sama kelas dari Tingkatan 4 lagi. Dari kiri Zalilah, Rabiatul dan Dania. Semua pakai baju blink blink. Ketiga-tiga mereka sejenis yang tak banyak cakap dalam kelas. Kalau cakap pun mungkin antara dengar dengan tak. Berkenan pulak ummi dengan peribadi anak-anak macam ni. 

Gaun makan malam Dania ni dari lace dan ada juga sequin. Kalau kena cahaya dia berkilat la. Lepas tu ada chiffon menutupi belakang sehingga ke tepi. Sopan je gaun malam ni. Ni kiranya dalam kategori 'modest evening dress'. Labuh juga dress ni sebab orang Turki tinggi2 kot. 


Cantiknya dewan dia. 


Saya datang awal lepas tu nak anak dok depan jadi saya chop la meja depan jugak la ni. Macam selari dengan meja saya nanti. Saya dijemput juga sebab ada guru nak saya dan seorang lagi ibu hadir. Rasionalnya nak jadi pemerhati majlis ni sebab tak involve guru2. Faham kan?. 


Hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah. 


Lagi hadiah....paling grand hadiah speaker tu. Kebetulan pemenangnya yang jadi emcee pada malam tu. Penolong Ketua Pengawas. 


Masa ni Dania dan kawan2 tengah beratur untuk pakai jubah graduasi. Belah kanan sekali Aisha. 


Tarik Dania kejap untuk ambik gambar kat tangga ni. Lepas ni saya terus balik dan datang balik selepas maghrib. Bagi Dania bermesra dengan kawan-kawan dia la. Ummi tak nak kacau.  


Ni masa majlis bermula. Setting backdrop pun kemain cantik.

Ada drone juga, kat luar pun ada photo booth. Memang happy la saya tengok pun. Sepanjang majlis pun ada photographer. Bagi saya satu majlis yang tak akan dilupakan. Ada juga band dari sekolah Dania bernama Futura. 


Saya dan kawan.


Masa ni dewan gelap sebab lampu dipadamkan. 


 Sempat juga ambik gambar dengan Dania kat luar dewan. 


Ni pemenang best dress untuk lelaki dan perempuan. Kebetulan pula bajunya warna merah sama-sama. Lelaki ni macam susah juga nak pilih sebab rata2 pakai kot warna hitam jadi yang warna lain tu kira pemenanglah. Hehe. Perempuan pula kemain semua melaram. Pun susah nak pilih 😂


Hadiah best dress pula teddy dan famous amos cookies. Bear pink untuk perempuan dan bear baju biru  untuk lelaki. Dania yang pilih ni. Ni saje saya nak bagi ni. Harap penerimanya tahu ada cookies dalam kotak sebab ringan je tu. Dah siap packed and seal untuk kesegaran. Kalau saya yang pilih hadiah mesti nak yang comel ajer. 



Prom King & Queen ni dipilih melalui undian. Geng pelajar perempuan ni pakat2 pilih dia jadi pemenang sebab agaknya dia dan family yang anjurkan senior night ni. Mungkinlah. Nampak dia je yang menonjol. Hadiah ni tajaan ibunya....


Apa pun majlis berjalan dengan lancar cuma akhir tu je la lewat sikit daripada yang dijadualkan jam 11 malam. Udah yang kenal saya tanya anak dah balik ke tak. Bukan mudah tugas pemerhati ni. Nak kena tengok juga ada tak perlakuan yang kurang sopan....jenuh juga saya cakap kuat sesiapa yang nak balik boleh balik bila dah masuk 12.30 tengah malam. Knowing mungkin malam last dah kan. Ramai sibuk ambik gambar lagi. Saya pulak nak kena balik awal juga sebab esoknya 2 April, Dania dijadualkan untuk masuk kelas kpp01 untuk memandu. Sudah....

Apa pun saya rasa anak-anak ni teruja dengan majlis malam tu. "A Night to Remember". Terima kasih kepada penganjur. Makanan kat meja VIP pun sedap. Hehe. 



XOXO,
Ezna






































































































































19 comments:

  1. seronok nya tgk..mesti diaorang pun enjoy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya begitulah. Rezeki mereka majlisnya sampai macam ni sekali.

      Delete
  2. Bestnya zaman sekarang ada acara sebegini bagai. Dulu makan-makan kat sekolah je, tu pun kalau kelas nak buat hahaha
    Cantik plak baju Dania tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la zaman sis dulu sama la...makan2 hari last sekolah. Boleh pakai baju apa2 ke sekolah. Tak pernah la nak buat kat hotel ke.

      Delete
  3. ummi dania yg excited kan hehe...cpt masa berlalu kan..dlu2 kecik2 je..now dh abis spm pn..tklama lg bole dpt menantu dh ezna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Amy, Ummi Dania yang terlebey sudah....haha....cepat betul masa berjalan.....tik tok tik tok....tau tau dah nak masuk Uni.

      Delete
  4. Seronok kan bila dah boleh join semula majlis besar macam ni pakai baju cantik2 hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sangat tapi sis pakai baju biasa ajer la. Kasi chance anak. Zaman sis dah berlalu. Haha

      Delete
  5. Best nyaaaa ada dinner macam ni .. dlu xde pon gini hehe tak sabar nak tunggu turn anak kita pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak grand sangat walaupun kita ni jemputan ajer. Sure maknya yang excited. Confirm!

      Delete
  6. Best kan ada majlis macam ni, teringat zaman study dulu time university! Meriah ye dan best ada kenangan bersama kawan2 sebab masing2 bawa haluan ke menara gading!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time study, Uni life memang ada la dinner macam ni. Kalau time sekolah, my time semua buat kat sekolah ajer.

      Delete
  7. Cantik dan elegent, apapun baru tau ada website Modanisa ni, nnt blh mntk wife tengok2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena check website tu dan insya allah boleh dipercayai cuma barang tu ambik masa la nak sampai Malaysia sebab dari Turki.

      Delete
  8. seronok kalau i jadi dania.. hehe tapi cantik baju yg u belikan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 Dania seronok la. Tak mintak pun dapat...kemahin...hehe....

      Delete
  9. Besarnya dewan dia. dan event pun nampak cantik. Dah lama tak join event macam ni, dapat pakai baju cantik-cantik

    ReplyDelete
  10. Wow what a grand event and can meet up ramai ramai, I like your dress too.

    ReplyDelete
  11. love reading this post! :) brings back great memories when i was young and in university. you looked amazing during the event btw :)

    ReplyDelete