Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, June 21

Kisah raya saya

Tak habis-habis cerita raya ke lagi? Raya kan sebulan. 😉😉😉. Ok ni nak cerita kisah raya kami ni. Kami balik raya sehari sebelum iaitu hari selasa 4 Jun 2019 menuju ke Ipoh, Perak. Kita raya 5 Jun 2019 kan?. Dalam perjalanan tu kereta ok sangat tapi ada tempat-tempat slow. Slow pun kereta masih bergerak la. Tempat last sebelum ke hotel kami, kami singgah berhenti dekat R&R di RTC Gopeng. Terjumpa pula blogger Zarina. Kejap je berboraknya sebab kami dah nak gerak. Zarina dan family baru tiba. 




So yeah.....Ipoh here we come...
Kami kalau beraya kat Ipoh ni suka menginap kat MU Hotel. Maybe sebab dulu MU Hotel ni under Ibis Styles dan sangat selesa. Lagi pun ni diantara hotel yang baru juga la compare dengan Impiana ke, Syuen ke...


Esoknya, sebelum ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri breakfast kat hotel dulu. Majoriti dari tanah besar cina yang menginap kat sini. Terasa macam kat Beijing pulak. 😊😊😊


Dari MU Hotel ni nak ke Masjid Negeri dah tak jauh dah. Kami datang agak awal jadi parking masih banyak di dalam pekarangan masjid. Kat dalam masjid pun boleh duduk kat saf depan. 



Lepas dah habis solat, berfoto pulak kat luar masjid. 


Balik hotel dulu sebelum keluar beraya dan berfoto kat MU Hotel dulu minta tolong staff reception ambikkan gambar. Suka sangat background belakang ni. Baju keemasan diapit oleh baju hitam. Kalau tengok baju hitam tu pun ada warna keemasan. Jadi bukan semua la dominasi warna keemasan. Kalau semua warna keemasan tak nampak la kontranya. Suami pula jenis whatever.....warna apa pun ok. 😂😂😂. 



Ni rumah yang kami singgah beraya tu. Ni rumah diperbuat daripada kontena tau. Actually untuk sementara waktu sebab rumah kayu kat depan rumah ni akan dirobohkan sebab rumah tu dimakan anai-anai. Masa saya kecik2 memang saya selalu pergi ke rumah kayu tu beraya. Kakak kepada arwah mama saya. 

Sekarang ni cuma ada sepupu saya je la. 

Raya kali ni tak banyak rumah pula kat Ipoh kami singgah sebab nak kejar balik Kedah takut jam. Dalam perjalanan balik Alor Setar, kami dah jauh dah ke depan sebelum suami kata nak solat kat Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar. Udah la kami masuk tol Taiping kemudian keluar tol Taiping menuju tol Kuala Kangsar. Tak jauh dari tol Kuala Kangsar, tersergam indah Masjid Ubudiyyah. Kami sempat solat kat Masjid Ubudiyyah ni. 

Cantik kan?. Kalau poskad negeri perak je pasti ada gambar Masjid Ubudiah. 




Rumah ni berdekatan dengan Masjid Ubudiah. Cantik dan klasik senibinanya. 


Saya pun sibuk nak ambik gambar sebelum.......🚗🚗🚗....

Tetiba ada pula kereta keluar dari belakang rumah. Udah la malu + panik. 😝😝😝


Cantik sungguh la Masjid ni macam ala ala dalam hikayat 1001 malam je. 


Sebelah dengan Masjid Ubudiah ada rumah tinggal ni. Baitul Annur namanya. Nampak menyeramkan tapi kalau ambik gambar nampak klasik je. 
Kami masuk ke?
Oh....tidak.....nampak berpenghuni mungkin tapinya yang kita tak nampak. Rumah ni katanya rumah pusaka tinggalan kerabat diraja zaman dahulu. 



Ok. Kita tinggalkan misteri Baitul Annur sebelum meneruskan perjalanan ke Alor Setar, Kedah.....



16 comments:

  1. Cantiknya baitul annur tu 😊 kalau buat elok-elok kemas mesti lagi cantikkan 😍

    ReplyDelete
  2. Bila musim raya mesti jalan akan jem. sebab ramai nak balik kampung jumpa sanak-saudara dan tidak lupa ibu bapa kita. :)

    Banyak duit raya dapat ke? hehe

    Selamat hari raya ya

    ReplyDelete
  3. cantik la masjid tu.. dah mcm istana dlm hikayat lama =D

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya. Dah lama tak sampai di Masjid di Kuala Kangsar tu. Memang cantik sangat masjid tu. Tak sangka rumah sebelahnya tu masih wujud ya. Zaman saya pergi dulu pun masih ada lagi

    ReplyDelete
  5. Rajin singgah tido hotel ye kak, kami pun ada singgah hotel juga sb balik ke KL jem teruk dari Taiping. Anak pulak tak sihat.,. btw, tak pernah singgah masjid KK ni. Lawa masjidnya. Klasik !

    ReplyDelete
  6. perjalanan yg lancar & best aje aida baca.
    aida pernah jugak stay hotel time raya. di pontian. rumah mak sedara terlalu ramai.
    so, tak nak tambah kecoh kepala mak sedara, stay hotel kecil yg selesa di pekan.
    sib baik masih ada bilik kosong.
    aida x pernah lagi jejak kaki jalan-jalan di kuala kangsar. tgk aje masjid ni. cantik. wajib kita singgah.
    asben aida sejenis yg suka tuju masjid besar kalau ke mana-mana.
    selesa. dpt la spend masa lebih skit di masjid kan, compare di rnr or surau kecil-kecil.

    ReplyDelete
  7. selamat hari rayaaaa jemput la singgah blog ray

    ReplyDelete
  8. Cantik sangat masjid ni. Selalu nampak dari jauh ja, tak pernah lagi menyinggah tengok dekat2. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin ye

    ReplyDelete
  9. wah otw balik kampung kebetulan jumpa blogger sejalan. untung boleh pre-raya dulu. amboi seronok pose ootd raya depan rumah tradisional perak. BBL nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri ye

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Raya Aidilfitri kak Ezna dan keluarga! Seronoknya... masa raya lah jalan sini sana kan! Ziarah-menziarahi!
    https://mousemommytreats.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Cantiknya rumah tu. Best kalau balik beraya kampung macam tu. Sy pun skarang balik beraya kampung nenek tp dekat bandar. Dh tak feel balik kampung dh.

    ReplyDelete
  12. Sama pulak kita. Syira pun raya perak. Cantiknya masjid dekat sana

    ReplyDelete
  13. Selagi belum habis raya..kita raya jela kan..hehe..cantik rumah hitam putih tu..memng elok bergmbr tu..masjid ubudiah tu dah pernah pergi...

    ReplyDelete
  14. Bestnya raya dia dok jenjalan, sis dok umah je, x dak mood nak berjalan. Masjid tu pernah gi gak, memang cantik sangat

    ReplyDelete
  15. Wahh beraya kat Ipoh ye. Dulu belajar kat seri iskandar selalu ke Ipoh. Qiss tengok gambar rumah yang last tu terus meremang bulu roma.
    Masjid Ubudiah tu pun lama tak jejak.
    Nak tau kisah ke Kedah pulak. Seronok baca.

    ReplyDelete