Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, April 8

Langkawi Pulau Lagenda | Day 2

Kami tak ambil buffet breakfast kat hotel. Kali ni bebas la pagi tu nak makan kat mana. Rekomendasi staff Westin, kami ke sini. Nak tahu nama tempat ni?

Warung Roti Canai Penarak
Jalan Inderaloka 
Kuah 07000 Langkawi

Tempatnya kat kawasan desa di mana tak sibuk la kat sini. Risaunya sebab kami nak parking kereta sewa ni bukan boleh kat tempat sembarangan. Takut kena saman kan. Lagi takut juga kalau menghalang lalulintas. Bila tengok orang semua park tepi jalan, kami pun park tepi jalan juga. Family photo dulu sebelum sarapan tiba. 


Ni roti sarang burung ni. Ada daging kat atasnya. 


Ni saya punya. Saya order takde daging. Bila makan, sangat sedap dengan kombinasi roti, telur, bawang, cili merah, daun bawang dan kicap tu. 


Ambik gambar Dania berlatarbelakangkan Warung Roti Canai Penarak. 


Explore pantai dekat dengan hotel dulu sebelum bergerak ke Kereta Kabel. Cuaca baik pagi ni. Pantai kat Langkawi ni memang cantik sungguh la. 


Kolam kat sini kami tak mandi. Kami mandi kat kolam bahagian lain. Banyak kolam kat Westin ni. 


Dulu masa kecik2 asal cuti Langkawi, hotel ni lah yang saya dan adik beradik menginap tapi masa tu namanya Sheraton Perdana. Banyak kenangan kat sini....dengan arwah mama dan papa 😭


Bergambar kat tepi tangga pusing. Cantik background dia. 


Tengoklah.....macam muzium kereta mewah. Ada group kereta mewah menginap kat sini. Ada Ferrari, Lamborghini, McClaren dan Rolls Royce. Kalau tengok IG Bonda Rozita (ibu Aliff Syukri) ada bergambar dengan kereta-kereta ini. 


Next pitstop, Langkawi Cable Car. Masa tiba kat Langkawi Cable Car ni cuaca memang panas. 


Bila tiba kat station tengah ni cuaca bertukar jadi berawan pulak. Macam nak hujan. Dania agak gayat nak bergambar kat sini. Background belakang tu cantiknya. 


Masa meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Mat Chinchang ni, agak berangin. Bergoyang gondola kami ni. Cuak ya amat ye. Sesekali ada guruh jugak. Lepas tu gondola macam berhenti kejap dan tali kabel tu adjust naik turun untuk ngam dengan cuaca agaknya. Eiiii seram sangat2 ok. 


Ok dah tiba kat skybridge. Nak jalan kat tengah tu memang tak la. Suami je yang berani. Hehehe....Dania sama dengan ummi. Sesambil tu makan makanan rapu yang beli kat kedai bawah. Hehe. Naik atas ni lapar pulak. 


Nasib baik makan senonoh. Ada pulak kawan tegur. Kawan masa ambil diploma dulu. Ambil la gambar beberapa keping bersama. Sempat la borak2 tanya khabar kat atas gunung ni haa....


Ni pulak masa tengah tunggu skyglide. Hujan pulak kat atas jadi tumpang teduh kat bawah ni. Ada 2 cara nak pergi ke station gondola dari skybridge. Samada naik skyglide atau jalan kat titi gantung. Haa mana satu pilihan anda?. Saya memang naik skyglide tu pergi dan balik. Tarikan baharu juga kat sini sebab sebelum ni takde. 

Ni Dania bergambar dengan anak kawan saya yang baru lepas habis SPM. Sama maam Dania last paper Matematik Tambahan. Moga keduanya beroleh kejayaan yang cemerlang tertinggi. Insya allah. 


Kami nak berjalan ke arah belakang ni ada cafe. Ingat kot nak minum kat sini sambil menikmati permandangan atas gunung. Nak turun pun satu hal kecut perut jugak. Tak singgah sebab bila pergi penuh orang minum kat situ. Takde meja kosong. 


