Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, April 12

Bila bateri Etna kong

Bila bateri Etna ni kong, terus la call VW Assist untuk tarik kereta ke workshop. Tak boleh nak tukar bateri sebarangan sebab takut warranty kereta void pulak sebab kereta masih di bawah warranty. Sibuk saya ada kat tempat kejadian untuk ambik gambar lori dan buat video. Ikutkan bateri Etna ni dah tahan selama 2 tahun lebih. Nasib baik kong kat rumah. Kenapa panggil Etna?....sebab nama saya dulu diambil sempena nama gunung berapi di Itali....Mount Etna. Disebabkan arwah papa saya suka huruf Z jadinya huruf T digantikan dengan Z. Ohhhh patut la kadang2 saya boleh meletup macam gunung berapi 😂. Dari situ saya namakan je lah kereta saya ni Etna. Punya sopan tuan dia bawak slow slow je. Memang saya rasa kereta ni design untuk saya sebab saya bawa pun bukan laju mana. Sebelum kereta ni saya bawa kereta A3, yang orang akan selalu bawa laju tapi tu lah....knowing me...bawak slow jugak. Jadi, memang Etna ni sesuai sangat dengan saya yang santai2 bawak kereta. Tak besar sangat untuk saya. Just nice. Warna pulak memang hubby tanya saya nak warna apa sebab katanya memang untuk saya. Alhamdulilah. Tak pernah la saya minta brand yang ini pun tapi kalau ada yang nak bagi....saya sambut dengan tangan terbuka. Tu yang saya sayang sangat dengan Etna ni. Dah nak masuk 3 tahun usianya. 

Bila tuan punya kereta sibuk ambik video. Risau pulak kereta kena sisi lori ni sebab kereta ni dekat area tayar tu bentuk kereta ni kembang sikit. Mulanya suami kena position kereta ni ngam2 naik sikit kat lori kemudian baru kereta ditarik dengan kabel. Sibuk la cakap hati-hati dengan orang lori ni. Hehe. Depan saya dia bawak pelan2 je la. 


Mahu 2 hari juga kat workshop dekat Puchong ni sebelum kami ambil. Elok 1 hari je sebelum puasa hari pertama. Saya ingat lagi ambik kereta hari sabtu. Dania masa ni takde sebab join kelas teori memandu. 


Staff tanya nak minum apa dan suruh jugak ambik kotak ni. Free ajer. Minuman saya pilh mocha. 


Ni lah isi di dalam kotak ini. 


Pemilik VW kena download apps Volkswagen Cares jadi kebetulan hari jadi suami baru lepas dan ada voucher kat apps tu sebanyak RM50 untuk pembelian merchandise kat Volkswagen jadi inilah hasilnya. Hubby pilih 3 mug VW ni dan 1 key ring. Kena tambah RM30 kot. Kalau nak beli saje-saje memang tak la kan. 


Tadi datang naik kereta sekali, bila balik saya bawak Etna la. Alhamdulilah setakat ni Etna baik2 ajer dan tak meragam. Moga baik2 ajer dan tak meragam selepas ni. Insya allah. Ada kereta ni nak kena menghadap la macam2 hal kereta kan....harap2 minor ajer la....Insya allah...

Tapi....ingat lagi nak ambil no plet Etna ni jenuh bertangga kat JPJ Bangi tu demi nak ambik no yang spesifik. Running number je tapi bila no plet baru keluar kena cepat2 booking nombor tu takut orang ambil. 

Inilah kisah Etna saya...



XOXO,
Ezna


8 comments:

  1. Kita memang membeli brand sesuai dengan servis nya. Teringin gak nak memiliki nie kelak, insyaAllah sebab saya pun bukan sejenis bawa laju. All the best Etna.

    ReplyDelete
  2. Comel je kereta nama Etna. Tempat menunggu dia luas dan nampak selesa. Syiok

    ReplyDelete
  3. Comelnyaa.. dulu kenan gak jenis model ni, tapi tu laaa, husband minat Mini plakk.. dia beli kita pakai laaa hahahaha

    ReplyDelete
  4. dugaan betul bila kereta rosakkan..tapi tempat servis ni nampak selesa.. best pula untuk santai..

    ReplyDelete
  5. Memang tip top la kan service centre for branded car macam ni... Comel pulak nama kereta ni.. meaningful ye! :)

    ReplyDelete
  6. wow you have such a beautiful ride! the experience of sending it to the centre is really interesting. love the snacks given as well!

    ReplyDelete
  7. Comel je kereta nama Etna. Appaun, terigin juga nak memiliki VW, nice car akan datang insyaAllah.

    ReplyDelete
  8. The car looks really adorable and chic I would say. Would love to own a VW too. :D

    ReplyDelete