Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, April 11

Langkawi Pulau Lagenda | Final Day

Hari nak berangkat balik dah ni. Check laci ada teh, nescafe, gula....siapa suka kumpul ni?. Hehehe. Ni memang kita boleh ambik. 


Sementara tunggu ayah check out, kita ambik gambar kat sini dulu. 


Ni lah  hotel 3 hari 2 malam sepanjang kami di Langkawi. Selesa sangat dan staff memang peramah. Terutama adik bell boy tu ha...tengok reflection tu hotel ni memang mengadap laut. 


Background menarik. 


Saya pulak la, asyik gambar orang lain je. 


Kereta ni akan ambil kita kalau kita parking jauh daripada hotel. Kalau ikutkan takde lah jauh mana tempat parkingnya. 


Selepas dah breakfast dekat dengan Kolej Vokasional Langkawi, niat nak makan kat Nasi Lemak Kelibang tapi tutup pulak jadi kami sarapan dekat2 situ je la. Lepas sarapan terus kami ke airport. Tiba airport jam 9.30 pagi. Awal juga la sebab flight kami jam 11.25 pagi. Elok awal dari lambat. Ni ambik mirror selfie dalam tandas airport. Hehe. 


Bila counter drop bag dah buka, kita pun check in bag. Kiranya diantara orang terawal yang check in bag la ni. Check in dah siap awal lagi jadi senang la. Print boarding pass kat hotel je. 


2 bag dah masuk. 


Datang berat 29kg. Balik, berat beranak jadi 34.5kg. 


Minum dulu kat Old Town White Coffee nak habis masa sebelum masuk boarding gate. 


Boarding Gate dah ni. Dengar beberapa kali panggil nama penumpang pesawat yang sama. Entah la sempat naik ke tak tu. 


Selamat di atas awan. Pilih row 23 jugak cuma kali ni belah kanan pulak. 


Tiba KLIA, singgah beli M&M's pulak. Ada diskaun. 


Makan dulu kat food court dalam KLIA sebelum catch our ERL. Sangat2 senang naik ERL ni. KLIA ke Putrajaya Sentral tu RM9.40/sehala. Setiap seorang dah siap Touch and Go masing2. Senang.  Cumanya kalau terbang berbelas jam tu, naik ERL tu dengan bawak beg2 berat tu agak rasa penat dan kepala pun ting tong macam kami baru balik dari US. Ya ampun rasa penat sangat2 badan. Jetlag pun ya jugak. 


Dalam ERL, sweater ni yang saya belikan untuk suami sempena birthday 28 Mac. Oh ya masa balik ni harijadi suami. Malam sebelumnya dah bagi hadiah dah sebab hari nak balik tema kelabu, hitam dan putih. Sweater ni beli online kat Valiram 247. Dah beli siap2 last year lagi masa Valiram buat sale. Dah siap basuh dah pun (sorok-sorok basuh...tak nak terkantoi). Gi tengok sana kaih. 


 Moga ada rezeki untuk kami bercuti sebelum Dania masuk belajar nanti. Tengok la macamana...



XOXO,
Ezna

14 comments:

  1. Seronoknya bila baca kisah dan pengalaman orang pergi jalan-jalan! Kita pun feeling sama hee

    ReplyDelete
  2. So nice that Dania got to travel 1st before pursuing study, miss Langkawi a lot especially the duty free shopping for chocolates :D ha ha
    Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Wah. Dah balik dah ye. Tak tapau coklat kat Langkawi ke? Rawlins akan tapau minyak urut dan coklat kalau ke sana.

    ReplyDelete
  4. Langkawi is such a beautiful island. I miss traveling there. I'm glad that you enjoyed your vacation. Lovely write-up. And love your pictures. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  5. Insha Allah, ada rezeki boleh bercuti lagi :)
    PH ni dah lama tak ke Langkawi...

    ReplyDelete
  6. Wahhh meriah tgok org dapat travel ke langkawi.. Kita xdan lagi.. Rancang tahun 2020 msh xpergi2 tiiket asik hold je... Hrp thun ni jd la... Cntik la tempatnya... Boleh msuk list ni

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat travel ke Langkawi, memang dah lama sangat tak ke Langkawi ni rasa sebelum PKP lagi tak jejak sana. Teringin pula nak ke sana.

    ReplyDelete
  8. biarpun sekejap percutiaan u.. tapi tetap seronokkan..!teringin pula nak
    ke langkawi

    ReplyDelete
  9. Seronok kan bila dapat g bercuti with family! Rindu nak explore Langkawi juga ni, hopefully soon maybe after Raya la nak g cuti2 juga.. puasa ni malas jadinya nak berjalan2 haha! Limited boleh buat!

    ReplyDelete
  10. Seronok kan bila dapat g bercuti with family! Rindu nak explore Langkawi juga ni, hopefully soon maybe after Raya la nak g cuti2 juga.. puasa ni malas jadinya nak berjalan2 haha! Limited boleh buat!

    ReplyDelete
  11. that is an ideal last vacation day! a good sleep, and amazing breakfast, and a comfortable and slow travel home. cant wait to travel again!

    ReplyDelete
  12. Memang kalau stay Westin ni pemandangannya cantikkan, ada rezeki nak stay sini juga kalau ke Langkawi.. Sis kalau stay hotel kopi tu semua habis di minum aja hahaha

    ReplyDelete
  13. Memamg lama sangat kita tak sampai Langkawi ni huhuhu rindunya nak pergi sana bestnya dapat jalan2 rehatkan diri...

    ReplyDelete
  14. wow bestnya jalan-jalan. Walaupun Langkawi je, tapi pengalaman naik flight tu dah lama tak rasa. Coklat pun boleh borong ni

    ReplyDelete