Haaa tudia...steepest cable car in the world. Amacam? Ada berani. Saya buat2 berani ajer ni. 


Alhamdulilah, selamat tiba dah kat bawah. Cuaca panas dan lebih baik dari masa kami atas gunung tadi. 


Kami makan dulu kat food court kat cable car ni. Takde pulak gambarnya. 

Next, makam mahsuri.

Bayaran untuk ke Makam Mahsuri ni RM12 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak. 

Dania bergambar kat tangga rumah Mahsuri. Dania dan ayah dia je yang naik. Ummi dok bawah je la. 


Rumah Mahsuri dari arah tepi. Cantik binaan bangunan kayu ni.


Telaga mahsuri. Kedalamannya dalam 5-7 kali ganda kedalaman perigi yang ini jadi memang dalam ya. 


Lepas Makam Mahsuri tu balik Westin balik. Rehat dan solat...malam keluar balik nak makan malam pulak. Kali ni suami belanja kat Kak G Desa Permata Ikan Bakar. Ikut waze ajer pun. 

Masa memilih ikan bagai kat Kak G ni, ada seorang perempuan ambik order dan bagi idea la nak masak apa. Rupanya Kak G sendiri yang ambik order. Ramah sangat. 


Kejap je tunggu kat meja, order pun sampai. Orang pun tak ramai lagi. Jom tengok apa yang kami order. Sotong celup tepung. Dania mengulang makan ni. Sedap. 


Ikan sebelah goreng. Rugi pulak ambik seekor sebab sedap la ikan ni. Harga RM2 seekor. 


Dua ekor ketam masak cili. Ada juga telur dadar tapi tak ada dalam gambar. So itu ajelah kami order. Eh ada lagi, ikan siakap 3 rasa. Masa ambik gambar ni ikan tak sampai lagi. Sempat bergurau dengan Kak G...ikan ni bukan harga RM1000 kan?....Hahaha kan ke viral ikan siakap harga RM1000 kat Langkawi. Mujur tak ya.....kalau tak.....😜

Rasanya?
Sedap la. Cukup rasa semuanya. Kak G pulak yang melayan, memang terbaik lah!!! 👍. Harga pun just nice tak la mencekik. 


Lepas tu singgah Haji Ismail Group pulak nak beli coklat dan kekacang. Pun tak letak gambar sebab kat situ ambik kat video camera. Beli ala kadarnya untuk adik beradik dan diri sendiri. Lepas tu baru balik hotel. 

Sempat la merakamkan lobi hotel pada waktu malam. 


Lampu hiasan ni pun unik macam tulang dinosaur pulak saya rasa. Tak pun macam dalam kartun Flintstone. Masuk bilik ajer kemas2 sebab esoknya kami dah nak berangkat balik. Flight dijadualkan pada jam 11.25 pagi. 


Kejap je dah nak berakhir dah percutian kali ni. Santai-santai ajer. Nak bagi Dania berehat sebab dah penat berjuang dalam peperiksaan SPM. 



XOXO,
Ezna


7 comments:

  1. Rawlins memang akan singgah ke rumah Mahsuri tiap kali ke Langkawi dan tak pernah hilang rasa kagum dengan senibinanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Rawlins. Sekarang ni macam tak menarik pulak sis rasa cuma sekarang ni ada persembahan cak lempong.

      Delete
  2. Pernah minum teh kat atas puncak gunung tu, terus rasa macam melancong ke oversea haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin nak minum teh atas gunung ni. Tak kesampaian. Semua nak dok sini sampai takde meja kosong.

      Delete
  3. bestnyaa :) westin hotel tu sgt cantik deko2nya!
    i memang tak de chance nak naik cable car tu sbb mr hubby jenis gayat
    weolls gi langkawi last time pun setakat ronda2 relax2 jer heheh

    ReplyDelete
  4. Tak sah kalau pi Langkawi tak naik kabel car kan .. ada borong pinggan magkuk tak? Hahahaha

    ReplyDelete
  5. hehe tengah hari tengokk ni terliur tengok roti canai dia menggoda sungguh. Kalau g langkawi nanti boleh la g sana

    ReplyDelete